Sunday, December 9, 2012

Hakikat kita mengenai Palestin


Sedar atau tidak, tanah Palestin telah dijajah lebih 60 tahun, sejak tamatnya perang dunia ke-2 tahun 1945. Melihat kepada kesedaran manusia sejagat umumnya dan umat Islam khususnya, masih menampakkan sesuatu yang pincang mengenai kecaknaan kita dalam isu ini. Tidak keterlaluan jika aku katakan bahawa kesedaran kita mengenai isu tanah suci ketiga umat Islam itu bermusim cuma. Tidak salah juga jika aku katakan kesedaran kita ibarat kitaran hidup manusia biasa. Malam tidur, siang berjaga. Kesedaran kita tidak mati, tetapi tidur. Sekali-sekala terganggu baru terjaga. Mungkin juga betul bahawa kita bukan sengaja tidur, tetapi terlena di atas keempukkan katil dengan suasana nyaman pendingin hawa sambil diulit dengan mimpi-mimpi palsu belaka. Sejarah membuktikan musuh-musuh Islam tidak pernah berhenti menghancurkan Islam dan umatnya sehinggalah hari dan saat ini. Namun, janji Allah itu pasti,

“…dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman”. (An-Nisa’ : 141)

Malahan, Rasulullah yang sangat kita rindui juga pernah bersabda mengenai kemenangan Islam satu hari nanti,

“Akan sampai urusan ini (Islam) ke setiap tempat yang sampai padanya malam dan siang. Dan Allah tidak akan membiarkan walau sebuah rumah di Bandar dan perkampungan mahupun di pedalaman melainkan akan dimasukkanNya agama ini melalui kemuliaan orang yang mulia atau kehinaan orang yang hina. Dengan kemuliaan Allah memuliakan Islam dan dengan kehinaan Allah menghina kekufuran”, dari Tamim al-Dari.
Dalam konteks masyarakat kita masa kini, aku melihat secara jelas kitaran kesedaran ini melalui teknologi-teknologi yang kebanyakannya dicipta oleh musuh Islam sendiri. Apabila tiba masanya, sana-sini sibuk dengan “posting” mengenai Gaza, Tebing Barat dan sebagainya. Semua laman yang menyampaikan berita terkini mengenai Palestin ini dicari dan dikongsi. Ada yang menetapkan cita-cita untuk memboikot produk-produk keluaran Israel dan Amerika Syarikat daripada digunakan dan ada juga yang terus melakukan solat hajat, qunut nazilah dan sebagainya.

Mahasiswa pula yang mana dari sudut pandang komuniti adalah golongan intelek turut sama lena beradu. Ramai yang bersungguh-sungguh menyatakan hasrat untuk mengikut jejak langkah beberapa orang tokoh seperti Dr.Abdul Aziz Rantisi dan beberapa orang lagi para syuhada yang sudah aman menanti sang bidadari, Ainul Mardhiah di syurga. Berjuang di lapangan professional menetang musuh. Ya, ini juga perjuangan, menggunakan kesempatan dan kelebihan dalam bidang masing-masing untuk turut sama menyumbang kepada kemenangan Islam kelak. Namun kebanyakan daripada kita terus lena dibius ubat-ubatan ciptaan tangan-tangan si perosak.

Masa berlalu pergi, masih lagi berlalu dan terus berlalu pergi membawa bersama semangat yang berkobar-kobar itu seiring angin perkhabaran mengenai Palestin yang tidak lagi bertiup kencang. Aku tidak katakan semua, tetapi kebanyakan daripada kita, inilah hakikatnya. Mari kita sama-sama berfikir adakah perjuangan menegakkan Islam, memerdekakan tanah Palestin, menyampaikan kebenaran ini hanya sekali-sekala?

Ayuh, semarakkan ‘Malam Untukmu Gaza!’ Semoga usaha kita yang kecil ini dapat menanam kesedaran yang berterusan. InsyaAllah, akan ada ganjaran yang besar diperoleh daripada kesedaran yang berterusan.

Berubah menjadi lebih baik.


  

Wednesday, July 18, 2012

Doa Wehdah


Assalammualaikum...
Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.



Sekitar sebulan yang lepas, aku berkesempatan ke sebuah sekolah rendah agama di bumi Terengganu. Ada sesuatu yang sangat menarik perhatian ketika kanak-kanak ini sedang berhimpun pada sebelah paginya sebelum memulakan kelas. Alunan rangkaian zikir yang sangat bersemangat dilaungkan mereka sehinggakan lidah aku lembut untuk mengikut sama, tetapi terhenti pada serangkap zikir. Aku terhenti bukan kerana apa, tetapi kerana tidak pernah tahupun zikir apa. Bila aku bertanyakan kepada seorang sahabat aku, dia memberi tahu itu adalah Doa Wehdah. (Pernah dengar tajuk doa tu, tetapi tak pernah tahu bacaannya).

Kata sahabatku ini, doa ini biasa dibaca dikalangan pelajar-pelajar yang bersekolah agama bukan sahaja di pantai timur, tetapi juga di seluruh Malaysia. Doa ini untuk memberi semangat, katanya lagi (Wallahu ‘alam), dan sungguh, mendengar anak-anak kecil ini bersatu membaca doa ini, terasa syiar Islam menjulang  tersangat tinggi dan terasa seperti kemenangan Islam dihadapan cuma.





Wallahu 'alam


Monday, June 18, 2012

Kemenangan Ikhwanul Muslimin di Mesir


 “Kaherah : Muslim Brotherhood sebentar tadi mengisytiharkan calon mereka, Muhammad Morsi memenangi pilihan raya Presiden Mesir.
Kumpulan itu dalam laman web mereka berkata, Mursi adalah ‘rakyat awam pertama dipilih sebagai Presiden Mesir’.
Pengumuman itu adalah berdasarkan laporan daripada 95 peratus daripada 13 000 pusat mengundi seluruh Negara berkenaan.
Berdasarkan laporan berkenaan, Mursi menguasai 52 peratus undi, lawan beliau, Ahmed Shafiq meraih 48 undi.” – sumber AFP

Sumber yang dipetik daripada al-Jazeera menyatakan Dr.Muhammad Morsi telah memperoleh 12.7 juta undi berbanding lawannya 11.84 juta.
Morsi dalam ucapannya berkata, beliau menghadiahkan kemenangan ini kepada mereka yang syahid ketika revolusi Mesir, awal tahun lalu dan berjanji kepada keluarga mereka untuk mengembalikan hak-hak mereka dalam “state of law”

Beliau juga turut berjanji kepada golongan Kristian Mesir bahawa setiap orang akan menjadi sebahagian keluarga di Mesir dan tidak akan sesekali membalas dendam selain berjanji akan bekerja demi kepentingan rakyat Mesir.

"Thank God, who guided the people of Egypt to this right path, the path of freedom and democracy," antara ucapan Morsi semalam.

Alhamdulillah, kemenangan Dr.Muhammad Morsi, calon parti al-hurriyah wa al-‘adalah, sayap parti Ikhwanul Muslimin Mesir semalam telah membuka semula lembaran baru bagi dunia Islan dalam perjuangan menegakkan kembali system khilafah.

sumber daripada


Sunday, May 6, 2012

Doa Ditunjukkan Kebenaran dan Kebatilan.



أَللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ


Ya Allah perlihatkanlah kepada kami yang benar itu benar dan bantulah kami untuk mengikutinya, dan perlihatkanlah kepada kami yang batil adalah batil dan bantulah kami untuk menjauhinya.

Doa ditetapkan Hati.


Assalammualaikum...
Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.


رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Rabbabaa Laa Tuzigh Quluubanaa Ba’da Idz Hadaitanaa wa Hab Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhaab
Artinya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).” (QS. Ali Imran: 7)
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ
Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik
Artinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” (HR. Ahmad dan at Tirmidzi)
اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
Allaahumma Musharrifal Quluub, Sharrif Quluubanaa ‘Alaa Thaa’atik
Artinya: “Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu.” (HR. Muslim)

Wallahu 'alam.

Wednesday, April 25, 2012

Bersih dan Kuning.

Assalammualaikum...

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.


Sejauh mana kefahaman kita mengenai perhimpunan Bersih dan tema warna kuning? Adakah kita melihat Bersih ini dari sudut politik yang disempitkan?



Hari ini kita seolah-olah telah diprogramkan bahawa penyokong Bersih ini secara tidak langsung merupakan penyokong Pakatan Rakyat (PR). Namun pada hakikatnya, tidak. Suara penyokong Bersih, boleh kita katakan suara rakyat, suara menuntut keadilan, dan suara kearah kemajuan rakyat.

Kita sebagai rakyat pastinya mahukan hak-hak rakyat. Pada dasarnya, tuntutan-tuntutan Bersih tidak langsung memihak pada mana-mana pihak, dan seharusnya tiada masalah untuk dilaksanakan. Melainkan wujud pihak yang benar-benar mengeksploitasi keadaan semasa.

Tidak pasti sama ada wujudnya Bersih ini semata-mata untuk menumbangkan kerajaan sedia ada sekarang kerana perkara yang sama pasti rakyat lakukan andai kata PR menjadi kerajaan pusat.

Lihat sahaja kuasa rakyat di negara-negara asing, seperti Thailand, Ukraine dan beberapa negara lagi, kuasa rakyat menukar kerajaan tidak kira ideologi itu, membuktikan rakyat menuntut hak rakyat lebih dari kepentingan politik.

Amerika Syarikat sendiri sering bertukar kerajaan di antara parti Republican atau Demokrat. Secara tidak langsung, rakyat Amerika Syarikat akan dapat hak dan kepentingan dengan lebih baik dari pihak kerajaan. Ini kerana kerajaan yang menduduki tampuk pemerintahan akan berusaha yang terbaik menjaga kebajikan rakyat jika ingin terus berkuasa bagi temph yang lama, tetapi jika gagal, tiada peluang kedua buat mereka.

Kesimpulannya mudah, rakyat Malaysia mahukan keadilan dalam memilih pemerintah dan kerajaan sendiri. Jika kita dipihak yang benar, Bersih 3.0 ini tidak sepatutnya menjadi kegusaran kepada kita.

Hadits Abdullah bin Umar ra. Bahwasanya Rasulullah saw bersabda: “setiap kamu adalah pemimpin yang akan diminta dipertanggungjawabkan atas kepemimpinannya. Seorang amir yang mengurus keadaan rakyat adalah pemimpin. Ia akan diminta dipertanggungjawabkan tentang rakyatnya. Seorang laki-laki adalah pemimpin terhadap keluarganya di rumahnya. Seorang wanita adalah pemimpin atas rumah suaminya. Ia akan diminta dipertanggungjawabkan tentang hal mereka itu. Seorang hamba adalah pemimpin terhadap harta benda tuannya, dia kan diminta dipertanggungjawabkan tentang harta tuannya. Ketahuilah, kamu semua adalah pemimpin dan semua akan diminta bertanggungjawab tentang kepemimpinannya.

Kita sering berlainan pendapat, tetapi tidak bermakna kita saling membenci. Sekadar ini pandangan saya sendiri sebagai rakyat Malaysia yang tidak dipengaruhi mana-mana individu, persatuan atau kelab mahupun gerakkan, jauh sekali di bawah pengaruh mana-mana NGO dan parti politik.


Sayang Malaysia...

Wallahu 'alam.

Friday, April 20, 2012

Lebih Baik Diam daripada Berkata-kata

Assalammualaikum...

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.


“Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”. ( Riwayat ABU NAIM )

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. ( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )


Kadangkala kita sebagai manusia terlalu banyak bercakap daripada mendengar sedangkan kita tahun mendengar lebih baik. Dunia hari ini, kita dipertontonkan dengan begitu banyak sekali pendapat-pendapat daripada masyarakat. Dunia masa kini juga tidak lagi memerlukan kita untuk bercakap, tetapi cukup sekadar menaip.

Modus operandinya sama, baik ketika bercakap ataupun menulis. Kadangkala apabila banyak bercakap menampakkan kebodohan diri dan kadangkala membuatkan kita semakin lupa siapa diri kita.

Ada mengatakan semakin banyak kita bercakap semakin banyak kita menipu dan diam juga kadangkala boleh dijadikan senjata untuk melawan atau menentang seseorang.


Ada sesuatu yang kita perlu kita sebagai manusia tahu, "BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP".


Jadi bukankah berdiam lebih baik dari bercakap? Tetapi janganlah pula berdiam diri tidak kena pada tempatnya, pandai-pandailah sahabat menilai di mana keperluan kita untuk bercakap agar kita tidak bercakap benda yang sia-sia, adapun benda yang baik tetapi disertakan niat yang salah, tidak pula betulnya.






Wallahu 'alam.

Sunday, April 15, 2012

Number One For Me

I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I’m here for you
For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it’s time for you to rise
For all the things you sacrificed
Chorus:
Oh, if I could turn back time rewind
If I could make it undone
I swear that I would
I would make it up to you

Mum I’m all grown up now
It’s a brand new day
I’d like to put a smile on your face every day
Mum I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face every day
And now I finally understand
Your famous line
About the day I’d face in time
‘Cause now I’ve got a child of mine
And even though I was so bad
I’ve learned so much from you
Now I’m trying to do it too
Love my kid the way you do
CHORUS
You know you are the number one for me (x3)
Oh, oh, number one for me
There’s no one in this world that can take your place
Oh, I’m sorry for ever taking you for granted, ooh
I will use every chance I get
To make you smile, whenever I’m around you
Now I will try to love you like you love me
Only God knows how much you mean to me
CHORUS
You know you are the number one for me (x3)
Oh, oh, number one for me

Special dedicated this song to my dad and my mom.

Tuesday, April 10, 2012

Puasa Tiga Hari, Dua Rakaat Dhuha dan Witir.

Assalammualaikum...

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.

Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata : Telah memesan kepadaku oleh kekasihku iaitu junjungan Nabi Sallahu'alaihi wassalam dengan tiga perkara :


  1. Berpuasa sebanyak tiga hari daripada tiap-tiap bulan ; dan tidak pula ditentukan tiga hari itu (sesetengah pendapat menyatakan pada hari ke 13, 14 dan 15 setiap bulan).
  2. Sembahyang dua rakaat Dhuha pada tiap-tiap hari.
  3. Bahawa aku sembahyang witir selepas solat Isyak sebelum aku tidur.


Wallahu 'alam.

Tuesday, April 3, 2012

Aku kini 21 tahun.



Assalammualaikum...

Alhamdulillah, sudah lebih 2 dekad diberi keupayaan untuk merasai nikmat sang buana ini. Masih terlalu banyak untuk difikirkan apatah lagi untuk dicapai.

Tanggal 30 Mac tahun ini agak istimewa, bukan setakat disambut sahabat-sahabat seperjuangan malah satu program hasil dari buah pemikiran hakir sendiri. 

Program bual bicara kampus yang bertajuk "Sabarlah Hati" boleh hakir katakan mencapai apa yang hakir bayangkan meskipun terdapat sedikit kegagalan dan kesulitan. Kejayaan bagi kelab semestinya membuktikan kemampuan kami mengendalikan program sebegini.

Segununglah terasa diri sangat diraikan secara tidak langsung apabila diberi laluan idea ini dilaksanakan kebetulan pada hari ulang tahun hakir.

Sukalah hakir mengulangi pesanan seorang taulan, "Usia mengjangkau 21 sudah, tiba masanya untuk belajar setia pada yang satu." Apa yang pasti, yang satu itu semestinya Dia yang memberi nikmat selama ini kepada hakir meskipun ada isi tersirat disebalik ayat itu tetapi hakir percaya dulukan Dia, Dia akan berikan terbaik kepada kita.

*special thank to RaB, IJ and the gang, and some others name.

Semoga Allah dekatkan segala perkara yang baik dan dijauhkan segala yang buruk kepada kita.




Saturday, March 24, 2012

Dari Kota Singa

Assalammualaikum...

"Are you a Singaporean or Malaysian?"

"Huh? I'm Malaysian."

"Owh, bukan apa, telor awak ada bunyi orang sini. Saya ingat awak orang Singapore."

"Eh, tak, saya salah seorang dari mereka (sambil menunjuk ke arah sekumpulan mahasiswa berbaju merah)."

Berikut perbualan aku dengan seorang pelayan ketika aku membeli makanan di kafe di Nanyang Technological University, Singapura.


Entah part mana bahasa aku yang ada slank Singaporean akupun tak tahu. By the way, pelayan tu orang Melayu, bila aku cakap bahasa Melayu, diapun cakap bahasa Melayu, terus tukar. Secara rawaknya, aku tengok orang Melayu Singapura mengalu-alukan Melayu Malaysia ke sana, tak nampak pula golongan Melayu yang orang kata masuk Malaysia berlagak.

Sangat asing rasanya berada di sana, maklumlah, pertama kali ke luar tanah air sendiri, padahal dekat je. Bahasa Inggeris disetiap sudut kawasan negara ini, lagi pula ciri-ciri bangunan di sana ala-ala Eropah.

Ada banyak perbezaan antara Malaysia dengan Singapura. Bukan nak memperkecilkan negara sendiri, tetapi sebagai perkongsian nilai murni dan sistem yang baik dari negara yang keluar dari Malaysia sendiri pada tahun 1965 ini.

InsyaAllah aku akan ceritakan.

Thursday, January 12, 2012

Wasiat Imam Syafie

Assalammualaikum...

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.


Kita sudah mengetahui 10 wasiat Imam Hassan al-Banna, jadi pada entry kali ini, mari kita lihat 10 wasiat dari Imam Syafie sebelum beliau pulang mengadap Sang Pencipta yang Maha Agung.

"Barang siapa yang mahu meninggalkan dunia dalam keadaan yang selamat, maka hendaklah dia mengamalkan sepuluh perkara."


PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. 
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. 

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT 
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah. 

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR 
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi. 

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR 
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. 

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) 
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan. 

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah. 

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) 
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak. 

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) 
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat. 

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W 
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah. 

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT 
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.