Showing posts with label Ikhwan. Show all posts
Showing posts with label Ikhwan. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

Jawapan Kepada Israel.

Assalammualaikum...


Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.






Assalammualaikum...



Tuesday, October 11, 2011

Wasiat Imam Hassan al-Banna


Assalammualaikum

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.



  1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
  2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu dan amalkan zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
  3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahsa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
  4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
  5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
  6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
  7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
  8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.
  9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang dtitemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalanlah dan berkasih-sayang.
  10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah.
Wallahu 'alam.


Assalammualaikum...

Monday, August 15, 2011

Memburu Lailatul Qadar

Assalammualaikum...


Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.

Menghidupkan malam Qadr boleh dilakukan dengan mendirikan solat terawikh, membaca Al-Quran, bertahajjud, berzikir dan berdoa. Bangun pada waktu malam merupakan mujahadah untuk memperkuat tekad dan kehendak, mengalahkan syaitan, dan melatih jiwa untuk tunduk kepada Allah. Zikir kepada Allah dan membaca tasbih pada waktu malam merupakan santapan ruhani (spiritual) dan bekal bagi ruh serta hati.


Abu Umamah ra. telah berkata bahawa seseorang telah bertanya; "Wahai Rasulullah, do'a apakah yang paling didengar oleh Allah? Rasulullah menjawab: Doa di malam yang terakhir dan di setiap solat wajib." [HR Muslim]

Dari Abu Hurairah ra. bahawasanya Ar-Rasul saw. bersabda: Ketika malam sudah sampai sepertiganya yang terakhir, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Siapa yang berdoa kepadaku akan Aku perkenankan, dan siapa yang memohon keampunan-Ku, akan Aku ampuni. [HR Bukhari dan Muslim]

Hal yang dapat membantu kita untuk melakukan qiyamullail ialah:

  1. Keikhlasan niat,
  2. Memperkuat tekad,
  3. Memperbaharui taubat,
  4. Menghindari maksiat pada siang harinya,
  5. Segera tidur,
  6. Melakukan tidur siang hari, dan
  7. Memohon bantuan dari Allah SWT.

Malam al-Qadr itu tidak ditetapkan dan ditentukan masanya, bahkan cuma diberitahu secara umum pada sepuluh malam yang terakhir yang terdiri dari malam-malam ganjil bulan Ramadan.

Assalammualaikum...

Thursday, July 28, 2011

Ramadhan 1432H



Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas.

Salam Ramadhan buat semua.

Friday, July 15, 2011

“Perjuangan kemerdekaan bangsa dan tanah air akan bergolak terus walaupun Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957 ini. Kemerdekaan itu harus diisi dengan kenyataan-kenyataan, dengan realiti-realiti kemakmuran ekonomi rakyat, dengan realiti, dengan kenyataan ketinggian akhlak rakyat.”– pidato Dr. Burhanuddin Al-Helmy




Assalammualaikum...

Thursday, June 30, 2011

Fitnah Akhir Zaman : The Grand Parade


Assalammualaikum...


"...Dan keluarlah dua lembah bersama Dajjal, salah satunya adalah lembah syurga dan satu yang lain adalah lembah neraka. Kemudian dia berkata kepada manusia: 'Bukankah aku ini tuhan kalian yang dapat menghidupkan dan mematikan manusia?' Dia bersama dua orang nabi (di dalam riwayat Tarmizi mengatakan malaikat) di mana aku tahu namanya dan nama bapanya. Jika aku ingin, maka aku akan menyebut nama kedua-duanya. salah satu dari keduanya berada di sebelah kanan dan kirinya. Kemudian Dajjal bertanya:'Bukankah aku ini tuhan kalian yang dapat menghidup dan mematikan?' Salah seorang dari keduanya berkata: 'Kamu dusta.' tetapi jawapan itu tidak didengari oleh sesiapa selain rakannya yang disebelahnya. Maka lantas dia menjawap: 'Kamu benar.' Dan jawapan itu didengari oleh semua manusia."


Ketika ini umat manusia telah dikumpul oleh Dajjal untuk mengisytiharkan dirinya (Dajjal) sebagai tuhan. Perhimpunan besar ini dikenali sebagai The Grand Parade dimana manusia diseru untuk berkumpul apabila mendengar suara seakan-akan dari langit. Dua malaikat telah berada dikiri dan kanan Dajjal untuk menafikan pengakuan Dajjal.

Manusia mula cemas memikirkan perkara ini. Malang bagi manusia sekalipun wajah sebenar Dajjal terserlah, manusia sibuk memikirkan diri mereka sendiri. Adakah ingin mengikut Dajjal ke syurga (yang sebenarnya adalah neraka) atau tercampak ke dalam neraka Dajjal (yang sebenarnya adalah syurga).

Pesan Rasulullah;

"Sesungguhnya aku lebih tahu tentang apa yang dibawa oleh Dajjal. Dia membawa dua sungai yang mengalir. Salah satu daripadanya mata akan melihat sebagai air putih dan yang lainnya akan melihatnya sebagai api yang menyala-nyala. Jika kamu menemuinya, hendaklah mendatangi sungai yang dilihat sebagai api dan hendaklah memejamkan mata kemudian menundukkan kepala serta minum daripadanya kerana ia adalah air yang segar." (Riwayat Ahmad di dalam Al-Musnad dari Huzaifah)

Wallahualam...


Assalammualaikum...

Saturday, April 16, 2011

Final Exam.

Selamat Berjuang Sahabat-Sahabat...



Semoga Ilmu yang dipelajari diberkati dan membantu dalam kehidupan kita kelak.



Wednesday, April 6, 2011

Rugi Bercinta Sebelum Kahwin.

Assalammualaikum...

Bercinta sebelum kahwin, Single sebelum kahwin dan bercinta selepas kahwin. Rugi sangat rasanya bercinta sebelum kahwin.

Kenapa?

Kebiasaannya, mereka yang bercinta akan meluangkan masa untuk kekasihnya, jadi mereka terpaksa membahagikan masa mereka antara lepak dengan rakan-rakan dengan kekasih. Rugi pertama di sini, mereka sudah kurang masa bersama kawan-kawan ketika bujang yang mana zaman ini boleh dikatakan seronok. Tak kan selepas kahwin nak keluar lepak dengan kawan-kawan lagi, minum-minum, menonton bola, sekali-sekala bolehlah, selalu memang tak lah. Jadi, jangan rugikan masa bersama rakan-rakan ketika ini kerana berdua-duaan dengan pasangan anda, selepas kahwin lebih bermakna. (nak berkepit 24 jam pun tak kisah kalau dah kahwin. ngadaplah muka pasangan anda tu hari-hari, jangan jemu pula sudah).



Baik, mungkin ada yang cakap, "kami jauh, dan tak jumpapun". Bagaimana pula dengan wang yang anda habiskan untuk top up kredit. Rata-rata yang tak jumpa selalu berhubung melalui handphone. Orang yang berstatus single mungkin RM10 kreditnya boleh tahan lebih lama dari orang yang berpasangan.Sayang, RM10 itu kalau menabung, boleh dibuat duit hantaran kelak (hantaran sekarang dah lah mahal).

Ok, "kami berhubung menggunakan internet, fb, skype, ym or apa-apa lagi, free, jimat".

Yelah. Memang orang yang melakukan kesalahan selalu cuba memperlihatkan kesalahan itu tidak salah.

Lastly buat masa sekarang, andai kata pasangan anda bukan jodoh anda. Kesian bakal isteri anda nanti kerana dirinya adalah cinta anda yang kedua anda. Jika anda ditempat pasangan anda? Orang kata cinta pertama tidak akan dapat dilupakan. Kesian anda.

Tersangat tidak adil jika pasangan anda menjadikan anda cinta pertama dan terakhir (tak termasuk cinta pada Tuhan, Rasul, Ibubapa, Agama, Bangsa dan Negara), tetapi bagi anda, pasangan itu cinta yang entah keberapakali entah.

Sama-sama renungkan.


Gambar sekadar hiasan.

Assalammualaikum...

Friday, March 18, 2011

"Aku tidak menghimpunkan dua ketakutan pada hambaKu dan tidak pula dua keamanan baginya. Jika ia merasa aman daripadaKu di dalam dunia, Aku akan berikan rasa takut kepadanya pada hari kiamat. Dan jika ia merasa takut kepadaKu di dunia, Aku akan berikan kepadanya rasa aman pada hari kiamat."


(Hadis qudsi  riwayat Ibnu Mubarak dan al-Hassan)

Takutlah kita padaNya sekarang kerana ketakutan padaNya pada kemudian hari adalah ketakutan yang teramat sangat. 

Ketahuilah sesungguhnya keamanan dan keselesaan di dunia yang bersifat sementara hanya sedikit dari sebenar-benar keamanan kurniaan-Nya di akhirat kelak.


Allah hanya memberikan bunga-bunga dari keamanan sebenar di akhirat agar hamba-Nya terus-terusan mencari kelazatan hidup.

Thursday, March 10, 2011

Aku dan Sahabat III

Assalammualaikum...

Sahabat yang jauh dimata lebih dihargai dari sahabat yang dekat dengan kita.



Percaya atau tidak, itulah kenyataan hidup kita. Jika kita perhalusi, sahabat yang jauh akan selalu didoakan agar selamat perjalanan (menaiki kapal terbang selalunya), selamat kehidupan disana (tambah-tambah situasi di Timur Tengah sekarang) dan lain-lain. Selain itu, kita akn lebih teruja ingin berjumpa mereka yang jauh. Sebabnya adalah kerana kata-kata hati "kalau tak jumpa sekarang, lagi 2 tahun baru dapat jumpa". Oleh yang demikian, sahabat yang jauh apabila pulang bercuti, lebih kita fokuskan untuk bertemu.

Bagi sahabat yang berada berhampiran (study dalam Malaysia, tak kira utara, selatan atau di Borneo) hati kita akan cenderung bersuara "tak apa, dekat, bila-bila boleh jumpa."

Hakikatnya, sahabat yang dekat inilah yang tersangat jarang kita akan janji bertemu kerana wujud kata hati sedemikian.

Jadi, hargailah apa-apa sekalipun yang kita miliki sekarang tanpa mengira jarak, masa dan tempat kerana diketahui sudah, sesuatu itu akan lebih dihargai apabila telah hilang dari pandangan.

Sunday, February 20, 2011

Aku dan Sahabat II

F = Few

R = Relation

I = In

E = Earth

N = Never

D = Die




Friendship is the most precious relation in the world.

Friendship is a great feeling.

Only few know the true meaning of friendship.

Friendship is a vast sea.

Islam also admires friendship.

If you do not have a sincere friend then you are the most unfortunate.

Friendship is a sign of love, properity and peace.

Friday, February 11, 2011

Sesuatu yang baik memang selalu diuji.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman" dan mereka tidak diuji"
                                                                                                                                      Al-ankabut ayat 2.

Assalammualaikum...

Ayat di atas menunjukkan bahawa orang beriman akan menerima ujian. Lagi hebat iman seseorang lagi hebat pula ujian yang melanda. Inilah ujian dari yang Maha Esa untuk menlihat sejauh mana keimanan seseorang itu.

Kebiasaannya orang yang ingin melakukan kebaikan akan selalu mendapat kesukaran. Entry kali ini lebih difokuskan kepada orang-orang yang melaksanakan amal makruf nafi mungkar.


Dakwah sendiri mempunyai 4 ciri. Pertama sekali ialah pendakwah atau dai'e. Keduanya orang yang didakwah. Ketiga, bahan atau tajuk atau isu yang dibicarakan dan terakhir sekali kaedah penyampaian sama ada dengan lisan, risalah atau lain-lain (uslub).

Jika sahabat pernah membaca buku-buku mengenai pendakwah, bolehlah dilihat bagaimana hebat dugaan terhadap orang yang ingin melakukan kebaikan. "Travelog Seorang Dai'e" menceritakan kisah hidup seorang ustaz di Singapura dimana hidupnya tersangat sempit. Perniagaannya tidak begitu memberangsangkan (membaikpulih paip dan sistem saliran air). Namun begitu dia tetap ingin menyumbangkan sesuatu kepada salah satu masjid disana dengan mengantikan sistem saliran ( tak berapa pasti sama ada tangki air atau paip atau magkuk tandas). Ujian dalam melakukan kebaikan apabila usaha ini terlalu sukar untuk dilaksanakan ketika mana Dai'e ini bersedia memberi perkhidmatan dan barangan keperluan kesemuanya dengan percuma.

Contoh lain dari buku "Travelog Syahadah". Menceritakan Seorang muallaf yang ingin memeluk Islam. Namun orang Islam di salah sebuah organisasi Islam di Malaysia dengan mudah mengatakan, bukan disini tempat untuk memeluk Islam.

Golongan dalam Islam turut membezakan kita kepada 4 golongan.

1. Taqwa.
2. Mukmin.
3. Muslimin.
4. Fasik.

Renunglah. Dimanakah kedudukan kita?



*Fasik orang yang berlarutan membuat dosa. Munafiq orang yang mengaku Islam luaran tetapi dalamannya amat membenci Islam seperti kisah Abdullah bin Ubai sehinggakan dia mampu solat dibelakang Rasulullah namun hakikat hatinya, membenci Islam.

Nabi Muhammad yang tercinta sendiri pernah memberi tahu bahawa orang mukmin diambang 5 dugaan.

1.  Mukmin yang dengki padanya.
     Sejak zaman Nabi Adam sendiri dapat dilihat hal ini dimana Qabil telah membunuh Habil yang menjadi
     pertumpahan darah pertama umat manusia. Sebabnya? Dengki.

2.  Munafiq yang membenci dirinya.
     Contoh yang sangat dekat dengan kita. Isu semasa yakni Mesir. Kita dapat lihat Ikhwanul Muslimin
     pimpinan Hassan al-Banna satu ketika dahulu dibunuh dan ada yang ditangkap keran cuba menyebarkan
     dakwah. Padahal hakikatnya mereka sedang giat berdakwah.


3.  Kafir yang memeranginya.
     Diingatkan kafir ada 4 golongan dan tidak semuanya musuh. Seperti kafir zimmi adalah warga negara
     daulah Islamiyah yang patuh dan taat kepada sesebuah negara Islam. Mereka wajib dilindungi. Kafir yang
     mesti diperangi adalah kafir Harbi contohnya yahudi dan nasrani. Seterusnya kafir mu'ahad, kafir yang
     mencapai perjanjian dengan negara Islam untuk tidak berperang. Terakhir sekali ialah musta'man, kafir
     yang meminta perlindungan dari negara Islam dan mereka wajib dilindungi.

4.  Syaitan yang menyesatkan.
     Sedia maklum makhluk yang dicipta dari api ini sememangnya telah berjanji untuk menyesatkan umat
     manusia hingga ke akhir zaman.

5.  Nafsu yang sering mengalahkannya.
     Nafsu sememangnya makhluk yang degil. Hinggakan dihumbat kedalam api neraka selama beberapa tahun
     sebanyak 3 kali barulah nafsu mengaku Allah adalah tuhan dan nafsu adalah hamba.

Monday, January 31, 2011

Mesir...

Assalammualaikum...

Ok...ak rasa cukuplah, tak perlu untuk ak tulis mengenai isu semasa di Mesir sekarang ini. Ak yakin sangat blog lain dah menceritakan hal semasa di sana.

Sekarang tahun 2011, Hosni Mubarak memerintah selama 3 dekad di Mesir. Maknanya Mubarak telah naik sekitar tahun 1981. Sebelum Mubarak adakah pemerintah Mesir mempunyai dasar yang berlainan?


Hosni Mubarak yang tak nak turun.

Tidak!

Penduduk Mesir sekarang masih terus-menerus mencari pemimpin sebenar mereka. Anwar Sadat. Jika Hosni Mubarak ditentang rakyatnya, lain cerita ketika Anwar Sadat menguasai Mesir sebagai sekutu rapat Amerika.


Anwar Sadat yang ditembak.

Anwar Sadat telah ditembak oleh askarnya sendiri ketika perarakan tentera pada tanggal 6 Oktober 1981. Askar yang berani untuk membela rakyat Mesir adalah Khalid Ahmad Sawki Islambouli atau singkatan dikenali sebagai Khalid Islambouli sahaja. Waktu itu mujahid ini baru berusia 24 tahun. Beliau dihukum mati pada 15 April 1982.

Lagak seperti Khalid al-Walid


Khalid Islambouli sedang menembak Anwar Sadat.

Seorang lagi agen Yahudi sebelum Anwar Sadat ialah Jamal Abdul Nasser (gambar sebelah). Pemimpin Mesir ini lagi kejam terhadap rakyatnya apatah lagi terhadap umat Islam secara tidak langsung.Ditangkapnya anggota Ikhwanul Muslimin dan gerakan Islam lain di Mesir yang tidak sehaluan dengan dasar pemerintahannya. Mereka menentang kerana Nasser ni lebih condong kepada fahaman komunis dan menyerapkan fahaman sosialisme dalam struktur pemerintahannya. Lihatlah apa terjadi kepada pemimpin Ikhwanul Muslimin yang sangat berpengaruh seperti Hassan al-Banna dan Sayyid al-Qutb. Nasser meninggalkan dunia ciptaan Dia yang Maha Agung pada 28 September 1970. Anwar Sadat yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri diangkat sebagai Presiden Mesir merupakan orang yang sangat setia kepada Nasser.


Pemimpin Ikhwanul Muslimin, as-Syahid Hassan al-Banna.

Semoga ikhwan yang berada di Mesir berjaya dengan misi masing-masing.

Wednesday, December 22, 2010

Setiap yang berlaku ada jawapannya.


  • Ya Allah...kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"-(Al-Baqarah ayat 216)
  • Ya Allah...kenapa berat sangat ujian ini?
"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"-( Al-Baqarah ayat 286)
  • Ya Allah...terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi.
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman"-( Al-Imran ayat 139)
  •  Ya Allah...bagaimana harus aku menghadapi segalanya ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat ; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"-(Al-Baqarah ayat 45)
  • Ya Allah...kepada siapa untuk aku berharap?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal"-(At-Taubah ayat 129)

Copyright from ILUVISLAM 19-25 Zulhijjah 1431H page 15.

Wednesday, November 10, 2010

Sempitnya Anda Berfikir.

Bila ada orang ambil gambar tutup mata sebelah, tinggal mata sebelah, dia sekutu Dajjal.


Tapi Lady Gaga, anda semua rasa macam mana?

Ada sesebuah persatuan/pertubuhan mencipta logo berbentuk segi tiga, dia penyokong Israel.


Logo ni contoh saja.

Asal ada bentuk piramid, orang tersebut meneruskan/keturunan Firaun.


Apa yang anda fikir bila melihat binaan seperti ini?

Ada sahaja program bermula dengan "A" bermakna Amerika, "I" pula Israel.


Kesian, Upin dan Ipin yang comel pun terkena tempias.

Perkataan-perkataanpun ada yang translate ke bahasa lain. Nampak yang buruk saja. Itupun entahkan betul entahkan tidak. Contohnya, Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud "aku benci rasul", Ipin dalam bahasa Syriac pula "aku suka Israel". 


Ini yang best, Muda dalam bahasa Leshoto Barat Daya bermaksud "aku sayang Israel". Then huruf I pada imam menunujukan Israel. 


Inipun tak terlepas. Akademi dalam bahasa Bolivia zaman Neolitik bermaksud, "Rasul Allah penipu".
Then huruf A pada akademi untuk Amerika.

Semua konspirasi??? Ini semua angkara mereka yang nak sangat berteori. Memalukan orang yang obses dan pengkaji anti-illuminaty dan anti-freemason.

Kita semua telah dikhabarkan akan keluarnya Dajjal dan turunnya Nabi Isa. Apa yang lebih penting, kita sudah tahu agenda mereka. Dajjal akan menyesatkan kita dan Nabi Isa akan membunuh Dajjal. Lebih baik kita fikirkan diakhir zaman nanti, kita di pihak mana? Selamatkan kita dari fitnah Dajjal?

Tidak salah mengkaji konspirasi dan agenda Barat, tetapi adakah kita sekadar mengkaji tanpa membuat persiapan? 

Jadi, daripada pening-pening fikirkan permainan Barat, lebih baik kita tumpukan pada amal ibadah kita, supaya akhir zaman nanti kita di pihak yang benar. Ketika itu agenda dan dakyah Barat semua sudah terbongkar.

*Kisah benar diketika aku belajar di matrix, budak-budak ni yang juga kenalan aku, terlalu khusyuk melayan dokumentari "The Arrivals", sampai lupa nak solat maghrib. Bukan seorang atau 2, tetapi agak ramai, bilangannya aku tak pasti. Tak fikir nak kira pula masa itu.

Sekian entri kali ini.

Ingatlah ayat ini, "Aku tidak fikirkan bila aku akan mati, tetapi aku fikirkan bagaimana aku akan mati"

Assalammualaikum.




Saturday, November 6, 2010

Aku dan Sahabat

Fuh!!!

Mengantuk betul ak pagi ini. Mana tidaknya, pukul 4 tidur, 6 pagi dah bangun. Terus taip entri kali ini. Entri kali ini, berkaitan mengapa ak tidur lambat semalam.

Semuanya bermula sekitar 11 malamlah. Cuaca malam tadi sangat baik (tak hujan seperti selalu yang melanda pantai timur) jadi kawan-kawan ak yang rata-rata coursemates ak, ajak main futsal.

 Budak-budak techno. tahun 1 main futsal boleh harap, benda lain hampeh!

Main futsal ini memang menjadi aktiviti kamilah, budak-budak teknologi maritim tahun 1 ini. Sekitar 1 pagi, minum dulu di gerai hadapan blok kediaman kami, tunggu lama pula, gulanya habis. Mana nak cari gula pagi-pagi buta macam ni, minumlah tembikai susu. Masa tengah menghayati minuman ni, ak perasan ada pengawal keselamatan duduk minum sekali. Perkara biasalah keadaan macam ni, tetapi malam ni, nasib ak dengan kawan-kawan agak malang. 2 tempat yang selalu kami panjat (coz limit sepatutnya 12 malam saja), ada pengawal tadi. Selalu seorang saja yang berjaga, itupun dia tidur dalam pondok tu, kali ni, berdua. Seorang sana, seorang sini.

Nak tak nak harapkan budi bicara pengawal sajalah. Kami diberi 3 pilihan. Masuk melalui sini, tetapi kena serahkan kad matrix atau IC. Lagi 1 pilihan, masuk melalui pagar depan. Agak sengal disitu, kedua-dua pilihan tadi, jawapnya kami akan ke HEPA. Pantang ak menyerah sebelum kalah!!!

 Pilihan terakhir sama-sama tunggu sampai pagi esok (hari ini). Ak pun ajak kawan-kawan ak, lepak pantai. Nasib baik tempat ak dekat dengan pantai. Mula-mula seronoklah, jadi kanak-kanak main dekat playground, lepas setengah jam, masing-masing bosan. Sejuk jangan cakaplah, peluh yang kering dah tentu arahlah sejuk, duduk pula tepi pantai. Aduish!!!

On the way ke pantai Tok Jembal

Ini 5 minit awal.

Budak-budak Nautika yang senasib dengan Techno.

Mula dah sesi bergambar. Kenangan ni lepak pukul 2 pagi.

Tahniah kepada Stranger a.k.a Shahrul kerana berjaya melepasi pengawal ketika kami sedang berbicara dengan pengawal (ambil kesempatan).

Terbaiklah korang semua. Dauh, Makwe, Pali, Einstein, Cipu, Gin dan lain-lain, anda terlepas dari memori indah ni.

Jadi, terhasillah unggun api.

Yang best, tengah seronok-seronok, polis peronda lalu. Ak memang risaulah, kena tangkap lepak malam-malam macam ni. Lagi parah.Dia siap buka lampu spotlight lagi, usha kami. Lepas tu, dia pergi.
Fuh!!!

Payin, Zaid, Cheng, Ipin, Wan, Mizi, Meor, Sah, Old Man, Amer, susah payah nak nyalakan unggun api yang cume dapat bertahan setengah jam.

Kesejukan melanda.

Pukul 3, semua dah tak tahan. Pergi balik ke blok kediaman, tempat kami selalu panjat. Clear!!! Dengan kepantasan sepantas Usain Bolt, masing-masing panjat pagar. Dah macam SWAT masa tu.

Nak balik. Tak kira apa nak jadi sekalipun.

Aduh!! Rasa lega sangat bila kaki melangkah masuk ke bilik. Syukur ak terselamat dari kejahatan malam.

*Selama ak balik pukul 1,2 pagi, macam-macam hal ak pernah nampak, terutama hal sosial lelaki dan wanita.