Showing posts with label Kongsi Pengetahuan Am. Show all posts
Showing posts with label Kongsi Pengetahuan Am. Show all posts

Sunday, October 16, 2011

Kongsi Pengetahuan Am 3 : Simpulan dan Ikatan.

Assalammualaikum...

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.



Mari-mari, kita belajar sebahagian ikatan yang diguna pakai dalam kehidupan seseorang individu.


Whipping.

Whipping ini digunakan untuk mengikat hujung tali atau gentian bagi mengelakkan dari hujung gentian  dari terurai. 


Overknot.




Simpulan ini adalah yang paling mudah dan kerap kali kita gunakan dalam kehidupan seharian. Bahasa mudah atau dalam bahasa seharian kita, kita memanggil simpulan ini sebagai Ikat Mati. Fungsi simpulan ini adalah untuk mengemaskini atau menamatkan sesuatu ikatan.


Figure Eight Knot.




Simpulan ini juga agak selalu kita jumpa dalam kehidupan kita. Aplikasi paling jelas adalah dalam mengikat sesuatu bungkusan. Simpulan berbentuk nombor lapan ini juga boleh digunakan untuk menyambung dua tali.


Reef Knot.



Pengakap mengajar simpulan ini sebagai Buku Sila. Simpulan ini digunakan untuk menyambung dua tali dengan mudah dan kemas.


Sheet Band.




Dikenali sebagai Bunga Geti dalam bahasa ibunda kita. Gaya yang lebih kurang seperti Reef Knot, dan aplikasinya pada dua tali yang berbeza saiz atau diameternya.


Double Sheet Band.



Serupa dengan Sheet Band, dua kali lilit menjadikan simpulan ini lebih kuat dan kukuh dari Sheet Band.


Bowline.



Simpulan ini digunakan dalam kerja menyelamat. Kita dapat lihat pengaplikasian simpulan ini ketika kerja-kerja menyelamat mangsa bot karam yang diselamatkan melalui helikopter. Nama lain simpulan ini adalah Tindih Kasih.


French Bowline.
Serupa dengan Bowline, dua kali lilitan menjadikannya seakan-akan mempunyai dua gelung tali. Juga diguna pakai dalam kerja menyelamat. Satu gelung boleh dijadikan tempat duduk dan gelung kedua boleh dijadikan tempat pemegang atau bersandar oleh mangsa.


Bowline on a Bight Knot.




Adik-beradik bowline sememangnya kerap kali digunakan dalam kerja penyelamatan. Kali ini, simpulan ini digunakan dalam menunda bot-bot kecil selain kerja menyelamat mangsa dilaut.


Running Bowline.



Simpulan ini mudah digerakan dan dan sangat kukuh. Nama Melayunya Tindih kasih berlari. 



Assalammualaikum...



Sunday, May 15, 2011

Kongsi Pengetahuan Am 2.

Russia is so big that it takes eight days to cross it by train! As children set off for school in the city of Moscow int he west, others are already going home in the eastern port of Vladivostok.



To read a book in Arabic or Hebrew, you have to work from right to left. So if this book were in Arabic, the first page would be where the index is now.



In Scotland, each family group has its own tartan, with a particular pattern and colour.




The rolling grasslands of Canada and the USA are planted with wheat as far as the eye can see. One Canadian wheatfield was so big, it was double the size of the European country, San Marino!




Trains in Tokyo, Japan, are so crowded that railway
staff called crushers have to push in the passengers while the doors close.

Wednesday, February 2, 2011

Kongsi Pengetahuan Am 1

Assalammualaikum...

1. Gunung kedua tertinggi adalah Gunung K2 dengan ketinggian 8611 meter dari aras laut.


2. Sungai kedua terpanjang adalah Sungai Amazon sekitar 6280 km.


3. Lautan Atlantik yang berkeluasan 81 660 km persegi merupakan lautan kedua terbesar.


4. Air terjun kedua tertinggi di dunia terletak di Tugela, Afrika Selatan dengan ketinggian 853 meter.


5. Pulau kedua terbesar pula adalah New Guinea dengan keluasan 789 950 km persegi.