Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Friday, April 20, 2012

Lebih Baik Diam daripada Berkata-kata

Assalammualaikum...

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.


“Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”. ( Riwayat ABU NAIM )

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. ( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )


Kadangkala kita sebagai manusia terlalu banyak bercakap daripada mendengar sedangkan kita tahun mendengar lebih baik. Dunia hari ini, kita dipertontonkan dengan begitu banyak sekali pendapat-pendapat daripada masyarakat. Dunia masa kini juga tidak lagi memerlukan kita untuk bercakap, tetapi cukup sekadar menaip.

Modus operandinya sama, baik ketika bercakap ataupun menulis. Kadangkala apabila banyak bercakap menampakkan kebodohan diri dan kadangkala membuatkan kita semakin lupa siapa diri kita.

Ada mengatakan semakin banyak kita bercakap semakin banyak kita menipu dan diam juga kadangkala boleh dijadikan senjata untuk melawan atau menentang seseorang.


Ada sesuatu yang kita perlu kita sebagai manusia tahu, "BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP".


Jadi bukankah berdiam lebih baik dari bercakap? Tetapi janganlah pula berdiam diri tidak kena pada tempatnya, pandai-pandailah sahabat menilai di mana keperluan kita untuk bercakap agar kita tidak bercakap benda yang sia-sia, adapun benda yang baik tetapi disertakan niat yang salah, tidak pula betulnya.






Wallahu 'alam.

Tuesday, April 10, 2012

Puasa Tiga Hari, Dua Rakaat Dhuha dan Witir.

Assalammualaikum...

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.

Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata : Telah memesan kepadaku oleh kekasihku iaitu junjungan Nabi Sallahu'alaihi wassalam dengan tiga perkara :


  1. Berpuasa sebanyak tiga hari daripada tiap-tiap bulan ; dan tidak pula ditentukan tiga hari itu (sesetengah pendapat menyatakan pada hari ke 13, 14 dan 15 setiap bulan).
  2. Sembahyang dua rakaat Dhuha pada tiap-tiap hari.
  3. Bahawa aku sembahyang witir selepas solat Isyak sebelum aku tidur.


Wallahu 'alam.

Thursday, October 6, 2011

6 Soalan untuk direnungkan bersama.


Assalammualaikum

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.



Pertama

Apa yang paling dekat dengan diri kita didunia ini?
Ibu bapa? Guru? Sahabat? Laptop? Kereta?
yang paling dekat dengan kita adalah MATI.

Kedua

Apa pula yang paling jauh dengan diri kita didunia ini?
Eropah? Matahari? Bulan? Langit? Orang yang tiada?
yang paling dekat dengan kita adalah MASA LAMPAU.

Ketiga

Apa yang paling besar didunia ini?
Burj Dubai? Gunung? Lautan? Bumi? Matahari? 
yang paling besar didunia ini adalah NAFSU.

Keempat

Apakah yang paling berat didunia ini?
Kepala kereta api? Kayu? Besi? Gajah? 
yang paling berat didunia ini adalah MEMEGANG AMANAH.

Kelima
Apakah yang paling ringan didunia ini?
Kapas? Angin? Debu? Dedaun? 
yang paling ringan didunia ini adalah MENINGGALKAN IBADAT.

Keenam
Apakah yang paling tajam didunia ini?
Pisau? Sabit? Pedang samurai?
yang paling tajam didunia ini adalah LIDAH MANUSIA.




Kematian merupakan benda paling hampir dengan kita kerana kematian itu adalah pasti untuk setiap umat manusia juga segala benda hidup. Masa lampau pula merupakan perkara paling jauh dari kita kerana mustahil kita dapat kembali ke masa lampau, sekalipun sekejap atau sesaat yang lepas.


Banyak orang yang tumbang ditewaskan oleh nafsu. Nafsu negatif lebih kuat mempengaruhi dari nafsu positif dan jangan biarkan nafsu negatif ini membawa kita ke api neraka. Pemegang amanah merupakan pemikul benda paling berat didunia, kerana ia akan dituntut di akhirat kelak.


Meninggalkan ibadah perkara mudah bukan? Ramai orang yang mengambil mudah ibadah, melengah-lengahkan dan sebagainya. Sungguh ringan bukan? Lidah manusia lebih tajam dari mata pedang, kerana lidah manusia mampu berbohong dan memfitnah yang boleh menyebabkan pertelingkahan atau peperangan. Kesannya lebih ramai yang akan menderita berbanding kesan tajamnya mata pedang.


**Berfikirlah setiap persoalan diatas dengan lebih kreatif Sahabat-sahabat.


Wallahu 'alam...




Assalammualaikum...






Berhati-hati Sahabat mengenai Zina!


Assalammualaikum

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.



"Sesungguhnya Allah telah menetapkan atas diri anak Adam bahagiannya daripada zina. Dia mengetahui yang demikian itu dan tanpa dimungkiri :
  • Mata itu berupaya berzina dan zinanya adalah pandangan.
  • Lidah itu berupaya berzina dan zinanya adalah perkataan.
  • Kaki itu berupaya berzina dan zina adalah ayunan langkah.
  • Tangan itu mampu berzina dan zinanya adalah tangkapan keras.
  • Hati itu berupaya berkeinginan dan berangan-angan.
  • Sedangkan kemaluan membenarkan atau mendustakan yang demikian itu."

(HR Al-Bukhari, Muslim, An-Nasa'i dan Abu Daud)

Assalammualaikum..

Wednesday, October 5, 2011


Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.


"Ambil wudhuk tidak perlu banyak, tetapi biar sempurna. Ini kerana basuhan dengan air itu hanyalah simbolik. Yang hendak dibasuh bukanlah najis yang ada di wajah dan anggota kita, tetapi kotoran dosa yang dibawa oleh mata, mulut, telinga, tangan dan kaki..."


                                                   Tazkirah ringkas di pejabat Menteri Besar pada 10 Jun 2010.              

Thursday, September 29, 2011

Islam yang Tinggi.


Assalammualaikum

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.


اِسْــــلاَمُ يَعْلُوْا وَلاَ يُعْلَى عَلَيـْـــه


"Sesungguhnya Islam itu tinggi, Dan Tiada yang lebih tinggi daripadanya".


Rasanya perkataan Nabi diatas sudah cukup jelas untuk menerangkan isu yang ketika ini hangat dibicarakan oleh media-media tempatan. Islam sesuai disemua keadaan dan tempat begitu juga suasana. Jadi tiada istilah belum bersedia atau tidak sesuai melaksanakan hukum Allah dimuka bumi milik-Nya ini.

Wallahu 'Alam...




Assalammualaikum...


Monday, August 29, 2011

Ramadan 1432 berlalu, dapatkah aku bertemu dengan Ramadan seterusnya?

Assalammualaikum...



Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.




Ya Allah! Kau izinkanlah diriku hambaMu yang lemah
tidak berdaya ini untuk bertemu dengan RamadhanMu yang akan datang,
izinkanlah juga orang-orang yang aku kasihi dan sayangi
merasai nikmat Ramadhan bersama lagi.




Assalammualaikum...

Monday, August 22, 2011

Nujam Masai vs Pak Belalang

Assalammualaikum...






Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.



Nujum Masai: Jika tuan bijaksana, marilah jawab soalan hamba.

Pak Belalang: Silakan Nujum Masai.
Nujum Masai: Apakah 1-banyak-banyak, 2-sedikit-sedikit, 3-kadang-kadang, 4-jarang-jarang ?
Pak Belalang: Ah, itu senang saja. Jawabnya Terawikh!! 
"1- Banyak-banyak" bermaksud minggu pertama banyak orang datang terawikh. "2- sikit-sikit" minggu kedua sudah sedikit org dtg terawih. "3-kadang-kadang" pd minggu ketiga kadang-kadang saja orang akan datang terawikh, & "4-jarang-jarang" pada minggu keempat jarang-jarang jumpa orang dtg terawikh.


Renung-renungkan sahabat.









Assalammualaikum...





Wednesday, July 27, 2011

Kepada Sesiapa yang Tidak Mengikut Perintah Allah Dalam Kehidupan Seharian.

Assalammualaikum...

Hayati potongan ayat Al- Quran ini:-

Firman Allah SWT:  "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka  mereka adalah orang-orang yang kafir" (al-Maidah: 44)

Firman  Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah,  maka mereka adalah orang-orang yang zalim" (al-Maidah:45)

Firman  Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah,  maka mereka adalah orang-orang yang fasiq" (al-Maidah:47)


Firman  Allah SWT: "Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah  yang lebih baik dari hukum Allah bagiorang-orang yang yakin?"  (al-Maidah:50)



Assalammualaikum...

Thursday, May 5, 2011

Berfikir Sejenak

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: Ada tujuh golongan manusia yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat dan tidak membersihkan mereka daripada dosa bahkan Allah berfirman kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang yang dimasukkan ke dalamnya. 

Tujuh golongan tersebut ialah: 
1. Orang yang melakukan homoseks. 
2. Orang yang melakukan kahwin tangan (onani). 
3. Orang yang melakukan hubungan seks dengan binatang. 
4. Orang yang melakukan hubungan seks melalui dubur (liwat). 
5. Orang yang berkahwin antara ibu dan anak. 
6. Orang yang berzina dengan isteri jirannya. 
7. Orang yang menggangu jirannya. 
(Riwayat al-Tabrani). 





Friday, April 15, 2011

Kitaran Bodoh.


Assalammualaikum...

Sedar atau tidak hidup kita melalui satu proses yang hampir sama setiap hari.


Bangun dari tidur, solat subuh, al-Mathurat, sarapan, kelas/kerja, zuhur, lunch, asar, riadah, mandi, maghrib, al-Quran, isyak, belajar, tidur. Ini semua rutin biasa bagi kita.

Jadi di mana "Kitaran Bodoh" yang dimaksudkan?

Kita dijadikan di muka bumi ini dengan dua tujuan dan telah pun kita berjanji dengan Yang Maha Agung untuk melakukan dua perkara ini. Beribadat kepada Dia dan menjadi Khalifah dibumi-Nya.

Tanpa kita sedari, mungkin dari sudut ibadat, kita berjaya menjaganya, tetapi tanggungjawab sebagai khalifah?

Adakah kita menjalankan tanggungjawab ini seperti berdakwah, menjaga hubungan dengan setiap isi alam, menjalankan hukum-hakam Islam dalam pemerintahan dan lain-lain?

Semestinya tidak.

Kita seolah-olah telah diprogram dalam kehidupan seharian kita. Dapat dilihat disini, kita melebihkan dunia lebih dari akhirat. Dalam kehidupan yang telah diatur atau dipengaruhi oleh seseorang atau lebih jelas lagi ialah sistem barat.

Cukupkah kita sekadar beribadat? Cukupkah bekalan menghadapi akhirat dengan ibadat?

Tidakkah kita pernah mendengar kisah si ayah yang sedang melangkah ke syurga ditarik anak perempuannya kerana tidak mengalakkan anaknya menutup aurat? Adakah anda ingin melihat orang yang dikenali anda diazab dan menjadi penghuni neraka?


Marilah kita keluar dari kitaran ini yang telah melekakan kita dan meletakkan Islam seakan-akan kelihatan berpecah dan bersendirian.

Sepatutnya kita perlu menjaga tepi kain orang, bukan jangan menjaga tepi kain orang.

Ayuh kita keluar dari "kitaran bodoh".

Wassalam...

Friday, March 18, 2011

"Aku tidak menghimpunkan dua ketakutan pada hambaKu dan tidak pula dua keamanan baginya. Jika ia merasa aman daripadaKu di dalam dunia, Aku akan berikan rasa takut kepadanya pada hari kiamat. Dan jika ia merasa takut kepadaKu di dunia, Aku akan berikan kepadanya rasa aman pada hari kiamat."


(Hadis qudsi  riwayat Ibnu Mubarak dan al-Hassan)

Takutlah kita padaNya sekarang kerana ketakutan padaNya pada kemudian hari adalah ketakutan yang teramat sangat. 

Ketahuilah sesungguhnya keamanan dan keselesaan di dunia yang bersifat sementara hanya sedikit dari sebenar-benar keamanan kurniaan-Nya di akhirat kelak.


Allah hanya memberikan bunga-bunga dari keamanan sebenar di akhirat agar hamba-Nya terus-terusan mencari kelazatan hidup.

Friday, February 18, 2011

Kalimah Agung.

Assalammualaikum...

Dari Jabir bin Abdullah, berkata : Aku mendengar Rasulullah bersabda : "Sebaik-baik zikir ialah La ilaha illallah dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah." - (HR Tarmizi)

...لاَّ إِلَهَ إِلاَّ الله




Inilah kalimah yang meletakkan orang Islam lebih tinggi di sisi Allah berbanding penganut-penganut agama lain. Ya, setiap apa yang kita lakukan kesemuanya di atas nama Dia yang Maha Agung. Makan, minum, tidur, berjalan, malah setiap apa yang kita lakukan, semuanya hanya kerana Allah.


Adakah kelazatan makanan yang kita makan yang mengeyangkan kita? Jus epal yang sejuk yang menghilangkan kehausan kita di dunia ini? Tidur diatas katil yang empuk memberi kita rehat secukupnya?

Tidak.

Kesemuanya dengan izin Dia. Makanan itu hanya sebagai perantaraan sahaja. Kalimah ini mampu mengawal kita selama kita hidup di dunia yang sementara ini.

Dari Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda : "Iman itu lebih daripada 70 cabang, yang terbaik daripadanya ialah mengucapkan La ilaha illallah dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang menyakiti di tengah jalan, dan malu itu satu cabang daripada iman." (HR Muslim)


Betapa tingginya kalimah ini untuk umat manusia dan berapa tingginya darjat manusia yang berpegang teguh pada kalimah ini.

Bersama-samalah jadikanlah kalimah ini yang tertinggi dalam diri kita.

Assalammualaikum...