Friday, April 20, 2012

Lebih Baik Diam daripada Berkata-kata

Assalammualaikum...

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.


“Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”. ( Riwayat ABU NAIM )

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. ( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )


Kadangkala kita sebagai manusia terlalu banyak bercakap daripada mendengar sedangkan kita tahun mendengar lebih baik. Dunia hari ini, kita dipertontonkan dengan begitu banyak sekali pendapat-pendapat daripada masyarakat. Dunia masa kini juga tidak lagi memerlukan kita untuk bercakap, tetapi cukup sekadar menaip.

Modus operandinya sama, baik ketika bercakap ataupun menulis. Kadangkala apabila banyak bercakap menampakkan kebodohan diri dan kadangkala membuatkan kita semakin lupa siapa diri kita.

Ada mengatakan semakin banyak kita bercakap semakin banyak kita menipu dan diam juga kadangkala boleh dijadikan senjata untuk melawan atau menentang seseorang.


Ada sesuatu yang kita perlu kita sebagai manusia tahu, "BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP".


Jadi bukankah berdiam lebih baik dari bercakap? Tetapi janganlah pula berdiam diri tidak kena pada tempatnya, pandai-pandailah sahabat menilai di mana keperluan kita untuk bercakap agar kita tidak bercakap benda yang sia-sia, adapun benda yang baik tetapi disertakan niat yang salah, tidak pula betulnya.






Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment