Wednesday, April 25, 2012

Bersih dan Kuning.

Assalammualaikum...

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.


Sejauh mana kefahaman kita mengenai perhimpunan Bersih dan tema warna kuning? Adakah kita melihat Bersih ini dari sudut politik yang disempitkan?



Hari ini kita seolah-olah telah diprogramkan bahawa penyokong Bersih ini secara tidak langsung merupakan penyokong Pakatan Rakyat (PR). Namun pada hakikatnya, tidak. Suara penyokong Bersih, boleh kita katakan suara rakyat, suara menuntut keadilan, dan suara kearah kemajuan rakyat.

Kita sebagai rakyat pastinya mahukan hak-hak rakyat. Pada dasarnya, tuntutan-tuntutan Bersih tidak langsung memihak pada mana-mana pihak, dan seharusnya tiada masalah untuk dilaksanakan. Melainkan wujud pihak yang benar-benar mengeksploitasi keadaan semasa.

Tidak pasti sama ada wujudnya Bersih ini semata-mata untuk menumbangkan kerajaan sedia ada sekarang kerana perkara yang sama pasti rakyat lakukan andai kata PR menjadi kerajaan pusat.

Lihat sahaja kuasa rakyat di negara-negara asing, seperti Thailand, Ukraine dan beberapa negara lagi, kuasa rakyat menukar kerajaan tidak kira ideologi itu, membuktikan rakyat menuntut hak rakyat lebih dari kepentingan politik.

Amerika Syarikat sendiri sering bertukar kerajaan di antara parti Republican atau Demokrat. Secara tidak langsung, rakyat Amerika Syarikat akan dapat hak dan kepentingan dengan lebih baik dari pihak kerajaan. Ini kerana kerajaan yang menduduki tampuk pemerintahan akan berusaha yang terbaik menjaga kebajikan rakyat jika ingin terus berkuasa bagi temph yang lama, tetapi jika gagal, tiada peluang kedua buat mereka.

Kesimpulannya mudah, rakyat Malaysia mahukan keadilan dalam memilih pemerintah dan kerajaan sendiri. Jika kita dipihak yang benar, Bersih 3.0 ini tidak sepatutnya menjadi kegusaran kepada kita.

Hadits Abdullah bin Umar ra. Bahwasanya Rasulullah saw bersabda: “setiap kamu adalah pemimpin yang akan diminta dipertanggungjawabkan atas kepemimpinannya. Seorang amir yang mengurus keadaan rakyat adalah pemimpin. Ia akan diminta dipertanggungjawabkan tentang rakyatnya. Seorang laki-laki adalah pemimpin terhadap keluarganya di rumahnya. Seorang wanita adalah pemimpin atas rumah suaminya. Ia akan diminta dipertanggungjawabkan tentang hal mereka itu. Seorang hamba adalah pemimpin terhadap harta benda tuannya, dia kan diminta dipertanggungjawabkan tentang harta tuannya. Ketahuilah, kamu semua adalah pemimpin dan semua akan diminta bertanggungjawab tentang kepemimpinannya.

Kita sering berlainan pendapat, tetapi tidak bermakna kita saling membenci. Sekadar ini pandangan saya sendiri sebagai rakyat Malaysia yang tidak dipengaruhi mana-mana individu, persatuan atau kelab mahupun gerakkan, jauh sekali di bawah pengaruh mana-mana NGO dan parti politik.


Sayang Malaysia...

Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment