Saturday, November 19, 2011

Malaysia vs Myanmar

Assalammualaikum...

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.




Harimau Muda semakin hampir pasti mempertahankan emas yang dibaham dua tahun lalu. Lenyap seketika ego sang Garuda, hari ini pasukan bawah 23 tahun negara akan berhadapan Myanmar. Berkemungkinan final ulangan dua tahun lalu berulang, Malaysia vs Vietnam.

Matlamat tak menghalalkan cara.

Assalammualaikum...

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.

Inilah yang orang selalu sebut-sebutkan. Matlamat tak menghalalkan cara. 7 Mahasiswi Rela Berbogel Untuk Badan Amal. 

Menjual maruah untuk kebaikan. Ada ke? Dunia akhir zaman, matlamat dicapai dengan apa cara sekalipun sekalipun dengan cara yang jijik, jelik dan ada kala dengan cara yang bangsat.




Wallahu 'alam.

Thursday, November 17, 2011

Bencinya mereka akan kita.

Assalammualaikum...

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.


Betapa bencinya rakyat Indonesia kepada kita rakyat Malaysia.Keadaan ini berterusan sejak setahun lalu dan masih berlarutan sehingga terbawa-bawa ke dalam dunia sukan. Salah satu sebab yang memanaskan lagi isu ini, boleh baca di sini. 

Terbaru, hampir setiap hari sepanjang sukan sea kali ini yang mana tuan rumahnya adalah Indonesia, berita seperti ini akan terpampang di dada akhbar. (Utusan).

Pada aku, mereka berjaya didoktrin untuk membenci Malaysian yang serumpun dan paling penting seagama dengan mereka berbanding tahap kebencian mereka terhadap negara lain.

Buktinya, dalam perlawanan bola sepak Malaysia menentang Singapura pada aksi pembukaan lalu, dapat dilihat peminat Indonesia memberi sokongan yang padu kepada Singapura. Bukan kerana mereka peminat Singapura, tetapi kerana mereka tidak suka kepada Malaysia.

Sejujurnya, aku pernah bertanya kepada beberapa orang sahabat aku, mereka mahu siapa menang jika Indonesia lawan Singapura (bola sepak), mereka akan mengatakan Indonesia.

Betapa berjayanya perancangan pihak tertentu mengenai ideologi nasionalisme untuk mengelakkan negara-negara Islam bersatu, terutama Malaysia dan Indonesia kerana mereka tahu, Islam masih tinggi di negara ini. Sehinggakan hal kecil seperti asal-usul kain batikpun mereka mahu berbunuh-bunuhan sesama saudara.

Lihatlah, berjayanya rancangan rapi The Hidden Hand, dipecahkannya negara-negara Islam, kemudian diracuni dengan ideologi-ideologi bangsat, sehingga mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk memastikan kita tidak bersatu umat Islam, apatah lagi untuk menegakkan negara Islam dan berkerajaan Khilafah.



Wallahu 'alam.


Saturday, November 12, 2011

Indahnya bercinta sebelum kahwin...

Assalammualaikum...

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.


Yeke bercinta sebelum kahwin indah? Ada sesiapa dikalangan sahabat yang bersetuju? Saya kata bercinta kahwin sebelum kahwin indah! Kenapa?

Mana tidaknya, habis otak aku dibasuh dengan seni tempatan yang mengindahkan percintaan sebelum kahwin.

Gambar sekadar hiasan.

Pertama sekali, filem atau drama. Berapa banyak filem yang memaparkan keindahan bercinta sebelum kahwin. Keluar bersama, pegang tangan, makan bersuap dan banyak lagi. Sedikit sebanyak memberi idea kepada muda-mudi untuk mempraktikan apa yang dilihat. 

Kemudian, bukti mengapa mendengar adalah pembelajaran terbaik.

Lagu-lagu yang berkumandang di radio masa kini kebanyakkannya bertema cinta dan memang diakui oleh seorang pengiat seni tanah air dahulu (aku tak pasti siapa) bahawa di Tanah Melayu ini lagu cinta menjadi pilihan pemuzik.

Kalau sahabat kurang percaya, cubalah dengar radio sekarang, aku pasti daripada 10 lagu diputar, 8 akan bertemakan cinta. 

Terbuktikan?
Belum lagi klip video lagu-lagu sedemikian. Sahabat perasan atau tidak, selalunya diakhir video, mesti pasangan ini bahagia, bukan?

Malas nak bising membebel, jom kita layan komen Mat Lutfi.

Betullah kata Azmil Mustapha, kalau hendak selamat dunia akhirat, tinggalkan sepenuhnya dunia hiburan (lebih kuranglah).



Wallahu 'alam.


Friday, November 4, 2011

Kerani Miskin Jadi Jutawan di India.

Assalammualaikum...

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.


Pagi ini, aku terbaca di dalam akhbar, Kosmo mengenai seorang kerani miskin di India telah bergelar jutawan setelah berjaya dalam rancangan Who Wants To Be A Millionaire versi India yang dihoskan oleh pelakon tersohor negara itu, Amitabh Bachchan.

Lihatlah kuasa yang ada pada ilmu, pengetahuan am dan kemahiran insaniah. Tidak rugi dimiliki setiap insan dan sentiasa berguna kepada seseorang tidak kira masa dan tempat, InsyaAllah.

Salah satu babak dalam filem The Count of Monte Cristo telah berjaya memaparkan kepentingan ilmu. 

"Semua benda orang boleh rampas dari kita, kecuali ilmu", pesan seorang banduan kepada watak utama ketika sama-sama ditahan di dalam penjara.

Wallhu 'alam...