Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Saturday, November 19, 2011

Malaysia vs Myanmar

Assalammualaikum...

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.




Harimau Muda semakin hampir pasti mempertahankan emas yang dibaham dua tahun lalu. Lenyap seketika ego sang Garuda, hari ini pasukan bawah 23 tahun negara akan berhadapan Myanmar. Berkemungkinan final ulangan dua tahun lalu berulang, Malaysia vs Vietnam.

Tuesday, October 25, 2011

FAM tolonglah selamatkan bola sepak Malaysia.

Assalammualaikum...

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.



Demam Piala Malaysia terus dirasai dan bahangnya kini memuncak menjelang pentas akhir ujung minggu ini. Ketika kedua-dua pasukan, baik Terengganu mahupun Negeri Sembilan, bersiap sedia untuk turun melaksanakan misi terakhir mereka, timbul isu hangat yang menjadi kemarahan peminat bola sepak.

Isu hargai tiket yang difikirkan tidak masuk akal, RM50 bagi kesemua tempat duduk. Sebelum ini, harga RM50 hanya bagi mereka yang memilih grandstand, manakala yang selebihnya, hanya bernilai RM30. 

Ketika peminat bola sepak baru bangkit untuk menyokong pasukan yang diminati, isu sedemikian mampu menidurkan peminat semula. Manakan tidak, keadaan ini mampu mengakibatkan stadium kosong ataupun kehadiran peminat tidak mencapai tahap yang memuaskan.

Tambahan pula, bagi peminat pasukan Terengganu yang berada di pantai timur, tambang bas untuk ke Shah Alam sahaja hampir mencecah RM50. Jika dihitung dua hala, nilainya mencecah RM100. Seterusnya harga tiket, jumlah sudahpun RM150. Belum diambil kira perbelanjaan peminat yang ingin memeriahkan malam pentas final nanti yang akan membawa gajet-gajet bersama. Nilai keseluruhan mampu mencecah RM200 untuk satu malam sahaja.

Semestinya peminat akan berfikir bahawa dengan RM200, banyak manfaat lain yang boleh dibuat. 

Seandainya pula peminat berkeluarga, hampir RM1000 jugalah perlu mereka belanjakan.


Wallahu 'alam.








Thursday, July 7, 2011

Kelayakan Olimpik 2012 : Malaysia dalam kumpulan C

Assalammualaikum...

Untuk peminat bola sepak tanah air, undian kelayakan akhir untuk ke Sukan Olimpik 2012, berlangsung sebentar tadi di rumah AFC di Bukit Jalil.

Kumpulan A.
Korea Selatan.
Qatar.
Arab Saudi.
Oman.

Kumpulan B.
Australia.
Iraq.
Uzbekistan.
UAE.

Kumpulan C.
Jepun.
Bahrain.
Syria.
MALAYSIA.

Perlawanan 1 - 21 September 2011
Perlawanan 2 - 23 November 2011
Perlawanan 3 - 27 November 2011
Perlawanan 4 - 5 Februari 2012
Perlawanan 5 - 22 Februari 2012
Perlawanan 6 - 14 Mac 2012.

Semoga berjaya kepada pasukan Malaysia untuk melayakkan  diri ke London.

Assalammualaikum...

Saturday, May 28, 2011

Final UEFA Champions League

Assalammualaikum...

28th of May 2011 at Wembley Stadium, London.

FC Barcelona vs Manchester United



Wembley Stadium the host.
Sesi latihan Barca.

Sesi latihan MU .
Ak adalah penyokong setia Barcelona. 
 Hehe...

Assalammualaikum...