Showing posts with label Pantai Timur. Show all posts
Showing posts with label Pantai Timur. Show all posts

Wednesday, July 18, 2012

Doa Wehdah


Assalammualaikum...
Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.



Sekitar sebulan yang lepas, aku berkesempatan ke sebuah sekolah rendah agama di bumi Terengganu. Ada sesuatu yang sangat menarik perhatian ketika kanak-kanak ini sedang berhimpun pada sebelah paginya sebelum memulakan kelas. Alunan rangkaian zikir yang sangat bersemangat dilaungkan mereka sehinggakan lidah aku lembut untuk mengikut sama, tetapi terhenti pada serangkap zikir. Aku terhenti bukan kerana apa, tetapi kerana tidak pernah tahupun zikir apa. Bila aku bertanyakan kepada seorang sahabat aku, dia memberi tahu itu adalah Doa Wehdah. (Pernah dengar tajuk doa tu, tetapi tak pernah tahu bacaannya).

Kata sahabatku ini, doa ini biasa dibaca dikalangan pelajar-pelajar yang bersekolah agama bukan sahaja di pantai timur, tetapi juga di seluruh Malaysia. Doa ini untuk memberi semangat, katanya lagi (Wallahu ‘alam), dan sungguh, mendengar anak-anak kecil ini bersatu membaca doa ini, terasa syiar Islam menjulang  tersangat tinggi dan terasa seperti kemenangan Islam dihadapan cuma.





Wallahu 'alam


Saturday, October 1, 2011

RV Discovey UMT dilancarkan.


Assalammualaikum

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.








Dilancarkan pada Jumaat, 30 September 2011 di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa Pulau Duyong, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Semoga kapal ini membawa lebih banyak kejayaan buat semua.







Assalammualaikum...





Thursday, January 20, 2011

Siapa Lagi Maju?


Orang kata orang pantai timur ni menolak kemajuan? Yeke dop mu?
Sebabnya bandar-bandar mereka tidak kelihatan pesat membangun. Tiada mega mall tempat melepak, tiada panggung wayang (ok, mungkin kemaman dah ada...tapi itupun baru sekarang ada) dan yang ada banyak tempat-tempat ceramah agama dan sekolah-sekolah.

Kalau kita baca sejarah, kita dapat lihat mereka antara negeri yang paling lambat menerima pengaruh British. Sebab inilah mereka tak maju. Yeke? Kenapa British lambat luaskan pengaruh disini? Negeri-negeri Melayu tidak bersekutu atau NNMTB (Kedah, Perlis, Johor, Terengganu, Kelantan). Pendapat seorang pensyarah ak yang ak sangat setuju mengatakan kerana mereka lebih sedar akan pengaruh penjajah keatas tanah air kita. Meraka tidak mudah menyerahkan politik mereka kepada barat.


Malah hari ini kita dapat lihat politik di negeri ini sentiasa berubah-ubah. Ini membuktikan mereka sentiasa ingin mencari yang terbaik untuk negeri mereka. Mereka bijak dalam memberi peluang kepada seseorang memerintah dan kemudian menilai sebelum memilih untuk penggal yang akan datang.

Lihat juga setiap kali peperiksaan besar (seperti SPM, PMR dan UPSR), negeri-negeri inilah yang selalunya mencatatkan keputusan yang baik dan melahirkan pelajar yang cemerlang. Sukan. Mereka juga banyak mencapai kejayaan (dikira dari negeri asal ) terutama pada peringkat belia. Contoh lain kita dapat lihat Terengganu merupakan negeri pertama menubuhkan kelab basikalnya sendiri dan telah melahirkan atlet yang bertaraf dunia seterusnya memberi harapan kepada negara kita untuk meraih emas pertama pada sukan Olimpik 2012 yang akan berlangsung di London.


Jika kita lihat secara kasar, negeri-negeri ini pegangan agama rakyat mereka lebih diutamakan. Pengalaman ak sendiri sepanjang belajar ilmu agama, kebanyakan ustaz dan ustazah ak berasal dari NNMTB. Apa yang ak sangat yakin bahawa dengan pegangan agama Islam yang utuh, kita tidak akan pernah mundur dari segala apa sudut sekalipun. Terbukti juga bagaimana Islam satu ketika dahulu menerusi kerajaan Abbasiyah menguasai dunia dengan pegangan agama yang kukuh sebelum zaman kejatuhan kerajaan Khalifah di zaman Turki Uthmaniyah yang kebanyakan umat Islam ketika itu telah ditanam sifat al-wahn. Sultan Abdul Hamid II sendiri meluahkan betapa sukarnya memerintah empayar yang besar dimana didalam terdapat orang yang ibarat gunting dalam lipatan.

Siapa lebih maju sekarang anda rasa?

Monday, December 20, 2010

Dakwah tanpa mengira kepentingan.

Assalammualaikum...


Nampak?? 


Kedai ini terletak di Kuala Terengganu. Dalam kedai ini memang membuatkan kita sedar dan teringatkan kepayahan saudara-saudara kita di Palestin. Salute habis kepada pemilik kedai ini kerana sentiasa meningatkan saudara-saudara yang lain tanpa memikirkan barang jualannya tidak laku atau tiada pembeli.

Ak ambil pengajaran lain dari kedai ini bahawa rezeki sememangnya milik Allah dan tidak akan rugi selagi kita berjihad di jalan-Nya.

Monday, November 22, 2010

Raya Haji Pantai Timur

Ak tak tahu sangat sebenarnya.

Cuma ak dengar rakan-rakan usrah ak bercerita suasana raya haji di sini, memang meriah. Katanya, lepas solat raya, penuh dengan korban dan kenduri-kendara. Then seminggu boleh makan free disebabkan kenduri yang memang banyak. Lepas tu pula, sebulan makan free lauk daging, masak sendirilah.

Kalau di selatan atau pantai barat?

Ak rasa raya haji hanya solat sunat aidiladha, tu saja. Korban memang ade, tetapi tak semua tempat yang meriah. Lagi pula, cuti sehari. Tengah minggu pula. Nothing saja ak rasa.

Ak sempat rasa meriah raya haji di sini. Ak pulang kesini, esoknya, sehari ak makan free, lunch pergi kenduri, dinner pula kawan ak bawa makanan dari kenduri. Makan berjemaahlah kami malam tu. Terima kasih kepada Gijie dan Dauh.

Friday, November 5, 2010

Musim Tengkujuh di Pantai Timur


HUJAN!!!HUJAN!!!HUJAN!!!

Pertama kali dalam hidup ak merasai musim tengkujuh di pantai timur yang selama ini ak dengar atau baca melalui berita. Selalu ak dengar kalau tiba hujung tahun, pantai timur akan banjir. Bila ak di sini, baru ak rasa, walaupun tidak banjir di kawasan sini. Tetapi, seharian kehujanan, tidak keluar rumah/bilik sudah menjadi kebiasaan.

Matahari langsung tidak kelihatan hari ini (31/10/2010), baju yang ak basuh, sudah semestinya tidak kering. Turun dari blok hari ini sekadar untuk mengisi perut. Solatpun ak hanya bersolat di surau blok. Makin malam makin lebat dan dari blok ak ini bisa kedengaran alunan ombak dari pantai berdekatan.


Maaf, ak tak berkesempatan untuk "rotate" gambar ini.



Suasana di kolej kediaman ak ketika hujan. Siap ada kolam di tengah-tengah tu.

Then, keadaan sekarang makin teruk (4 November). Alhamdulillah di sini bah tidak melanda. Tetapi di utara tanah air, teruk keadaannya, sampai majlis graduasi UUM terpaksa ditangguhkan (NC dorg siap declare kt hot.fm lg). Ada seorang lagi rakan ak di Arau, bagi tau untuk menaiki bas, mereka tidak perlu ke bustand, kerana air naik disana.

Tuesday, October 19, 2010

Penyokong Bola Sepak Pantai Timur Ganas ke???

Ganas ke penyokong bola sepak pantai timur??? Terutama Kelantan. Terengganupun? Ak sudah baca banyak blog dan artikel mengenai insiden suku akhir pertama diantara Selangor menentang Kelantan. Ak agak kecewa kerana ada segelintir penulis yang melibatkan unsur-unsur politik dalam hal ini. Tambah ak kecewa apabila ada juga penulis yang melibatkan unsur agama.

Mungkin kerana di pihak Kelantan, politiknya berbeza ideologinya berbanding negeri lain. Lagi pula setiap kali perlawanan Kelantan selalu akan terjadi perkara tidak diingini. Tetapi benarkah apa yang dilaporkan?
Kita sebagai pembaca haruslah bijak menilai. Teruskan membaca seberapa banyak yang mungkin sumber bahan bacaan, anda akan dapat mengetahui situasi di kedua-dua belah pihak.

Rasa setakat ini dahulu entry kali ini. Bukan apa, rasa tak puas hati bila ada pihak kaitkan isu-isu berkaitan bola sepak ini dengan politik.

Wednesday, October 13, 2010

Lagi Seronoknya di Pantai Timur

sekarang dah lebih 3 bulan,,ak sudah terbiasa bercakap menggunakan dialek tempatan. Alhamdulillah, negeri paling jauh dari tempat ak (pada pendapat ak, begitulah, tapi dari segi geografi, tidak pula ak pasti), Kelantan Darul Naim, sudahpun ak jejaki. Ketika itu di bulan ramadhan, ak bersama 3 orang lagi rakan ak ke Long Region (Rantau Panjang). Sempadan Thailand. Dari pukul 12 kami tiba sehingga lebih kurang jam 4 petang, kami berjalan dan berbelanja sakan. Hampir RM300 juga ak habis. Bukan apa, ak beli jersey liverpool 2 helai, then Real Madrid 1. Kalau ikut hati, memang Barcelonalah yang menjadi pilihan, tapi..........jerseynya mempunyai tanda salib di lambang kelab ini.

Inilah lambangnya.

sebenarnya banyak lagi kelab bola sepak mempunyai tanda atau lambang yang tidak membolehkan kita sebagai umat Islam memakainya, yang paling nyata kelab yang ketika ini mempunyai penyokong paling ramai didunia. Nama gelaranpun kita sudah tahu, THE RED DEVILS!!!


Ak rasa anda nampak lambang apakan?

Orang ramai tidak ambil kisah hal-hal seperti ini. Ak sendiri mempunyai kedua-dua jersey kelab ini, tapi sekarang ak tidak pakai lagi, ak patut buang ke???

Baiklah, bebalik pada Kelantan, jauh sangat ak tersasar. Sempat juga kami ke masjid seperti tokong di sekitar kawasan ini sebelum balik semula ke Jelly (Jeli). Buka puasa di rumah salah seorang dari kami. Seronok budaya kampung, imam solat terawikhnya orang arab. Yang menariknya hamba Allah ini, boleh bertutur dalam bahasa Melayu tetapi hanya didalam dialek Kelantan. Jika diajak menggunakan bahasa baku, dia tidak boleh.

Esoknya, ak sempat ke Newcastle, anda rasa dimana ini???Apa lagi kalau bukan Kota Bharu. Ambil rakan ak yang seorang lagi. Dia ini duduk di Fox Caves, katanya. Anda translate sendiri apa nama asalnya.

Bukan apa, orang Kelantan suka speaking english especially bila beri tahu kawasan di jajahan mereka. Ini cerita dari lecturer ak jugalah. Machangster, Golden Sand, White Sand, Red Soil dan banyak lagi.


Kelantan Darul Naim


Apapun, ak rasa sangat seronok di negeri ini. Orang Melayu sahaja ak jumpa. Melihat saudara-saudara ku berniaga, rasa hendak keluarkan duit agak mudah rasanya. Ak rasa Kelantan dan Terengganu memang lebih kurang budaya hidup mereka. Semangat assabiah mereka ini dapat dibentuk sebabnya orang-orang sini ramah. Lagi ak suka, budaya mereka yang tidak memandang rendah terhadap orang lain, tidak menggelakkan orang yang ditimpa malu, dan gaya bahasa mereka pada ak, agak sopan dibanding dengan di selatan. Mereka ini hidup sederhana, teringat ak Islam suruh penganutnya hidup bersederhana.

Ak cerita ini, bukanlah nak beza-bezakan rakyat setiap negeri, tetapi sekadar berkongsi pengalaman budaya Melayu di pantai timur. Tak perlulah sampai ke luar negeri, melancong atau apa-apa, dengan tujuan lain hendak melihat budaya orang luar, budaya orang Malaysia sendiripun belum sepenuhnya ak rasai. Lagi pula di sini adanya tempat yang digelar serambi Mekah.


Wednesday, September 22, 2010

Dimana Bumi Dipijak Disitu Langit Dijunjung

4 bulan sudah ak ditempat baru. Ternyata sesingkat ini ak dapat sesuaikan diri dengan sangat selesa. Terengganu. Itulah nama negeri yang sekarang ini ak tanahnya ak pijaki. Perjalanan kesini, Kuala Terengganu, atau lebih specific di Gong Badak, dari tempat asal ak mengambil masa lebih kurang 6 jam. Apa yang ingin ak kongsi bersama teman-teman bukanlah pengalaman perjalanan, tetapi keadaan dan suasana disini.

Terengganu Darul Iman.


Ak sememangnya ingin kesini sejak dari kecil lagi. Kenapa? Entahlah, ak sendiri tidak tahu kenapa. Ak begitu seronok melihat orang-orang melayu berdagang disni. Mereka menguasai perniagaan disini tidak kira apa jua jenis perniagaan. Tidak seperti ditempat ku, atau lebih ak tujukan di pantai barat semenanjung, kebanyakan perniagaan dimonopoli orang-orang bukan Islam.

Mind set ak terhadap Terengganu bertambah positiv apabila hari pertama ak sampai di sini, bertanyakan hotel untuk ak sekeluarga menginap, orang tempat ak bertanya melayan ak dengan komitmen 200%. Dia merupakan taukeh di salah sebuah kedai perabot di Kuala Ibai dan sempat berpesan sebelum ak pergi. Pesannya jika ada masalah, cari dia. Dia sedia menjadi saudara terdekat ataupun waris jika ada sebarang kecemasan berlaku.

Satu lagi yang menambahkan keterujaan ak disini adalah rakan-rakan di universiti ak sendiri terutama yang asalnya dari sini juga. Tersangat berbeza dengan rakan-rakan di selatan ak. Mereka lebih mesra, tidak menggelakkan orang jika seseorang itu melakukan kesilapan atau lebih tepat dengan istilah yang digunakan remaja sekarang "menganjing". Mereka kebanyakannya ak lihat islamic...yang dari sekolah agama atau keluarga yang dah seperti itu, ak rasa biasalah, tapi mereka ada kesedaran sendiri. Ini ak cerita apa yang ak lihat dan apa yang ak laluilah, memang ada yang nakal-nakal, tapi memang ak kurang bercampur dengan mereka (yang nakal-nakal sikit, sebab ak  pun dah sedia nakal).

Then...yang ak suka lagi duduk sini budaya Islam. Kalau khutbah Jumaat, ak memang tak tidur (dulu tingkatan 4 & 5 tidur dalam masjid masa khutbah dah macam satu budaya dan kemestian). Sebabnya para khatib bukan membaca teks, tapi bersyarah memberi nasihat spontan. Maknanya ada interaksi antara khatib dengan makmum. Nada suara bila kita bercakap dengan membaca memang tersangat berbezalah. Ada sekali ak ke Dungun, ak pasti Imam itu umurnya awal 30-an dan rakanku beritahu dia asal orang-orang sini juga. Dia menyampaikan khutbah dengan sangat berkesan bagi diriku. Nada suara yang adakala tinggi, ada masa rendah, wajahnya yang penuh semangat, dengan tangannya ibarat seorang peguam di mahkamah tinggi, membuatkan ak bersemangat nak bongkar sejarah dunia yang dah dikaburi mata kita dek Barat. Masjid di tempat ak disini, biasanya, khutbah pertama khatib baca teks, tapi keduanya, dia akan memberi nasihat berdasarkan isu semasa dikawasan sekitar kami.Ak suka dengar sebab dialek terengganu.


Pantai berhampiran.


Di Kuala Ibai, Kuala Terengganu.