Thursday, November 17, 2011

Bencinya mereka akan kita.

Assalammualaikum...

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.


Betapa bencinya rakyat Indonesia kepada kita rakyat Malaysia.Keadaan ini berterusan sejak setahun lalu dan masih berlarutan sehingga terbawa-bawa ke dalam dunia sukan. Salah satu sebab yang memanaskan lagi isu ini, boleh baca di sini. 

Terbaru, hampir setiap hari sepanjang sukan sea kali ini yang mana tuan rumahnya adalah Indonesia, berita seperti ini akan terpampang di dada akhbar. (Utusan).

Pada aku, mereka berjaya didoktrin untuk membenci Malaysian yang serumpun dan paling penting seagama dengan mereka berbanding tahap kebencian mereka terhadap negara lain.

Buktinya, dalam perlawanan bola sepak Malaysia menentang Singapura pada aksi pembukaan lalu, dapat dilihat peminat Indonesia memberi sokongan yang padu kepada Singapura. Bukan kerana mereka peminat Singapura, tetapi kerana mereka tidak suka kepada Malaysia.

Sejujurnya, aku pernah bertanya kepada beberapa orang sahabat aku, mereka mahu siapa menang jika Indonesia lawan Singapura (bola sepak), mereka akan mengatakan Indonesia.

Betapa berjayanya perancangan pihak tertentu mengenai ideologi nasionalisme untuk mengelakkan negara-negara Islam bersatu, terutama Malaysia dan Indonesia kerana mereka tahu, Islam masih tinggi di negara ini. Sehinggakan hal kecil seperti asal-usul kain batikpun mereka mahu berbunuh-bunuhan sesama saudara.

Lihatlah, berjayanya rancangan rapi The Hidden Hand, dipecahkannya negara-negara Islam, kemudian diracuni dengan ideologi-ideologi bangsat, sehingga mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk memastikan kita tidak bersatu umat Islam, apatah lagi untuk menegakkan negara Islam dan berkerajaan Khilafah.



Wallahu 'alam.


No comments:

Post a Comment