Friday, February 18, 2011

Kalimah Agung.

Assalammualaikum...

Dari Jabir bin Abdullah, berkata : Aku mendengar Rasulullah bersabda : "Sebaik-baik zikir ialah La ilaha illallah dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah." - (HR Tarmizi)

...لاَّ إِلَهَ إِلاَّ الله




Inilah kalimah yang meletakkan orang Islam lebih tinggi di sisi Allah berbanding penganut-penganut agama lain. Ya, setiap apa yang kita lakukan kesemuanya di atas nama Dia yang Maha Agung. Makan, minum, tidur, berjalan, malah setiap apa yang kita lakukan, semuanya hanya kerana Allah.


Adakah kelazatan makanan yang kita makan yang mengeyangkan kita? Jus epal yang sejuk yang menghilangkan kehausan kita di dunia ini? Tidur diatas katil yang empuk memberi kita rehat secukupnya?

Tidak.

Kesemuanya dengan izin Dia. Makanan itu hanya sebagai perantaraan sahaja. Kalimah ini mampu mengawal kita selama kita hidup di dunia yang sementara ini.

Dari Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda : "Iman itu lebih daripada 70 cabang, yang terbaik daripadanya ialah mengucapkan La ilaha illallah dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang menyakiti di tengah jalan, dan malu itu satu cabang daripada iman." (HR Muslim)


Betapa tingginya kalimah ini untuk umat manusia dan berapa tingginya darjat manusia yang berpegang teguh pada kalimah ini.

Bersama-samalah jadikanlah kalimah ini yang tertinggi dalam diri kita.

Assalammualaikum...

No comments:

Post a Comment