Tuesday, February 1, 2011

Bingkai Kehidupan Hassan al-Banna

Assalammualaikum...

Mengharungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa untuk berpangku tangan

Setiap titis peluh dan darah
Tak akan silma ditelan masa
Segores luka dijalan Allah
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allahu Ghayatuna...
Ar-Rasul Qudwatuna...
Al-Quran Dusturuna...
Al-Jihadu Sabiiluna...
Al-Mautu fi sabilillah...
Asma amanina...

Allah adalah tujuan kami...
Rasulullah teladan kami...
Al-Quran pedoman hidup kami...
Jihad adalah jalan juang kami...
Mati di jalan Allah adalah...
Cita-cita kami tertinggi...


Bingkai Kehidupan ini adalah ciptaan dan nyanyian Shoutul Harakah. Lagu ini mengambil ilham dari pelopor gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir, as-Syahid Hassan al-Banna. Part chorus lagu ini menceritakan wawasan hidup Hassan al-Banna yang berjaya diserapkan kedalam jiwa para pejuang Ikhwanul Muslimin dan tidak pernah mati cita-cita beliau ini sehingga ke hari ini.




Hassan al-Banna (yang pembangun kebaikan) lahir pada bulan Oktober 1906 (tarikh tak dapat dipastikan, sekitar 14 ke 17) di Mahmudiyah di daerah Buhairah, 90 kilometer dari Kaherah, Mesir. Merupakan anak sulung dari lima bersaudara. Ayah beliau, Syeihk Ahmad Abdurrahman al-Banna al-Sa'ati seorang imam, wartawan dan Ahli Fiqah serta pakar hadis.

Beliau meghafal 30 juz al-Quran pada usia 14 tahun. Pada usia 13 tahun beliau telah menyertai sebuah demonstrasi besar-besaran menentang penjajah Inggeris pada 1919. Sejak kecil seorang yang berani, berfikiran tajam, jernih hatinya, berperasaan lembut sekali dan mempunyai sifat kepimpinan yang nyata.

Sejak kecil beliau sudah menyeru amal makruf nafi mungkar dan telah mendirikan organisasi yang dikenali Muharabah al-Munkarat. Beliau berdakwah hingga ke pejabat-pejabat terkenal.

Beliau juga cemerlang dalam pelajaran dan buktinya beliau merupakan pelajar kelima terbaik dari seluruh wilayah Mesir.

Ikhwanul Muslimin



Hassan al-Banna telah menubuhkan Ikhwanul Muslimin (IM) pada Mac 1928. Mulanya pertubuhan ini hanya pertubuhan yang kecil tetapi menjelang 1941 IM telah mempunyai 100 anggota. Pemerintah Mesir pada ketika itu, Raja Farouq mulanya tidak memandang serius IM sekalipun telah diberi amaran oleh Inggeris. Dalam masa beberapa tahun IM menjadi gerakan yang mengusarkan penjajah, apatah lagi IM turut berjihad membebaskan Palestin daripada regim Zionis Israel.

Pada 1947-48, 10 000 pejuang IM telah dikirim ke Palestin berjuang membebaskan tanah suci ketiga umat Islam ini. Pasukan ini ternyata mencintai syahid di jalan Allah dan telah berjuang dengan gagah berani.

1948, Raja Farouq telah memerintahkan agar anggota IM ditangkap dan penjara di Mesir telah mula dipenuhi dengan pemuda dan pemimpin IM. 8 November 1948, IM telah dibekukan serta semua harta dan aset IM dirampas. Penghujung tahun ini telah menyaksikan Raja Farouq diculik seterusnya ditemui mati. IM dan Hassan al-Banna telah menjadi kambing hitam dengan dipersalahkan dalam kes ini.

Pada pagi 12 Disember 1949, pegawai tertinggi tentera Mesir, Mahmud Abdul Majid telah melaksanakan perbuatan keji terhadap pemimpin besar ketika itu.Tubuh Hassan al-Banna ditembusi peluru-peluru dan ketika dikejarkan di hospital, satu lagi perancangan jahat telah dilakukan. Bekalan elektrik diputuskan dan semua doktor dan jururawat diancam agar tidak menyelamatkan beliau. Pagi itu menyaksikan Hassan al-Banna mengecapi syahid yang menjadi impian beliau.

Kesyahidan Hassan al-Banna merupakan pemulaan kekejaman kerajaan Mesir terhadap IM dimana setelah Hassan al-Banna, ramai lagi anggota IM menjadi para syuhada. Penjara-penjara terus dipenuhi pejuang-pejuang IM sehingga kini namun pergerakan ini tidak pernah mampu dilenyapkan.


Kini tidak kurang 70 buah negara di dunia ini mempunyai pergerakan seperti IM dari negara Islam paling barat iaitu Turki sehingga ke timur, Indonesia. Kita dapat menyaksikan bagaimana pengaruh dan kekuasaan IM ketika zaman as-Syahid Hassan al-Banna dengan melihat keberkesanan HAMAS di Gaza sekarang. Lihatlah bagaimana Zionis Israel dan Amerika benar-benar takut akan pergerakan ini meskipun dua pemimpin tertinggi HAMAS telah berjaya mereka bunuh iaitu as-Syahid Syeihk Ahmad Yassin dan as-Syahid Dr. Abdul Aziz Rantisi.

No comments:

Post a Comment