Wednesday, July 18, 2012

Doa Wehdah


Assalammualaikum...
Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.



Sekitar sebulan yang lepas, aku berkesempatan ke sebuah sekolah rendah agama di bumi Terengganu. Ada sesuatu yang sangat menarik perhatian ketika kanak-kanak ini sedang berhimpun pada sebelah paginya sebelum memulakan kelas. Alunan rangkaian zikir yang sangat bersemangat dilaungkan mereka sehinggakan lidah aku lembut untuk mengikut sama, tetapi terhenti pada serangkap zikir. Aku terhenti bukan kerana apa, tetapi kerana tidak pernah tahupun zikir apa. Bila aku bertanyakan kepada seorang sahabat aku, dia memberi tahu itu adalah Doa Wehdah. (Pernah dengar tajuk doa tu, tetapi tak pernah tahu bacaannya).

Kata sahabatku ini, doa ini biasa dibaca dikalangan pelajar-pelajar yang bersekolah agama bukan sahaja di pantai timur, tetapi juga di seluruh Malaysia. Doa ini untuk memberi semangat, katanya lagi (Wallahu ‘alam), dan sungguh, mendengar anak-anak kecil ini bersatu membaca doa ini, terasa syiar Islam menjulang  tersangat tinggi dan terasa seperti kemenangan Islam dihadapan cuma.





Wallahu 'alam


Monday, June 18, 2012

Kemenangan Ikhwanul Muslimin di Mesir


 “Kaherah : Muslim Brotherhood sebentar tadi mengisytiharkan calon mereka, Muhammad Morsi memenangi pilihan raya Presiden Mesir.
Kumpulan itu dalam laman web mereka berkata, Mursi adalah ‘rakyat awam pertama dipilih sebagai Presiden Mesir’.
Pengumuman itu adalah berdasarkan laporan daripada 95 peratus daripada 13 000 pusat mengundi seluruh Negara berkenaan.
Berdasarkan laporan berkenaan, Mursi menguasai 52 peratus undi, lawan beliau, Ahmed Shafiq meraih 48 undi.” – sumber AFP

Sumber yang dipetik daripada al-Jazeera menyatakan Dr.Muhammad Morsi telah memperoleh 12.7 juta undi berbanding lawannya 11.84 juta.
Morsi dalam ucapannya berkata, beliau menghadiahkan kemenangan ini kepada mereka yang syahid ketika revolusi Mesir, awal tahun lalu dan berjanji kepada keluarga mereka untuk mengembalikan hak-hak mereka dalam “state of law”

Beliau juga turut berjanji kepada golongan Kristian Mesir bahawa setiap orang akan menjadi sebahagian keluarga di Mesir dan tidak akan sesekali membalas dendam selain berjanji akan bekerja demi kepentingan rakyat Mesir.

"Thank God, who guided the people of Egypt to this right path, the path of freedom and democracy," antara ucapan Morsi semalam.

Alhamdulillah, kemenangan Dr.Muhammad Morsi, calon parti al-hurriyah wa al-‘adalah, sayap parti Ikhwanul Muslimin Mesir semalam telah membuka semula lembaran baru bagi dunia Islan dalam perjuangan menegakkan kembali system khilafah.

sumber daripada


Sunday, May 6, 2012

Doa Ditunjukkan Kebenaran dan Kebatilan.



أَللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ


Ya Allah perlihatkanlah kepada kami yang benar itu benar dan bantulah kami untuk mengikutinya, dan perlihatkanlah kepada kami yang batil adalah batil dan bantulah kami untuk menjauhinya.

Doa ditetapkan Hati.


Assalammualaikum...
Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.


رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Rabbabaa Laa Tuzigh Quluubanaa Ba’da Idz Hadaitanaa wa Hab Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhaab
Artinya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).” (QS. Ali Imran: 7)
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ
Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik
Artinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” (HR. Ahmad dan at Tirmidzi)
اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
Allaahumma Musharrifal Quluub, Sharrif Quluubanaa ‘Alaa Thaa’atik
Artinya: “Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu.” (HR. Muslim)

Wallahu 'alam.

Wednesday, April 25, 2012

Bersih dan Kuning.

Assalammualaikum...

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.


Sejauh mana kefahaman kita mengenai perhimpunan Bersih dan tema warna kuning? Adakah kita melihat Bersih ini dari sudut politik yang disempitkan?



Hari ini kita seolah-olah telah diprogramkan bahawa penyokong Bersih ini secara tidak langsung merupakan penyokong Pakatan Rakyat (PR). Namun pada hakikatnya, tidak. Suara penyokong Bersih, boleh kita katakan suara rakyat, suara menuntut keadilan, dan suara kearah kemajuan rakyat.

Kita sebagai rakyat pastinya mahukan hak-hak rakyat. Pada dasarnya, tuntutan-tuntutan Bersih tidak langsung memihak pada mana-mana pihak, dan seharusnya tiada masalah untuk dilaksanakan. Melainkan wujud pihak yang benar-benar mengeksploitasi keadaan semasa.

Tidak pasti sama ada wujudnya Bersih ini semata-mata untuk menumbangkan kerajaan sedia ada sekarang kerana perkara yang sama pasti rakyat lakukan andai kata PR menjadi kerajaan pusat.

Lihat sahaja kuasa rakyat di negara-negara asing, seperti Thailand, Ukraine dan beberapa negara lagi, kuasa rakyat menukar kerajaan tidak kira ideologi itu, membuktikan rakyat menuntut hak rakyat lebih dari kepentingan politik.

Amerika Syarikat sendiri sering bertukar kerajaan di antara parti Republican atau Demokrat. Secara tidak langsung, rakyat Amerika Syarikat akan dapat hak dan kepentingan dengan lebih baik dari pihak kerajaan. Ini kerana kerajaan yang menduduki tampuk pemerintahan akan berusaha yang terbaik menjaga kebajikan rakyat jika ingin terus berkuasa bagi temph yang lama, tetapi jika gagal, tiada peluang kedua buat mereka.

Kesimpulannya mudah, rakyat Malaysia mahukan keadilan dalam memilih pemerintah dan kerajaan sendiri. Jika kita dipihak yang benar, Bersih 3.0 ini tidak sepatutnya menjadi kegusaran kepada kita.

Hadits Abdullah bin Umar ra. Bahwasanya Rasulullah saw bersabda: “setiap kamu adalah pemimpin yang akan diminta dipertanggungjawabkan atas kepemimpinannya. Seorang amir yang mengurus keadaan rakyat adalah pemimpin. Ia akan diminta dipertanggungjawabkan tentang rakyatnya. Seorang laki-laki adalah pemimpin terhadap keluarganya di rumahnya. Seorang wanita adalah pemimpin atas rumah suaminya. Ia akan diminta dipertanggungjawabkan tentang hal mereka itu. Seorang hamba adalah pemimpin terhadap harta benda tuannya, dia kan diminta dipertanggungjawabkan tentang harta tuannya. Ketahuilah, kamu semua adalah pemimpin dan semua akan diminta bertanggungjawab tentang kepemimpinannya.

Kita sering berlainan pendapat, tetapi tidak bermakna kita saling membenci. Sekadar ini pandangan saya sendiri sebagai rakyat Malaysia yang tidak dipengaruhi mana-mana individu, persatuan atau kelab mahupun gerakkan, jauh sekali di bawah pengaruh mana-mana NGO dan parti politik.


Sayang Malaysia...

Wallahu 'alam.