Sunday, December 9, 2012

Hakikat kita mengenai Palestin


Sedar atau tidak, tanah Palestin telah dijajah lebih 60 tahun, sejak tamatnya perang dunia ke-2 tahun 1945. Melihat kepada kesedaran manusia sejagat umumnya dan umat Islam khususnya, masih menampakkan sesuatu yang pincang mengenai kecaknaan kita dalam isu ini. Tidak keterlaluan jika aku katakan bahawa kesedaran kita mengenai isu tanah suci ketiga umat Islam itu bermusim cuma. Tidak salah juga jika aku katakan kesedaran kita ibarat kitaran hidup manusia biasa. Malam tidur, siang berjaga. Kesedaran kita tidak mati, tetapi tidur. Sekali-sekala terganggu baru terjaga. Mungkin juga betul bahawa kita bukan sengaja tidur, tetapi terlena di atas keempukkan katil dengan suasana nyaman pendingin hawa sambil diulit dengan mimpi-mimpi palsu belaka. Sejarah membuktikan musuh-musuh Islam tidak pernah berhenti menghancurkan Islam dan umatnya sehinggalah hari dan saat ini. Namun, janji Allah itu pasti,

“…dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman”. (An-Nisa’ : 141)

Malahan, Rasulullah yang sangat kita rindui juga pernah bersabda mengenai kemenangan Islam satu hari nanti,

“Akan sampai urusan ini (Islam) ke setiap tempat yang sampai padanya malam dan siang. Dan Allah tidak akan membiarkan walau sebuah rumah di Bandar dan perkampungan mahupun di pedalaman melainkan akan dimasukkanNya agama ini melalui kemuliaan orang yang mulia atau kehinaan orang yang hina. Dengan kemuliaan Allah memuliakan Islam dan dengan kehinaan Allah menghina kekufuran”, dari Tamim al-Dari.
Dalam konteks masyarakat kita masa kini, aku melihat secara jelas kitaran kesedaran ini melalui teknologi-teknologi yang kebanyakannya dicipta oleh musuh Islam sendiri. Apabila tiba masanya, sana-sini sibuk dengan “posting” mengenai Gaza, Tebing Barat dan sebagainya. Semua laman yang menyampaikan berita terkini mengenai Palestin ini dicari dan dikongsi. Ada yang menetapkan cita-cita untuk memboikot produk-produk keluaran Israel dan Amerika Syarikat daripada digunakan dan ada juga yang terus melakukan solat hajat, qunut nazilah dan sebagainya.

Mahasiswa pula yang mana dari sudut pandang komuniti adalah golongan intelek turut sama lena beradu. Ramai yang bersungguh-sungguh menyatakan hasrat untuk mengikut jejak langkah beberapa orang tokoh seperti Dr.Abdul Aziz Rantisi dan beberapa orang lagi para syuhada yang sudah aman menanti sang bidadari, Ainul Mardhiah di syurga. Berjuang di lapangan professional menetang musuh. Ya, ini juga perjuangan, menggunakan kesempatan dan kelebihan dalam bidang masing-masing untuk turut sama menyumbang kepada kemenangan Islam kelak. Namun kebanyakan daripada kita terus lena dibius ubat-ubatan ciptaan tangan-tangan si perosak.

Masa berlalu pergi, masih lagi berlalu dan terus berlalu pergi membawa bersama semangat yang berkobar-kobar itu seiring angin perkhabaran mengenai Palestin yang tidak lagi bertiup kencang. Aku tidak katakan semua, tetapi kebanyakan daripada kita, inilah hakikatnya. Mari kita sama-sama berfikir adakah perjuangan menegakkan Islam, memerdekakan tanah Palestin, menyampaikan kebenaran ini hanya sekali-sekala?

Ayuh, semarakkan ‘Malam Untukmu Gaza!’ Semoga usaha kita yang kecil ini dapat menanam kesedaran yang berterusan. InsyaAllah, akan ada ganjaran yang besar diperoleh daripada kesedaran yang berterusan.

Berubah menjadi lebih baik.


  

Wednesday, July 18, 2012

Doa Wehdah


Assalammualaikum...
Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.



Sekitar sebulan yang lepas, aku berkesempatan ke sebuah sekolah rendah agama di bumi Terengganu. Ada sesuatu yang sangat menarik perhatian ketika kanak-kanak ini sedang berhimpun pada sebelah paginya sebelum memulakan kelas. Alunan rangkaian zikir yang sangat bersemangat dilaungkan mereka sehinggakan lidah aku lembut untuk mengikut sama, tetapi terhenti pada serangkap zikir. Aku terhenti bukan kerana apa, tetapi kerana tidak pernah tahupun zikir apa. Bila aku bertanyakan kepada seorang sahabat aku, dia memberi tahu itu adalah Doa Wehdah. (Pernah dengar tajuk doa tu, tetapi tak pernah tahu bacaannya).

Kata sahabatku ini, doa ini biasa dibaca dikalangan pelajar-pelajar yang bersekolah agama bukan sahaja di pantai timur, tetapi juga di seluruh Malaysia. Doa ini untuk memberi semangat, katanya lagi (Wallahu ‘alam), dan sungguh, mendengar anak-anak kecil ini bersatu membaca doa ini, terasa syiar Islam menjulang  tersangat tinggi dan terasa seperti kemenangan Islam dihadapan cuma.





Wallahu 'alam


Monday, June 18, 2012

Kemenangan Ikhwanul Muslimin di Mesir


 “Kaherah : Muslim Brotherhood sebentar tadi mengisytiharkan calon mereka, Muhammad Morsi memenangi pilihan raya Presiden Mesir.
Kumpulan itu dalam laman web mereka berkata, Mursi adalah ‘rakyat awam pertama dipilih sebagai Presiden Mesir’.
Pengumuman itu adalah berdasarkan laporan daripada 95 peratus daripada 13 000 pusat mengundi seluruh Negara berkenaan.
Berdasarkan laporan berkenaan, Mursi menguasai 52 peratus undi, lawan beliau, Ahmed Shafiq meraih 48 undi.” – sumber AFP

Sumber yang dipetik daripada al-Jazeera menyatakan Dr.Muhammad Morsi telah memperoleh 12.7 juta undi berbanding lawannya 11.84 juta.
Morsi dalam ucapannya berkata, beliau menghadiahkan kemenangan ini kepada mereka yang syahid ketika revolusi Mesir, awal tahun lalu dan berjanji kepada keluarga mereka untuk mengembalikan hak-hak mereka dalam “state of law”

Beliau juga turut berjanji kepada golongan Kristian Mesir bahawa setiap orang akan menjadi sebahagian keluarga di Mesir dan tidak akan sesekali membalas dendam selain berjanji akan bekerja demi kepentingan rakyat Mesir.

"Thank God, who guided the people of Egypt to this right path, the path of freedom and democracy," antara ucapan Morsi semalam.

Alhamdulillah, kemenangan Dr.Muhammad Morsi, calon parti al-hurriyah wa al-‘adalah, sayap parti Ikhwanul Muslimin Mesir semalam telah membuka semula lembaran baru bagi dunia Islan dalam perjuangan menegakkan kembali system khilafah.

sumber daripada


Sunday, May 6, 2012

Doa Ditunjukkan Kebenaran dan Kebatilan.



أَللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ


Ya Allah perlihatkanlah kepada kami yang benar itu benar dan bantulah kami untuk mengikutinya, dan perlihatkanlah kepada kami yang batil adalah batil dan bantulah kami untuk menjauhinya.

Doa ditetapkan Hati.


Assalammualaikum...
Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.


رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Rabbabaa Laa Tuzigh Quluubanaa Ba’da Idz Hadaitanaa wa Hab Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhaab
Artinya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).” (QS. Ali Imran: 7)
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ
Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik
Artinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” (HR. Ahmad dan at Tirmidzi)
اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
Allaahumma Musharrifal Quluub, Sharrif Quluubanaa ‘Alaa Thaa’atik
Artinya: “Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu.” (HR. Muslim)

Wallahu 'alam.