Monday, August 15, 2011

Jangan sampai para politikus sekular itu yg jadi ulama’


Jangan sampai para politikus sekular itu yg jadi ulama’
[Bukan fakta, tapi interpretasi abstrak tentang hakikat sebenar  yg berlaku]

(dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah)
Abad ke-14; Teringat daku kisah pahlawan melayu yang bermati-matian berjuang menentang para penceroboh bangsat yang punya niat jahat pada kedaulatan tanah tumpah darah nenek moyangku. Selepas bangun dari solat hajatnya, Laksamana Abdul Fatah bergegas meluru pantas ke medan perang sambil melibas-libas kerisnya pada jasad kaum ‘bangsat’ yang tidak diredhai perbuatan mereka itu memijak bumi nenek moyangnya. Habis bertaburan memancut-mancut darah kotor pembangsat dari barat itu yang keluar dari luka parah tetakan tentera Islam pimpinan laksamana. Sebutir cahaya berkelip pada ufuk sebelah timur… BOOMM!!.. bergegar bumi dan tanah apabila meriam tentera Sultan Asadullah meledakkan peluru besi menuju gerombolan tentera-tentera bangsat itu. Habis hancur badan-badan mereka yang berada di laluan peluru itu yang bergerak pantas tanpa perasaan belas kasihan. Cukup saja bumi Allah menjadi saksi berapa ramai para syuhada’ yang gugur menentang puak salibis Barat pada hari itu. Sultan sudah tidak lagi mampu berbuat apa-apa lagi melainkan menyerah kalah sahaja pada pembangsat dari Barat itu. Sudahlah dahulu nenek moyangku dijajah pemikiran jahiliah pagan serta Hindu yang besar kesyirikannya. Selepas itu dijajah pula puak bangsat Barat yang bertopeng salibis serta pembangunan. Nak buat macam mana… mungkin ia bala’ dari dosa-dosa mereka yang sangat-sangat dimurkai Allah tuhan yang Esa.

~Masa pun berlalu dengan lama sekali sehingga keluarga sultan beranak-pinak beberapa generasi dan kemudian saling bertukar-tukar pula penjajahnya Tanah Melayu.~

Abad ke-18 hingga 20 ; semasa puak bangsat Inggeris menjajah, telah datang seorang wakil Inggeris pergi berkunjung ke alam melayu. Datangnya itu bukan saja-saja. Datangnya punya satu tugas yang bakal menentukan masa depan corak sosio-politik masyarakat di alam melayu, Tanah Melayu khasnya. Tugasnya adalah membuat laporan untuk dihantar kepada wakil Ratu England tentang apa sebenarnya keadaan serta cara bangsa melayu ini dikawal kelakuan mereka, apa sistem yang dipakai sultan pada masa itu, berjayakah sistem itu dipakai oleh orang-orang melayu, kekuatan dan kelemahan orang melayu………… senang cerita, segala-gala yang mempunyai kaitan dengan interest/minat pihak Barat yang bertopeng salibis dan pembangunan untuk 30-50 tahun akan datang di Tanah Melayu.
(Waahh.. dasyat bukan? Puak-puak ‘bangsat’ ini telah merancang jauh sebegitu rupa seperti perancangan rapi Sultan Muhammad Al-Fateh untuk menawan kota Konstantinopel. )

Dipendekkan cerita, wakil Inggeris itu punya nama Sir Frank Swettenham. Orang Putih itu mengalami bermacam-macam pengalaman menarik di Tanah Melayu. Satu pengalamannya berbunyi begini….. 
“……dikatakan Sultan telah gering/sakit, lalu dipanggil segala bomoh serta dukun untuk berbuat upacara ‘menurun’ yang menjadi budaya turun-temurun orang melayu. Habis segala jin-jin dipanggil para bomoh itu bikin menyembuh penyakit……”
[aneh sekali kelakuan baginda, kerna ia khurafat! ]

Kunjungan ‘orang putih’ itu ke Tanah Melayu membuatkannya dilayan dengan baik sekali. Sultan sangat senang dengannya. Sehingga selalu saja berbual-bual tentang bermacam-macam topik perbualan. Suatu hari, sultan amat berkenan untuk berbual mengenai upacara-upacara ritual yang diminatinya. Tahulah orang putih itu bahawa sultan amat suka pada perkara-perkara khurafat itu. Didengari perbualan mereka itu akan Mufti sultan pada waktu itu. Merah panas telinganya mendengar seorang Islam melayu menceritakan dengan penuh ghairah tentang perkara syirik serta khurafat yang diminatinya. Pantang berlaku syirik seorang islam! Dihantarnya akan orang putih itu, Sir Frank Swettenham sepucuk surat buat memperjelaskan kelakuan Sultan itu bahawa sebenarnya upacara-upacara itu hakikatnya sangat bertentangan dengan ajaran Islam. Panjang lebar dijelaskan kepadaorang putih itu di dalam surta itu. Sehingga dengan surat itu, boleh dikatakan amat paham akan orang putih itu tentang ajaran tauhid mengEsakan Allah, tuhan yang satu tiada sekutu dan Maha Kuasa tiada lemah. Dipendekkan cerita, ditulisnya akan Sir Frank Swettenham sebuah laporan lengkap keadaan di Tanah Melayu kepada wakil Ratu England. Terdapat sebuah ‘statement’ dalam laporan itu bahawa…..  

“…..walaupun para agamawan Islam terdapat banyak di sekeliling sultan, baginda masih lagi meneruskan amalan buruk yang pada anggapan para agamawan Islam itu amat salah sekali atausyirik serta khurafat. Perkara-perkara yang dikatakan amat salah di sisi Islam itu masih diamalkan oleh Sultan melayu kerana kuasa politik yang dimiliki sultan melayu ataupun pemerintah melayu……”
                                                                                                                     -Sir Frank Swettanham-

[Lihat saja para pembangsat Salibis Barat itu yang berjaya membaca keadaan sosio-politik masyarakat di Tanah Melayu sejak dahulu lagi. Mesti saja mereka akan menggunakan maklumat itu untuk merancang atau menyusun pelan strategik mereka untuk memastikan minat atau ‘interest’ mereka kekal dalam genggaman tangan kotor mereka. Sepertimana tentera yang berada di barisan hadapan, mereka akan mengkaji atau mengumpul maklumat untuk mengetahui garis pertahanan yang paling lemah sebelum memulakan serangan. Begitu juga halnya dalam ‘neo-colonization’ ataupenjajahan zaman moden. Setiap ruang lingkup kawasan terdapat faktor penguat dan pelemah yang boleh digunakan untuk mengawal serta mengekalkan pengaruh/kekuasaan pembangsat salibis barat. Dengan kata mudah, kelemahan serta kekuatan di kawasan itu. Setiap tempat selalunya berbeza-beza. Begitu juga Tanah Melayu atau Malaysia. Seperti yang terdapat dalam laporan Sir Frank Swettenham, kuasa politik adalah faktor yang sangat berpengaruh untuk mengekalkan ‘interest’ mereka di Malaysia. Ya, kuasa politik ! ]

Pada masa itu zaman puak-puak bangsat Inggeris yang menjajah. Ha, dulu portugis jajah, pastu inggeris. Macam mana jadi gitu? Senang je, kalau kita tengok dalam buku-buku sejarah yang dibaca, dikatakan seolah-olah ada berlaku perjanjian lah, perubahan pusat kuasa barat lah, peperangan lah antara ‘negara-negara’ di barat. Hakikat yang berlaku sebenarnya, semua penjajah itu ada titik persamaan. Mereka menggunakan topeng pembangunan dan salibis. Seolah-olah sebenarnya hanya wujud satu kuasa yang menggerakkan proses Imperialisme dunia. Jangan tertipu dengan pemecahan kuasa-kuasa di dunia dengan menggunakan istilah ‘negara’. Cakap sajalah mereka itu Perancis, England, Amerika, Eropah, Portugis, mereka semua ini hakikatnya adalah sama pada tujuan tapi berbeza secara zahir. Yang penting sekali, sehingga saat anda membaca artikel ini, mereka masih menjajah kita.!! Cuma, mereka membiarkan kita saja yang menjalankan proses urus-tadbir. Tak sangka, pemimpin dahulu menyangka mereka merdeka apabila kita ada bendera sendiri, perdana menteri sendiri, menteri sendiri serta mengurus ekonomi sendiri. Hakikatnya, mereka lebih gembira untuk kita memerintah sendiri, jimat masa, jimat duit. Tetapi dengan syarat, kena ikut cara mereka, kena ikut undang-undang mereka, kene ikut sistem mereka. Penjajahan zaman moden (neo-colonozation) di Malaysia telah mencapai klimaksnya apabila sistem pilihanraya diperkenalkan di negara kita untuk melantik golongan pemerintah yang dikehendaki oleh puak salibis dan yahudi di dunia yang berniat jahat terhadap Islam. Mereka ingin mengekalkan ‘kuasa politik’ dipegang oleh golongan yang dikehendaki mereka, agar ‘interest’ mereka terjamin dalam genggaman tangan mereka. Konklusinya, ini hakikatnya bukan sekadar penjajahan terhadap minda dan cara hidup masyarakat, tapi sebenarnya penjajahan terhadap ISLAM.!! Assalamaulaikum……

[………dan puak Yahudi dan Nasrani itu, mereka tidak akan sekali-kali berputus asa serta redha selagi umat islam tidak mengikuti cara mereka (sistem/cara hidup) …………...]
                                                                                                              -Maksud Al-Quran dan Hadith -



Sebarang komen atau teguran sila hantar kepada worldtotheend@yahoo.com


Sumber dari www.facebook.com/profile.php?id=100000985734219


Assalammualaikum...

No comments:

Post a Comment