Thursday, May 19, 2011

Kenapa perlu tonton Pirates of Caribbean : On Stranger Tides?

Assalammualaikum...


Filem Pirates Disney kali ini lebih relax. Kali ini ada beberapa sebab mengapa sahabat-sahabat perlu menonton filem arahan Rob Marshall ini.

Sebab terbesar adalah kerana dalam filem ini, sahabat akan dapat melihat salah satu pihak yang berbalah (sama ada pihak Jack Sparrow atau Kapten Barbossa, tonton sendiri) dihujung cerita, memilih untuk memusnahkan kepercayaan mengarut dan kembali kepada agama (tetapi agama yang dimaksudkan Kristian). Pihak ini mengambil tindakan sedemikian untuk memastikan tiada kepercayaan selain percaya kepada kuasa tuhan. Bersesuaian dengan agama kita, percaya hanya pada tuhan yang satu lagi Esa.

Kemudiannya kita dapat melihat watak Penelope Cruz yang sanggup berkorban apa sahaja demi ayahnya, Blackbeard termasuk ketika berhadapan dengan maut.

Watak Jack Sparrow memang cool, sangat mementingkan sahabat, termasuk menyelamatkan seorang anak kapalnya dari ke tali gantung. Sekali lagi diakhir cerita, Jack Sparrow berpatah semula mencari anak kapalnya yang setia ini. Begitu utuh tali persahabatan yang diikat antara ketua dan pengikutnya.

Seterusnya, kesetiaan rakyat kepada seorang raja. Babak dimana kelasi British tidak sehaluan dengan kapten mereka. Namun segala-galanya berubah apabila si kapten menggunakan taat setia King George II untuk mempastikan anak kapalnya terus berjuang demi kepentingan negara.

Terdapat juga seorang mubaligh muda Kristian yang memaparkan nilai-nilai murni dalam filem ini. Seharusnya kita juga perlu menunjukan ajaran agama kita yang sebenar lebih-lebih lagi kepada sesiapa yang bergelar belia.

Kepada sahabat-sahabat, ketika menonton, pandai-pandailah menilai baik buruk filem ini. Memang watak Jack Sparrow sangat menghiburkan dengan helah dan usahanya dalam mengatasi masalah. Pengajaran terakhir, gunakan akal fikiran sebaik mungkin dalam menangani apa jua masalah, seperti mana Jack Sparrow dengan helahnya.

Si Duyung Pirates.
Jack Sparrow yang menghiburkan.


3 penjuru.

Kapten Jack Sparrow bersama Kapten Barbossa.


Assalammualaikum...

2 comments: