Wednesday, October 5, 2011


Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.


"Ambil wudhuk tidak perlu banyak, tetapi biar sempurna. Ini kerana basuhan dengan air itu hanyalah simbolik. Yang hendak dibasuh bukanlah najis yang ada di wajah dan anggota kita, tetapi kotoran dosa yang dibawa oleh mata, mulut, telinga, tangan dan kaki..."


                                                   Tazkirah ringkas di pejabat Menteri Besar pada 10 Jun 2010.              

Saturday, October 1, 2011

Mujahidin Islam menentang Soviet Union - Samir Saleh Abdullah


Assalammualaikum

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.




Profil


Nama : Samir Saleh Abdullah al-Suwailim.
Gelaran : Ibnul Khattab.
Tahun Lahir : 1969 (tarikh berkemungkinan 14 April).
Tempat Lahir : Arab Saudi.
Tarikh Syahid : 19 Mac 2002.
Cara Syahid : Melalui surat yang disapu racun yang ditujukan kepada beliau.



Dia sangat merindukan syurga. Dia telah turun berjihad ketika umurnya belum mencecah 17 tahun.


1987, ketika dia bersedia melanjutkan pelajaran ke negara yang merupakan musuh Muslimin sedunia, Amerika Syarikat, seruan jihad dari Afghanistan menyeru mereka yang sangat mencintai syahid. Dunia menyaksikan Tentera Merah (Red Army) menerima aib berikutan kekalahan kepada sebuah negara kecil, Afghanistan pada 1989 yang seterusnya memperlihatkan Soviet Union membukukan diri mereka di dalam lipatan sejarah dunia apabila kerajaan Soviet tumbang.


Niat yang pada mulanya sekadar turun berjihad untuk satu tempoh yang singkat berubah menjadi perjuangan sepanjang hayat. Pada tahun 1987 itu jugalah kali terakhir beliau melambai tangan kepada kedua ibu bapa dan keluarga yang tercinta dan sejak dari itu beliau tidak pernah kembali kepangkuan keluarga. Tidak pernah kembali lagi dan tidak akan kembali lagi! Tidak buat selamanya...


Disana beliau dipersiapkan dengan bekalan yang sepatutnya dan bersedia menjadi seorang mujahid yang setia. Belumpun beliau menamatkan latihan, beliau sudah beriya-iya meminta didaftarkan di saf hadapan benteng pertahanan Muslimin. Dalam tempoh kurang sedekad, beliau menjadi seorang Komander Mujahidin yang sangat berani dan sukar ditewaskan.


Beliau langsung tidak takut akan mati apatah lagi hendak gentar berhadapan dengan musuh. Namanya sangat masyur dikalangan mujahidin dan pernah suatu ketika peluru menembusi tubuhnya, namun dengan izin Allah, Ibnul Khattab dapat bertahan dan tidak langsung menghiraukan rasa sakit sekalipun lukanya serius dan perlu segera dikejarkan ke hospital. Dalam perjalanan, beliau bersungguh-sungguh meyakinkan teman seperjuangan beliau bahawa tiada kecederaan yang serius dihadapinya dan merayu untuk tidak dijauhkan dari medan jihad yang taruhannya syahid dan syurga Allah.


Soviet Union yang mengalah di Afghanistan tidak berhenti menjajah, dialihkan pula perhatian ke Asia Selatan, yakni Tajikistan. Disana beliau merekrut beratus-ratus mujahidin Tajikistan dan tumbangnya negara tukul besi itu lalu membentuk Russia menjadikan negara-negara bekas jajahan Soviet bangkit berjuang untuk meraih kemerdekaan.


Salah satu yang berjuang menuntut hak mereka adalah Chechnya, wilayah dimana kebanyakan kita gagal mengesan lokasinya apatah lagi perjuangan hidup mati saudara kita. Ibnul Khattab lantas menuju ke sana apabila melihat kaum Muslimin dengan lilitan kepala bertulis "laa ilaha illallah" berjuang menentang Russia.


1995, beliau tiba di Chechnya dan tempoh setahun sudah cukup untuk meletakkan namanya dalam buruan Russia. Pada April 1996, Ibnul Khattab bertindak balas terhadap konvoi tentera Russia yang pada ketika itu pulang dari menghancurkan sebuah perkampungan Muslim. Operasi yang dipanggil Shatoi ini memusnahkan konvoi dan membunuh lebih 200 tentera termasuk beberapa berpangkat pegawai. Kejayaan ini menyebabkan pemimpin Russia, Boris Yeltsin memecat 2 orang jeneralnya.


Beliau juga telah membantu penduduk Dagestan untuk bangun menentang Soviet Union dengan menyerang ibupejabat Briged Rifel Bermotor 136, Tentera Rusia. 300 kenderaan Tentera Rusia dimusnahkan dan ramai askar-askar Rusia terbunuh.


Sesuatu kelainan dari sudut pemikiran Ibnul Khattab adalah beliau berpendapat kita umat Islam bukan sahaja memerangi orang kafir dengan senjata, tetapi juga dengan media dan propaganda, seperti mana kita lihat hari ini, penguasaaan penuh media-media dunia oleh orang kafir. Dikatakan bahawa beliau mempunyai sebuah koleksi ratusan kaset video dari Afghanistan, Tajikistan dan Chechnya. Belia percaya bahawa perkataan semata-mata tidak mencukupi untuk menjawab tuduhan palsu media-media musuh. Video-video yang dipaparkan menunjukkan kemusnahan yang jauh lebih besar dari yang dikhabarkan secara rasmi oleh pihak Kremlin.


Beliau telah banyak kali melepaskan diri dari kematian dan cubaan membunuh beliau, cubaan yang paling hampir adalah ketika beliau sedang memandu trak empat tan Rusia, yang telah dibom oleh tentera Rusia. Trak tersebut telah meledak hingga berkecai tetapi Khattab selamat tanpa apa-apa kecederaan.


Sifat kepimpinan yang ada dalam diri seorang pemimpin hebat ini beliau bijak, berani dan mempunyai sifat memimpin yang sangat tinggi. Satu kumpulan komander yang dilatihnya sangat berkemahiran tinggi dan setiap seorang dari mereka mampu mengambil alih tugas beliau seandainya beliau syahid.


“Perkara utama yang menghalang kita semua daripada berjihad adalah keluarga kita. Semua kami yang datang ke sini, datang tanpa kebenaran keluarga kami. Sekiranya kami telah mengikut kehendak mereka dan pulang ke rumah masing-masing, siapakah yang akan meneruskan kerja yang kami sedang lakukan ini? Setiap kali aku menelefon ibuku, malah sekarangpun, beliau akan memintaku pulang ke rumah, walaupun aku sudah 12 tahun tidak bertemu dengannya. Sekiranya aku pulang menziarahi ibuku, siapakah yang akan meneruskan kerja ini?”

Sayangnya Afghanistan yang dipertahankan Mujahidin yang gagah berani ini telah tumbang ketika kempen musuh baru, Amerika Syarikat yang kononnya memerangi pengganas. Lihatlah apa yang dikatakan Ibnul Khattab, perang bukan sekadar mengangkat sejata tetapi juga melalui propaganda dan media.

Tanggal 20Mac 2002, musuh menggunakan cara yang keji untuk membunuh komander berjiwa besar ini. Melalui surat yang dikirimkan atas namanya, tanpa disedari bahawa surat tersebut telah diletakkan racun. Ada kemungkinan pengkhianatan berlaku dimana kemungkinan teman terdekatnya sendiri, Ibrahim Alauri yang menjadi pelaksana kepada agenda jahat musuh ini. Salah satu lagi sifat umat Islam yang sangat dikesali sehingga ke hari ini, Islam menjatuhkan Islam sendiri.

Sekalipun media barat melabel beliau sebagai pengganas, tetapi hanya orang yang tahu siapa beliau sebenarnya sahaja yang mengerti pejuangan beliau.


Wallahu 'Alam...


Assalammualaikum...



RV Discovey UMT dilancarkan.


Assalammualaikum

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.








Dilancarkan pada Jumaat, 30 September 2011 di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa Pulau Duyong, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Semoga kapal ini membawa lebih banyak kejayaan buat semua.







Assalammualaikum...





Thursday, September 29, 2011

Islam yang Tinggi.


Assalammualaikum

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.


اِسْــــلاَمُ يَعْلُوْا وَلاَ يُعْلَى عَلَيـْـــه


"Sesungguhnya Islam itu tinggi, Dan Tiada yang lebih tinggi daripadanya".


Rasanya perkataan Nabi diatas sudah cukup jelas untuk menerangkan isu yang ketika ini hangat dibicarakan oleh media-media tempatan. Islam sesuai disemua keadaan dan tempat begitu juga suasana. Jadi tiada istilah belum bersedia atau tidak sesuai melaksanakan hukum Allah dimuka bumi milik-Nya ini.

Wallahu 'Alam...




Assalammualaikum...


Monday, August 29, 2011

Ramadan 1432 berlalu, dapatkah aku bertemu dengan Ramadan seterusnya?

Assalammualaikum...



Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.




Ya Allah! Kau izinkanlah diriku hambaMu yang lemah
tidak berdaya ini untuk bertemu dengan RamadhanMu yang akan datang,
izinkanlah juga orang-orang yang aku kasihi dan sayangi
merasai nikmat Ramadhan bersama lagi.




Assalammualaikum...

Monday, August 22, 2011

Nujam Masai vs Pak Belalang

Assalammualaikum...






Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.



Nujum Masai: Jika tuan bijaksana, marilah jawab soalan hamba.

Pak Belalang: Silakan Nujum Masai.
Nujum Masai: Apakah 1-banyak-banyak, 2-sedikit-sedikit, 3-kadang-kadang, 4-jarang-jarang ?
Pak Belalang: Ah, itu senang saja. Jawabnya Terawikh!! 
"1- Banyak-banyak" bermaksud minggu pertama banyak orang datang terawikh. "2- sikit-sikit" minggu kedua sudah sedikit org dtg terawih. "3-kadang-kadang" pd minggu ketiga kadang-kadang saja orang akan datang terawikh, & "4-jarang-jarang" pada minggu keempat jarang-jarang jumpa orang dtg terawikh.


Renung-renungkan sahabat.









Assalammualaikum...





Monday, August 15, 2011

Memburu Lailatul Qadar

Assalammualaikum...


Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.

Menghidupkan malam Qadr boleh dilakukan dengan mendirikan solat terawikh, membaca Al-Quran, bertahajjud, berzikir dan berdoa. Bangun pada waktu malam merupakan mujahadah untuk memperkuat tekad dan kehendak, mengalahkan syaitan, dan melatih jiwa untuk tunduk kepada Allah. Zikir kepada Allah dan membaca tasbih pada waktu malam merupakan santapan ruhani (spiritual) dan bekal bagi ruh serta hati.


Abu Umamah ra. telah berkata bahawa seseorang telah bertanya; "Wahai Rasulullah, do'a apakah yang paling didengar oleh Allah? Rasulullah menjawab: Doa di malam yang terakhir dan di setiap solat wajib." [HR Muslim]

Dari Abu Hurairah ra. bahawasanya Ar-Rasul saw. bersabda: Ketika malam sudah sampai sepertiganya yang terakhir, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Siapa yang berdoa kepadaku akan Aku perkenankan, dan siapa yang memohon keampunan-Ku, akan Aku ampuni. [HR Bukhari dan Muslim]

Hal yang dapat membantu kita untuk melakukan qiyamullail ialah:

  1. Keikhlasan niat,
  2. Memperkuat tekad,
  3. Memperbaharui taubat,
  4. Menghindari maksiat pada siang harinya,
  5. Segera tidur,
  6. Melakukan tidur siang hari, dan
  7. Memohon bantuan dari Allah SWT.

Malam al-Qadr itu tidak ditetapkan dan ditentukan masanya, bahkan cuma diberitahu secara umum pada sepuluh malam yang terakhir yang terdiri dari malam-malam ganjil bulan Ramadan.

Assalammualaikum...