Assalammualaikum...
Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.
Sekitar sebulan yang lepas,
aku berkesempatan ke sebuah sekolah rendah agama di bumi Terengganu. Ada
sesuatu yang sangat menarik perhatian ketika kanak-kanak ini sedang berhimpun
pada sebelah paginya sebelum memulakan kelas. Alunan rangkaian zikir yang sangat
bersemangat dilaungkan mereka sehinggakan lidah aku lembut untuk mengikut sama,
tetapi terhenti pada serangkap zikir. Aku terhenti bukan kerana apa, tetapi kerana
tidak pernah tahupun zikir apa. Bila aku bertanyakan kepada seorang sahabat
aku, dia memberi tahu itu adalah Doa Wehdah. (Pernah dengar tajuk doa tu, tetapi tak pernah tahu bacaannya).
Kata sahabatku ini, doa ini
biasa dibaca dikalangan pelajar-pelajar yang bersekolah agama bukan sahaja di
pantai timur, tetapi juga di seluruh Malaysia. Doa ini untuk memberi semangat,
katanya lagi (Wallahu ‘alam), dan sungguh, mendengar anak-anak kecil ini
bersatu membaca doa ini, terasa syiar Islam menjulang tersangat tinggi dan terasa seperti kemenangan
Islam dihadapan cuma.
Wallahu 'alam