Thursday, June 23, 2011

Tak perlu ber "bin" kan Abdullah apabila memeluk Islam.

Assalammualaikum...


"Panggilan anak-anak angkat itu ( dengan ber "bin" kan ) kepada bapa-bapa mereke sendiri, cara itulah yang lebih adil disisi Allah. Jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggillah mereka sebagai saudara-saudara kamu seagama dan sebagai maula-maula kamu. Kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu. Dan ingatlah sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani 
( Surah AL-AHZAB : 5 )

Al-Imam At-Tabari dalam tafsirnya mengatakan, ayat di atas, adalah dalil bahawa tidak boleh menasabkan sesorang kepada bukan bapanya. Islam amat menjaga keterunan.Sabda Rasulullah S.A.W :Maksudnya : "Sesiapa yang mengaku anak kepada bukan bapanya, sedangkan dia tahu itu bukan bapanya, maka syurga haram ke atasnya." 
( Riwayat Al-Bukhari )

" Antara pendustaan terbesar ialah seseorang mengaku anak kepada bukan bapanya" 
( Riwayat Al-Bukhari )


Jadi, dalil-dalil diatas sendiri telah cukup menjadi bukti bahawa tidak perlu ber"bin"kan Abdullah apabila memeluk Islam. Islam tidak pernah menghalang umatnya mengekalkan nama asal selagi nama itu bermaksud yang baik.

Nabi Muhammad sendiri pernah mengubah nama seorang sahabat, Abd asy-Syams bin Sokhr kepada Abd Rahman bin Sokhr. Hal ini kerana Abd asy-Syams bermaksud hamba matahari. Namun nama Sokhr yang bermaksud batu tetap dikekalkan.

Sahabat-sahabat yang lain seperti Umar al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abu Talib mengekalkan nama yang sama selepas memeluk Islam sekalipun bapa-bapa mereka tidak memeluk Islam.

Hanya di negara ini, Malaysia yang berlakunya penukaran nasab sebaliknya tidak di Indonesia dan Arab Saudi.

Assalammualaikum...

No comments:

Post a Comment