Monday, January 31, 2011

Mesir...

Assalammualaikum...

Ok...ak rasa cukuplah, tak perlu untuk ak tulis mengenai isu semasa di Mesir sekarang ini. Ak yakin sangat blog lain dah menceritakan hal semasa di sana.

Sekarang tahun 2011, Hosni Mubarak memerintah selama 3 dekad di Mesir. Maknanya Mubarak telah naik sekitar tahun 1981. Sebelum Mubarak adakah pemerintah Mesir mempunyai dasar yang berlainan?


Hosni Mubarak yang tak nak turun.

Tidak!

Penduduk Mesir sekarang masih terus-menerus mencari pemimpin sebenar mereka. Anwar Sadat. Jika Hosni Mubarak ditentang rakyatnya, lain cerita ketika Anwar Sadat menguasai Mesir sebagai sekutu rapat Amerika.


Anwar Sadat yang ditembak.

Anwar Sadat telah ditembak oleh askarnya sendiri ketika perarakan tentera pada tanggal 6 Oktober 1981. Askar yang berani untuk membela rakyat Mesir adalah Khalid Ahmad Sawki Islambouli atau singkatan dikenali sebagai Khalid Islambouli sahaja. Waktu itu mujahid ini baru berusia 24 tahun. Beliau dihukum mati pada 15 April 1982.

Lagak seperti Khalid al-Walid


Khalid Islambouli sedang menembak Anwar Sadat.

Seorang lagi agen Yahudi sebelum Anwar Sadat ialah Jamal Abdul Nasser (gambar sebelah). Pemimpin Mesir ini lagi kejam terhadap rakyatnya apatah lagi terhadap umat Islam secara tidak langsung.Ditangkapnya anggota Ikhwanul Muslimin dan gerakan Islam lain di Mesir yang tidak sehaluan dengan dasar pemerintahannya. Mereka menentang kerana Nasser ni lebih condong kepada fahaman komunis dan menyerapkan fahaman sosialisme dalam struktur pemerintahannya. Lihatlah apa terjadi kepada pemimpin Ikhwanul Muslimin yang sangat berpengaruh seperti Hassan al-Banna dan Sayyid al-Qutb. Nasser meninggalkan dunia ciptaan Dia yang Maha Agung pada 28 September 1970. Anwar Sadat yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri diangkat sebagai Presiden Mesir merupakan orang yang sangat setia kepada Nasser.


Pemimpin Ikhwanul Muslimin, as-Syahid Hassan al-Banna.

Semoga ikhwan yang berada di Mesir berjaya dengan misi masing-masing.

Thursday, January 20, 2011

Siapa Lagi Maju?


Orang kata orang pantai timur ni menolak kemajuan? Yeke dop mu?
Sebabnya bandar-bandar mereka tidak kelihatan pesat membangun. Tiada mega mall tempat melepak, tiada panggung wayang (ok, mungkin kemaman dah ada...tapi itupun baru sekarang ada) dan yang ada banyak tempat-tempat ceramah agama dan sekolah-sekolah.

Kalau kita baca sejarah, kita dapat lihat mereka antara negeri yang paling lambat menerima pengaruh British. Sebab inilah mereka tak maju. Yeke? Kenapa British lambat luaskan pengaruh disini? Negeri-negeri Melayu tidak bersekutu atau NNMTB (Kedah, Perlis, Johor, Terengganu, Kelantan). Pendapat seorang pensyarah ak yang ak sangat setuju mengatakan kerana mereka lebih sedar akan pengaruh penjajah keatas tanah air kita. Meraka tidak mudah menyerahkan politik mereka kepada barat.


Malah hari ini kita dapat lihat politik di negeri ini sentiasa berubah-ubah. Ini membuktikan mereka sentiasa ingin mencari yang terbaik untuk negeri mereka. Mereka bijak dalam memberi peluang kepada seseorang memerintah dan kemudian menilai sebelum memilih untuk penggal yang akan datang.

Lihat juga setiap kali peperiksaan besar (seperti SPM, PMR dan UPSR), negeri-negeri inilah yang selalunya mencatatkan keputusan yang baik dan melahirkan pelajar yang cemerlang. Sukan. Mereka juga banyak mencapai kejayaan (dikira dari negeri asal ) terutama pada peringkat belia. Contoh lain kita dapat lihat Terengganu merupakan negeri pertama menubuhkan kelab basikalnya sendiri dan telah melahirkan atlet yang bertaraf dunia seterusnya memberi harapan kepada negara kita untuk meraih emas pertama pada sukan Olimpik 2012 yang akan berlangsung di London.


Jika kita lihat secara kasar, negeri-negeri ini pegangan agama rakyat mereka lebih diutamakan. Pengalaman ak sendiri sepanjang belajar ilmu agama, kebanyakan ustaz dan ustazah ak berasal dari NNMTB. Apa yang ak sangat yakin bahawa dengan pegangan agama Islam yang utuh, kita tidak akan pernah mundur dari segala apa sudut sekalipun. Terbukti juga bagaimana Islam satu ketika dahulu menerusi kerajaan Abbasiyah menguasai dunia dengan pegangan agama yang kukuh sebelum zaman kejatuhan kerajaan Khalifah di zaman Turki Uthmaniyah yang kebanyakan umat Islam ketika itu telah ditanam sifat al-wahn. Sultan Abdul Hamid II sendiri meluahkan betapa sukarnya memerintah empayar yang besar dimana didalam terdapat orang yang ibarat gunting dalam lipatan.

Siapa lebih maju sekarang anda rasa?

Monday, January 17, 2011

Bidadari Syurga

CIRI-CIRI BIDADARI SYURGA
1. Dipingit di kemah-kemah

tentang ciri mereka, Allah ta’ala berfirman,

maksudnya : “(bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam kemah.”(ar-rahman: 72)

maqshuratun maksudnya adalah mahbusatun (yang ditahan). abu ubaidah berkata, “mereka dipingit di kemah-kemah”

*terdapat penafsiran lain bahawa mereka hanya terfokus kepada suami mereka di khemah-khemah mereka dan tidak tertarik melihat lelaki selain suaminya.

2. Cantik wajahnya dan bagus akhlaknya

Allah ta’ala berfirman,

Maksudnya, “di dalam surge-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik”(ar-rahman : 70)

*cantik pada pandangan manusia adalah berbeza-beza. Dan Allah iaitu Tuhan yang menciptakan segala manusia yang kita anggap cantik ini telah berfirman bahawa bidadari itu cantik, jadi begitu cantik bidadari kerana yang mengatakan cantiknya adalah pemilik segala kecantikan.

3. Perawan, kaya cinta dan sebaya

Allah ta’ala berfirman,

Maksudnya, “sesungguhnya kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung. Dan kami jadikan mereka gadis-gadis perawan. Penuh cinta lagi sebaya umurnya. (kami ciptakan mereka) untuk golongan kanan.”(Al-waqiah : 35-38)

4. Payudaranya montok

Firman Allah ta’ala

Maksudnya,”sesungguhnya orang-orang yang bertakwa mendapatkan kemenangan. (yaitu) kebun-kebun dan buah anggur. Dan gadis-gadis remaja yang sebaya.”(an-naba’:31-33)

Kawa’iba adalah kata jamak dari kata ka’ibun yang berarti wanita yang montok payudaranya. Qatadah, mujahid dan pakar tafsir berkata, “al-kalbi berkata, ‘mereka adalah wanita-wanita yang menonjol payudaranya dan bulat. Asal muasal kata tersebut dari al-istidarah yang berarti bulat. Maksudnya bahwa payudara mereka montok laksana buah delima dan tidak menjulur ke bawah. Mereka digelari nawahid dan kawa’ib(wanita-wanita yang montok payudaranya)’."

5. Kulitnya mulus

Allah ta’ala berfirman

Maksudnya, “da nada bidadari-bidadari yang bermata indah, laksana mutiara yang tersimpan baik.”(al waqiah : 22-23)

*seperti yang terdapat dalam buku mufti Abdullah nana bahawa perempuan dikatakan seperti mutiara kerana kebersihan dan keputihan kulitnya.

Di lain ayat “seakan-akan mereka adalah telur yang tersimpan dengan baik”(as-saffat:49)

*allamah alusi menjelaskan bahawa ia adalah telur yang belum pernah disentuh oleh tangan manusia, jadi ia bersih dari sebarang kekotoran atau habuk.


*WANITA SOLEHAH 70 KALI LEBIH CANTIK DARI BIDADARI SYURGA
*WANITA SOLEHAH KETUA BIDADARI SYURGA