Saturday, May 28, 2011

Final UEFA Champions League

Assalammualaikum...

28th of May 2011 at Wembley Stadium, London.

FC Barcelona vs Manchester United



Wembley Stadium the host.
Sesi latihan Barca.

Sesi latihan MU .
Ak adalah penyokong setia Barcelona
 Hehe...

Assalammualaikum...

Tuesday, May 24, 2011

Kenapa perlu tonton Nur Kasih the Movie?

Assalammualaikum...




Dan mengapa sahabat-sahabat sekalian perlu menonton Nur Kasih the Movie?

Filem dengan genre drama ini mempunyai kelebihan dan kelainan. Dunia panggung hari ini lebih banyak berkisar kepada kisah hantu dan hiburan ringan.

Seperti kebanyakan blogger, aku bersetuju bahawa filem ini sangat hebat dari sudut penggambaran atau scene. Indahnya alam ciptaan Dia dan betapa indahnya bumi semenanjung emas ini. Tenang dan damai rasanya bila melihat scene dalam filem ini.

Baiklah. Watak Aidil lakonan Fizz Fairuz. Sesuatu yang sangat bernilai yang perlu kita teladani dari watak ini ialah kesabaran dan tabah. Hebatnya Aidil, pada hakikatnya dia sedih, tetapi dia hanya mengadu pada Yang Maha Mendengar.

Tertarik dengan satu babak, ketika seorang ustaz dijemput oleh Adam. Ustaz itu menolak kerana keadaan pelajar yang tidak menutup aurat dan duduk bercampur lelaki dan perempuan sambil bergaul tanpa batasan. Pesannya, matlamat tidak menghalalkan cara. Kemudian, Adam mengomel sendirian dengan berkata, dia perlu mendekatkan diri dengan anak-anak terbiar dahulu kerana anak-anak seperti ini tidak boleh terus dipaksa (contoh : menutup aurat) kerana jika dipaksa kelak akan lebih jauh.

*hal diatas aku kurang faham, minta sahabat-sahabat beri pendapat, adakah cara Adam seperti dikatakan ustaz tadi, matlamat tidak menghalalkan cara.

Cerita ini pada aku mempunyai pengakhiran yang baik. Segala-gala di muka bumi adalah milik Yang Maha Agung dan kepada Dia juga kita akan kembali. Sahabat-sahabat akan sedar hakikat kehidupan didunia ini hanya sementara, bagaimana sayang dan cinta sekalipun seseorang itu terhadap kita, pasti akan terpisah juga.

Jalan cerita filem ini lebih kurang filem The Notebook. Cerita dari pasangan yang dikisahkan muda, then watak heroin hilang ingatan, dan ada orang bacakan buku catatan mereka. Akhirnya, heroin ingat balik.

Tonton bukan sekadar tonton, nilailah apa yang baik dan buruk.


Salah satu babak The Notebook


*Lagi satu nak minta pendapat, ada blogger beri pendapat, filem ini memberi pengajaran yang baik, tetapi tempat ditayangkan (pawagam) tidak sesuai. Bermakna, pengajaran yang baik ditempat yang haram. Any comment?
View yang cantik.

Keluarga Ustaz Hassan.


Pelakon cilik.

Assalammualaikum...

Thursday, May 19, 2011

Kenapa perlu tonton Pirates of Caribbean : On Stranger Tides?

Assalammualaikum...


Filem Pirates Disney kali ini lebih relax. Kali ini ada beberapa sebab mengapa sahabat-sahabat perlu menonton filem arahan Rob Marshall ini.

Sebab terbesar adalah kerana dalam filem ini, sahabat akan dapat melihat salah satu pihak yang berbalah (sama ada pihak Jack Sparrow atau Kapten Barbossa, tonton sendiri) dihujung cerita, memilih untuk memusnahkan kepercayaan mengarut dan kembali kepada agama (tetapi agama yang dimaksudkan Kristian). Pihak ini mengambil tindakan sedemikian untuk memastikan tiada kepercayaan selain percaya kepada kuasa tuhan. Bersesuaian dengan agama kita, percaya hanya pada tuhan yang satu lagi Esa.

Kemudiannya kita dapat melihat watak Penelope Cruz yang sanggup berkorban apa sahaja demi ayahnya, Blackbeard termasuk ketika berhadapan dengan maut.

Watak Jack Sparrow memang cool, sangat mementingkan sahabat, termasuk menyelamatkan seorang anak kapalnya dari ke tali gantung. Sekali lagi diakhir cerita, Jack Sparrow berpatah semula mencari anak kapalnya yang setia ini. Begitu utuh tali persahabatan yang diikat antara ketua dan pengikutnya.

Seterusnya, kesetiaan rakyat kepada seorang raja. Babak dimana kelasi British tidak sehaluan dengan kapten mereka. Namun segala-galanya berubah apabila si kapten menggunakan taat setia King George II untuk mempastikan anak kapalnya terus berjuang demi kepentingan negara.

Terdapat juga seorang mubaligh muda Kristian yang memaparkan nilai-nilai murni dalam filem ini. Seharusnya kita juga perlu menunjukan ajaran agama kita yang sebenar lebih-lebih lagi kepada sesiapa yang bergelar belia.

Kepada sahabat-sahabat, ketika menonton, pandai-pandailah menilai baik buruk filem ini. Memang watak Jack Sparrow sangat menghiburkan dengan helah dan usahanya dalam mengatasi masalah. Pengajaran terakhir, gunakan akal fikiran sebaik mungkin dalam menangani apa jua masalah, seperti mana Jack Sparrow dengan helahnya.

Si Duyung Pirates.
Jack Sparrow yang menghiburkan.


3 penjuru.

Kapten Jack Sparrow bersama Kapten Barbossa.


Assalammualaikum...

Sunday, May 15, 2011

Kongsi Pengetahuan Am 2.

Russia is so big that it takes eight days to cross it by train! As children set off for school in the city of Moscow int he west, others are already going home in the eastern port of Vladivostok.



To read a book in Arabic or Hebrew, you have to work from right to left. So if this book were in Arabic, the first page would be where the index is now.



In Scotland, each family group has its own tartan, with a particular pattern and colour.




The rolling grasslands of Canada and the USA are planted with wheat as far as the eye can see. One Canadian wheatfield was so big, it was double the size of the European country, San Marino!




Trains in Tokyo, Japan, are so crowded that railway
staff called crushers have to push in the passengers while the doors close.

Thursday, May 5, 2011

Berfikir Sejenak

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: Ada tujuh golongan manusia yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat dan tidak membersihkan mereka daripada dosa bahkan Allah berfirman kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang yang dimasukkan ke dalamnya

Tujuh golongan tersebut ialah: 
1. Orang yang melakukan homoseks. 
2. Orang yang melakukan kahwin tangan (onani). 
3. Orang yang melakukan hubungan seks dengan binatang. 
4. Orang yang melakukan hubungan seks melalui dubur (liwat). 
5. Orang yang berkahwin antara ibu dan anak. 
6. Orang yang berzina dengan isteri jirannya. 
7. Orang yang menggangu jirannya. 
(Riwayat al-Tabrani). 





Salman al-Farisi (Dari sudut yang jarang kita dengar).

Lelaki ini adalah think tank di dalam Perang Khandaq. Kisah yang kita selalu dengar hanya melalui kisah perang ini. Lain pula dengan kisah dibawah ini. 
Di Madinah, seorang muslimah telah mengambil hatinya. Bukan sebagai kekasih, tetapi sebagai pilihan hati. Pilihan menurut perasaan yang halus dan suci. Pilihan untuk dinikahinya. Tetapi Madinah adalah tempat yang asing baginya.  Madinah memiliki adat, bahasa, dan wajah-wajah yang belum begitu dikenalinya.  Dia berfikir, melamar seorang gadis tempatan tentu menjadi urusan yang pelik bagi seorang pendatang. Mestilah perlu ada seorang yang akrab dengan tradisi di Madinah berbicara untuknya dalam khithbah. Maka pemuda ini menyampaikan isi hatinya kepada sahabat Ansar yang dipersaudarakan kepadanya, Abu Dharda’.
“Subhanallah, walhamdulillah ..”, girang Abu Dharda’ mendengarnya.
Maka setelah dilakukan segala persiapan, beriringanlah kedua sahabat itu menuju ke sebuah rumah di penjuru kota Madinah. Rumah seorang wanita yang solehah lagi bertaqwa.
“Saya adalah Abu Dharda’ dan ini adalah saudara saya, Salman seorang Parsi.  Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya.  Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah SAW, sehingga baginda menyebut beliau sebagai ahli baitnya.  Saya datang untuk mewakilisaudara saya ini melamar puteri anda untuk disunting”, fasih Abu Dharda’ menutur bicaranya.
“Adalah satu penghormatan bagi kami menerima anda berdua, sahabat Rasulullah yang mulia.  Dan adalah penghormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang sahabat Rasulullah yang utama.  Akan tetapi hak menerima ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami”.  Tuan rumah memberi isyarat ke arah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan penuh debaran.
“Maafkan kami kerana terpaksa berterus terang”, kata suara lembut itu.  Ternyata sang ibu yang berbicara mewakili puterinya.  “Tetapi kerana anda berdua yang datang, maka dengan mengharap redha Allah saya menjawab bahawa puteri kami menolak pinangan Salman.  Namun jika Abu Dharda’ juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menerima pinangan itu.”
Jelas sekali.  Sikap terus terang yang begitu mengejutkan, ironi dan indah! Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya!
Ya, memang mengejutkan dan ironi.  Apa yang indahnya?? Yang indahnya adalah reaksi Salman.  Bayagkan sebuah perasaan, di mana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat di dalam hati.
“Allahu Akbar!!” seru Salman.  “Semua mahar dan nafkah yang telah ku sediakan akan aku serahkan kepada Abu Dharda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!”