Tuesday, May 24, 2011

Kenapa perlu tonton Nur Kasih the Movie?

Assalammualaikum...




Dan mengapa sahabat-sahabat sekalian perlu menonton Nur Kasih the Movie?

Filem dengan genre drama ini mempunyai kelebihan dan kelainan. Dunia panggung hari ini lebih banyak berkisar kepada kisah hantu dan hiburan ringan.

Seperti kebanyakan blogger, aku bersetuju bahawa filem ini sangat hebat dari sudut penggambaran atau scene. Indahnya alam ciptaan Dia dan betapa indahnya bumi semenanjung emas ini. Tenang dan damai rasanya bila melihat scene dalam filem ini.

Baiklah. Watak Aidil lakonan Fizz Fairuz. Sesuatu yang sangat bernilai yang perlu kita teladani dari watak ini ialah kesabaran dan tabah. Hebatnya Aidil, pada hakikatnya dia sedih, tetapi dia hanya mengadu pada Yang Maha Mendengar.

Tertarik dengan satu babak, ketika seorang ustaz dijemput oleh Adam. Ustaz itu menolak kerana keadaan pelajar yang tidak menutup aurat dan duduk bercampur lelaki dan perempuan sambil bergaul tanpa batasan. Pesannya, matlamat tidak menghalalkan cara. Kemudian, Adam mengomel sendirian dengan berkata, dia perlu mendekatkan diri dengan anak-anak terbiar dahulu kerana anak-anak seperti ini tidak boleh terus dipaksa (contoh : menutup aurat) kerana jika dipaksa kelak akan lebih jauh.

*hal diatas aku kurang faham, minta sahabat-sahabat beri pendapat, adakah cara Adam seperti dikatakan ustaz tadi, matlamat tidak menghalalkan cara.

Cerita ini pada aku mempunyai pengakhiran yang baik. Segala-gala di muka bumi adalah milik Yang Maha Agung dan kepada Dia juga kita akan kembali. Sahabat-sahabat akan sedar hakikat kehidupan didunia ini hanya sementara, bagaimana sayang dan cinta sekalipun seseorang itu terhadap kita, pasti akan terpisah juga.

Jalan cerita filem ini lebih kurang filem The Notebook. Cerita dari pasangan yang dikisahkan muda, then watak heroin hilang ingatan, dan ada orang bacakan buku catatan mereka. Akhirnya, heroin ingat balik.

Tonton bukan sekadar tonton, nilailah apa yang baik dan buruk.


Salah satu babak The Notebook


*Lagi satu nak minta pendapat, ada blogger beri pendapat, filem ini memberi pengajaran yang baik, tetapi tempat ditayangkan (pawagam) tidak sesuai. Bermakna, pengajaran yang baik ditempat yang haram. Any comment?
View yang cantik.

Keluarga Ustaz Hassan.


Pelakon cilik.

Assalammualaikum...

No comments:

Post a Comment