Wednesday, March 30, 2011

Selamat Tinggal Belasan.

Assalammualaikum...

No more teen, now ty.

Semakin hari semakin tua dan semakin dekat kita dengan kematian.

Menjelang 20 adalah permulaan usia puluhan dan belasan yang ditinggalkan menyimpan banyak kenangan terutama bergelar pelajar.

Sekali ganda dari usia ini iaitu ketika usia menjengah 40, ia merupakan waktu muda untuk usia tua dan waktu tua untuk usia muda.

Siapkan diri menghadapi kematian yang pada hakikatnya sangat hampir dengan kita.



**Thank you to syue, maizat, ezzaty, hidayah, diana, fazik, sarah, linda, dauh & my parents - March 30th.

Thursday, March 24, 2011

Saat Anda membwa Al-Quran, setan biasa2 saja. Saat Anda mmbukanya, setan mulai curiga. Saat Anda membacany, ia gelisah. Saat Anda memahaminy, ia kejang2. Saat Anda mengamalkn Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari. ia stroke. Teruskn mmbaca & mgamalknny agar setan trus stroke. Ketika anda ingin menyebarkn pesanan ini, setan pun mencegahny. Setan kta "jgn SEBARKAN, krn ia x penting lgsg!" ~~SEBARKAN LAH~~

Sunday, March 20, 2011

Zikir

Assalammualaikum...

Dari Jabir bin Abdullah

berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: Sebaik-baik zikir adalah La Ilaha Illallah dan sebaik-baik doa adalah Alhamdulillah. (H.R Tarmizi)

Kalimah ini sangat tinggi disisi Allah. Tanpa kalimah ini adalah kalimah yang paling afdzal kerana ia adalah asas kepada keseluruhan agama. Tanpa kalimah ini, keimanan dan keIslaman seseorang tidak akan diterima dan tertolak. Alhamdulillah merupakan sebaik-baik doa kerana bermaksud puji-pujian dan puji-pujian ialah satu permintaan.Ingatlah bahawa doa adalah permintaan kita sebagai hamba kepada tuan kita yakni Allah yang Esa.



Assalammualaikum...

Friday, March 18, 2011

"Aku tidak menghimpunkan dua ketakutan pada hambaKu dan tidak pula dua keamanan baginya. Jika ia merasa aman daripadaKu di dalam dunia, Aku akan berikan rasa takut kepadanya pada hari kiamat. Dan jika ia merasa takut kepadaKu di dunia, Aku akan berikan kepadanya rasa aman pada hari kiamat."


(Hadis qudsi  riwayat Ibnu Mubarak dan al-Hassan)

Takutlah kita padaNya sekarang kerana ketakutan padaNya pada kemudian hari adalah ketakutan yang teramat sangat. 

Ketahuilah sesungguhnya keamanan dan keselesaan di dunia yang bersifat sementara hanya sedikit dari sebenar-benar keamanan kurniaan-Nya di akhirat kelak.


Allah hanya memberikan bunga-bunga dari keamanan sebenar di akhirat agar hamba-Nya terus-terusan mencari kelazatan hidup.

Tuesday, March 15, 2011

Rasulullah Salallahalaihiwasalam bersabda:- Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan ……...

1) Syirik, 

2) Sihir, 

3) Membunuh tanpa hak, 

4) Makan harta anak yatim, 

5) Makan riba, 

6) Lari dari medan peperangan kerana takut dan

7) Menuduh perempuan yang suci dengan zina tanpa saksi adil. 


[Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.]

Thursday, March 10, 2011

Aku dan Sahabat III

Assalammualaikum...

Sahabat yang jauh dimata lebih dihargai dari sahabat yang dekat dengan kita.



Percaya atau tidak, itulah kenyataan hidup kita. Jika kita perhalusi, sahabat yang jauh akan selalu didoakan agar selamat perjalanan (menaiki kapal terbang selalunya), selamat kehidupan disana (tambah-tambah situasi di Timur Tengah sekarang) dan lain-lain. Selain itu, kita akn lebih teruja ingin berjumpa mereka yang jauh. Sebabnya adalah kerana kata-kata hati "kalau tak jumpa sekarang, lagi 2 tahun baru dapat jumpa". Oleh yang demikian, sahabat yang jauh apabila pulang bercuti, lebih kita fokuskan untuk bertemu.

Bagi sahabat yang berada berhampiran (study dalam Malaysia, tak kira utara, selatan atau di Borneo) hati kita akan cenderung bersuara "tak apa, dekat, bila-bila boleh jumpa."

Hakikatnya, sahabat yang dekat inilah yang tersangat jarang kita akan janji bertemu kerana wujud kata hati sedemikian.

Jadi, hargailah apa-apa sekalipun yang kita miliki sekarang tanpa mengira jarak, masa dan tempat kerana diketahui sudah, sesuatu itu akan lebih dihargai apabila telah hilang dari pandangan.