Sunday, February 20, 2011

Aku dan Sahabat II

F = Few

R = Relation

I = In

E = Earth

N = Never

D = Die




Friendship is the most precious relation in the world.

Friendship is a great feeling.

Only few know the true meaning of friendship.

Friendship is a vast sea.

Islam also admires friendship.

If you do not have a sincere friend then you are the most unfortunate.

Friendship is a sign of love, properity and peace.

Friday, February 18, 2011

Kalimah Agung.

Assalammualaikum...

Dari Jabir bin Abdullah, berkata : Aku mendengar Rasulullah bersabda : "Sebaik-baik zikir ialah La ilaha illallah dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah." - (HR Tarmizi)

...لاَّ إِلَهَ إِلاَّ الله




Inilah kalimah yang meletakkan orang Islam lebih tinggi di sisi Allah berbanding penganut-penganut agama lain. Ya, setiap apa yang kita lakukan kesemuanya di atas nama Dia yang Maha Agung. Makan, minum, tidur, berjalan, malah setiap apa yang kita lakukan, semuanya hanya kerana Allah.


Adakah kelazatan makanan yang kita makan yang mengeyangkan kita? Jus epal yang sejuk yang menghilangkan kehausan kita di dunia ini? Tidur diatas katil yang empuk memberi kita rehat secukupnya?

Tidak.

Kesemuanya dengan izin Dia. Makanan itu hanya sebagai perantaraan sahaja. Kalimah ini mampu mengawal kita selama kita hidup di dunia yang sementara ini.

Dari Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda : "Iman itu lebih daripada 70 cabang, yang terbaik daripadanya ialah mengucapkan La ilaha illallah dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang menyakiti di tengah jalan, dan malu itu satu cabang daripada iman." (HR Muslim)


Betapa tingginya kalimah ini untuk umat manusia dan berapa tingginya darjat manusia yang berpegang teguh pada kalimah ini.

Bersama-samalah jadikanlah kalimah ini yang tertinggi dalam diri kita.

Assalammualaikum...

Friday, February 11, 2011

Ainul Mardhiah.

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tsb).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah......:

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain - bermaksud mata yang di redhai. Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat  yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan  keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan  muka yang berseri-seri lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah Ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh  tidakk... saya khadamnya Ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia Ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidak, saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... Ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke  satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata... akulah Ainul mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nanti kamu belum syahid  lagi...tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia  syahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu
sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang syahid tadi. Dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....

Wallahu wa'lam.



Gambar sekadar hiasan.


Ainul Mardhiah by UNIC

Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Dihati lelaki bernama kekasih

Sesuatu yang baik memang selalu diuji.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman" dan mereka tidak diuji"
                                                                                                                                      Al-ankabut ayat 2.

Assalammualaikum...

Ayat di atas menunjukkan bahawa orang beriman akan menerima ujian. Lagi hebat iman seseorang lagi hebat pula ujian yang melanda. Inilah ujian dari yang Maha Esa untuk menlihat sejauh mana keimanan seseorang itu.

Kebiasaannya orang yang ingin melakukan kebaikan akan selalu mendapat kesukaran. Entry kali ini lebih difokuskan kepada orang-orang yang melaksanakan amal makruf nafi mungkar.


Dakwah sendiri mempunyai 4 ciri. Pertama sekali ialah pendakwah atau dai'e. Keduanya orang yang didakwah. Ketiga, bahan atau tajuk atau isu yang dibicarakan dan terakhir sekali kaedah penyampaian sama ada dengan lisan, risalah atau lain-lain (uslub).

Jika sahabat pernah membaca buku-buku mengenai pendakwah, bolehlah dilihat bagaimana hebat dugaan terhadap orang yang ingin melakukan kebaikan. "Travelog Seorang Dai'e" menceritakan kisah hidup seorang ustaz di Singapura dimana hidupnya tersangat sempit. Perniagaannya tidak begitu memberangsangkan (membaikpulih paip dan sistem saliran air). Namun begitu dia tetap ingin menyumbangkan sesuatu kepada salah satu masjid disana dengan mengantikan sistem saliran ( tak berapa pasti sama ada tangki air atau paip atau magkuk tandas). Ujian dalam melakukan kebaikan apabila usaha ini terlalu sukar untuk dilaksanakan ketika mana Dai'e ini bersedia memberi perkhidmatan dan barangan keperluan kesemuanya dengan percuma.

Contoh lain dari buku "Travelog Syahadah". Menceritakan Seorang muallaf yang ingin memeluk Islam. Namun orang Islam di salah sebuah organisasi Islam di Malaysia dengan mudah mengatakan, bukan disini tempat untuk memeluk Islam.

Golongan dalam Islam turut membezakan kita kepada 4 golongan.

1. Taqwa.
2. Mukmin.
3. Muslimin.
4. Fasik.

Renunglah. Dimanakah kedudukan kita?



*Fasik orang yang berlarutan membuat dosa. Munafiq orang yang mengaku Islam luaran tetapi dalamannya amat membenci Islam seperti kisah Abdullah bin Ubai sehinggakan dia mampu solat dibelakang Rasulullah namun hakikat hatinya, membenci Islam.

Nabi Muhammad yang tercinta sendiri pernah memberi tahu bahawa orang mukmin diambang 5 dugaan.

1.  Mukmin yang dengki padanya.
     Sejak zaman Nabi Adam sendiri dapat dilihat hal ini dimana Qabil telah membunuh Habil yang menjadi
     pertumpahan darah pertama umat manusia. Sebabnya? Dengki.

2.  Munafiq yang membenci dirinya.
     Contoh yang sangat dekat dengan kita. Isu semasa yakni Mesir. Kita dapat lihat Ikhwanul Muslimin
     pimpinan Hassan al-Banna satu ketika dahulu dibunuh dan ada yang ditangkap keran cuba menyebarkan
     dakwah. Padahal hakikatnya mereka sedang giat berdakwah.


3.  Kafir yang memeranginya.
     Diingatkan kafir ada 4 golongan dan tidak semuanya musuh. Seperti kafir zimmi adalah warga negara
     daulah Islamiyah yang patuh dan taat kepada sesebuah negara Islam. Mereka wajib dilindungi. Kafir yang
     mesti diperangi adalah kafir Harbi contohnya yahudi dan nasrani. Seterusnya kafir mu'ahad, kafir yang
     mencapai perjanjian dengan negara Islam untuk tidak berperang. Terakhir sekali ialah musta'man, kafir
     yang meminta perlindungan dari negara Islam dan mereka wajib dilindungi.

4.  Syaitan yang menyesatkan.
     Sedia maklum makhluk yang dicipta dari api ini sememangnya telah berjanji untuk menyesatkan umat
     manusia hingga ke akhir zaman.

5.  Nafsu yang sering mengalahkannya.
     Nafsu sememangnya makhluk yang degil. Hinggakan dihumbat kedalam api neraka selama beberapa tahun
     sebanyak 3 kali barulah nafsu mengaku Allah adalah tuhan dan nafsu adalah hamba.

Wednesday, February 2, 2011

Kongsi Pengetahuan Am 1

Assalammualaikum...

1. Gunung kedua tertinggi adalah Gunung K2 dengan ketinggian 8611 meter dari aras laut.


2. Sungai kedua terpanjang adalah Sungai Amazon sekitar 6280 km.


3. Lautan Atlantik yang berkeluasan 81 660 km persegi merupakan lautan kedua terbesar.


4. Air terjun kedua tertinggi di dunia terletak di Tugela, Afrika Selatan dengan ketinggian 853 meter.


5. Pulau kedua terbesar pula adalah New Guinea dengan keluasan 789 950 km persegi.

Tuesday, February 1, 2011

Bingkai Kehidupan Hassan al-Banna

Assalammualaikum...

Mengharungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa untuk berpangku tangan

Setiap titis peluh dan darah
Tak akan silma ditelan masa
Segores luka dijalan Allah
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allahu Ghayatuna...
Ar-Rasul Qudwatuna...
Al-Quran Dusturuna...
Al-Jihadu Sabiiluna...
Al-Mautu fi sabilillah...
Asma amanina...

Allah adalah tujuan kami...
Rasulullah teladan kami...
Al-Quran pedoman hidup kami...
Jihad adalah jalan juang kami...
Mati di jalan Allah adalah...
Cita-cita kami tertinggi...


Bingkai Kehidupan ini adalah ciptaan dan nyanyian Shoutul Harakah. Lagu ini mengambil ilham dari pelopor gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir, as-Syahid Hassan al-Banna. Part chorus lagu ini menceritakan wawasan hidup Hassan al-Banna yang berjaya diserapkan kedalam jiwa para pejuang Ikhwanul Muslimin dan tidak pernah mati cita-cita beliau ini sehingga ke hari ini.




Hassan al-Banna (yang pembangun kebaikan) lahir pada bulan Oktober 1906 (tarikh tak dapat dipastikan, sekitar 14 ke 17) di Mahmudiyah di daerah Buhairah, 90 kilometer dari Kaherah, Mesir. Merupakan anak sulung dari lima bersaudara. Ayah beliau, Syeihk Ahmad Abdurrahman al-Banna al-Sa'ati seorang imam, wartawan dan Ahli Fiqah serta pakar hadis.

Beliau meghafal 30 juz al-Quran pada usia 14 tahun. Pada usia 13 tahun beliau telah menyertai sebuah demonstrasi besar-besaran menentang penjajah Inggeris pada 1919. Sejak kecil seorang yang berani, berfikiran tajam, jernih hatinya, berperasaan lembut sekali dan mempunyai sifat kepimpinan yang nyata.

Sejak kecil beliau sudah menyeru amal makruf nafi mungkar dan telah mendirikan organisasi yang dikenali Muharabah al-Munkarat. Beliau berdakwah hingga ke pejabat-pejabat terkenal.

Beliau juga cemerlang dalam pelajaran dan buktinya beliau merupakan pelajar kelima terbaik dari seluruh wilayah Mesir.

Ikhwanul Muslimin



Hassan al-Banna telah menubuhkan Ikhwanul Muslimin (IM) pada Mac 1928. Mulanya pertubuhan ini hanya pertubuhan yang kecil tetapi menjelang 1941 IM telah mempunyai 100 anggota. Pemerintah Mesir pada ketika itu, Raja Farouq mulanya tidak memandang serius IM sekalipun telah diberi amaran oleh Inggeris. Dalam masa beberapa tahun IM menjadi gerakan yang mengusarkan penjajah, apatah lagi IM turut berjihad membebaskan Palestin daripada regim Zionis Israel.

Pada 1947-48, 10 000 pejuang IM telah dikirim ke Palestin berjuang membebaskan tanah suci ketiga umat Islam ini. Pasukan ini ternyata mencintai syahid di jalan Allah dan telah berjuang dengan gagah berani.

1948, Raja Farouq telah memerintahkan agar anggota IM ditangkap dan penjara di Mesir telah mula dipenuhi dengan pemuda dan pemimpin IM. 8 November 1948, IM telah dibekukan serta semua harta dan aset IM dirampas. Penghujung tahun ini telah menyaksikan Raja Farouq diculik seterusnya ditemui mati. IM dan Hassan al-Banna telah menjadi kambing hitam dengan dipersalahkan dalam kes ini.

Pada pagi 12 Disember 1949, pegawai tertinggi tentera Mesir, Mahmud Abdul Majid telah melaksanakan perbuatan keji terhadap pemimpin besar ketika itu.Tubuh Hassan al-Banna ditembusi peluru-peluru dan ketika dikejarkan di hospital, satu lagi perancangan jahat telah dilakukan. Bekalan elektrik diputuskan dan semua doktor dan jururawat diancam agar tidak menyelamatkan beliau. Pagi itu menyaksikan Hassan al-Banna mengecapi syahid yang menjadi impian beliau.

Kesyahidan Hassan al-Banna merupakan pemulaan kekejaman kerajaan Mesir terhadap IM dimana setelah Hassan al-Banna, ramai lagi anggota IM menjadi para syuhada. Penjara-penjara terus dipenuhi pejuang-pejuang IM sehingga kini namun pergerakan ini tidak pernah mampu dilenyapkan.


Kini tidak kurang 70 buah negara di dunia ini mempunyai pergerakan seperti IM dari negara Islam paling barat iaitu Turki sehingga ke timur, Indonesia. Kita dapat menyaksikan bagaimana pengaruh dan kekuasaan IM ketika zaman as-Syahid Hassan al-Banna dengan melihat keberkesanan HAMAS di Gaza sekarang. Lihatlah bagaimana Zionis Israel dan Amerika benar-benar takut akan pergerakan ini meskipun dua pemimpin tertinggi HAMAS telah berjaya mereka bunuh iaitu as-Syahid Syeihk Ahmad Yassin dan as-Syahid Dr. Abdul Aziz Rantisi.