Friday, February 11, 2011

Sesuatu yang baik memang selalu diuji.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman" dan mereka tidak diuji"
                                                                                                                                      Al-ankabut ayat 2.

Assalammualaikum...

Ayat di atas menunjukkan bahawa orang beriman akan menerima ujian. Lagi hebat iman seseorang lagi hebat pula ujian yang melanda. Inilah ujian dari yang Maha Esa untuk menlihat sejauh mana keimanan seseorang itu.

Kebiasaannya orang yang ingin melakukan kebaikan akan selalu mendapat kesukaran. Entry kali ini lebih difokuskan kepada orang-orang yang melaksanakan amal makruf nafi mungkar.


Dakwah sendiri mempunyai 4 ciri. Pertama sekali ialah pendakwah atau dai'e. Keduanya orang yang didakwah. Ketiga, bahan atau tajuk atau isu yang dibicarakan dan terakhir sekali kaedah penyampaian sama ada dengan lisan, risalah atau lain-lain (uslub).

Jika sahabat pernah membaca buku-buku mengenai pendakwah, bolehlah dilihat bagaimana hebat dugaan terhadap orang yang ingin melakukan kebaikan. "Travelog Seorang Dai'e" menceritakan kisah hidup seorang ustaz di Singapura dimana hidupnya tersangat sempit. Perniagaannya tidak begitu memberangsangkan (membaikpulih paip dan sistem saliran air). Namun begitu dia tetap ingin menyumbangkan sesuatu kepada salah satu masjid disana dengan mengantikan sistem saliran ( tak berapa pasti sama ada tangki air atau paip atau magkuk tandas). Ujian dalam melakukan kebaikan apabila usaha ini terlalu sukar untuk dilaksanakan ketika mana Dai'e ini bersedia memberi perkhidmatan dan barangan keperluan kesemuanya dengan percuma.

Contoh lain dari buku "Travelog Syahadah". Menceritakan Seorang muallaf yang ingin memeluk Islam. Namun orang Islam di salah sebuah organisasi Islam di Malaysia dengan mudah mengatakan, bukan disini tempat untuk memeluk Islam.

Golongan dalam Islam turut membezakan kita kepada 4 golongan.

1. Taqwa.
2. Mukmin.
3. Muslimin.
4. Fasik.

Renunglah. Dimanakah kedudukan kita?



*Fasik orang yang berlarutan membuat dosa. Munafiq orang yang mengaku Islam luaran tetapi dalamannya amat membenci Islam seperti kisah Abdullah bin Ubai sehinggakan dia mampu solat dibelakang Rasulullah namun hakikat hatinya, membenci Islam.

Nabi Muhammad yang tercinta sendiri pernah memberi tahu bahawa orang mukmin diambang 5 dugaan.

1.  Mukmin yang dengki padanya.
     Sejak zaman Nabi Adam sendiri dapat dilihat hal ini dimana Qabil telah membunuh Habil yang menjadi
     pertumpahan darah pertama umat manusia. Sebabnya? Dengki.

2.  Munafiq yang membenci dirinya.
     Contoh yang sangat dekat dengan kita. Isu semasa yakni Mesir. Kita dapat lihat Ikhwanul Muslimin
     pimpinan Hassan al-Banna satu ketika dahulu dibunuh dan ada yang ditangkap keran cuba menyebarkan
     dakwah. Padahal hakikatnya mereka sedang giat berdakwah.


3.  Kafir yang memeranginya.
     Diingatkan kafir ada 4 golongan dan tidak semuanya musuh. Seperti kafir zimmi adalah warga negara
     daulah Islamiyah yang patuh dan taat kepada sesebuah negara Islam. Mereka wajib dilindungi. Kafir yang
     mesti diperangi adalah kafir Harbi contohnya yahudi dan nasrani. Seterusnya kafir mu'ahad, kafir yang
     mencapai perjanjian dengan negara Islam untuk tidak berperang. Terakhir sekali ialah musta'man, kafir
     yang meminta perlindungan dari negara Islam dan mereka wajib dilindungi.

4.  Syaitan yang menyesatkan.
     Sedia maklum makhluk yang dicipta dari api ini sememangnya telah berjanji untuk menyesatkan umat
     manusia hingga ke akhir zaman.

5.  Nafsu yang sering mengalahkannya.
     Nafsu sememangnya makhluk yang degil. Hinggakan dihumbat kedalam api neraka selama beberapa tahun
     sebanyak 3 kali barulah nafsu mengaku Allah adalah tuhan dan nafsu adalah hamba.

No comments:

Post a Comment