Assalammualaikum...
Adakah idola mempengaruhi kehidupan seseorang individu? Selalunya seseorang individu menjadikan pemimpin, penghibur atau ahli sukan sebagai idola. Sejauh mana hebatnya personaliti itu mempengaruhi hidup anda?
Berita Harian edisi 15 Jun 2011, menceritakan kisah Radhi OAG yang mengakui dia tersilap memilih idola yang memberi kesan dalam hidupnya. Dia memilih Kurt Cobain sebagai idola hidupnya. Dapat dilihat betapa hebatnya seseorang yang dijadikan idola mempengaruhi hidup seseorang yang lain.
Jadi, siapakan idola anda? Cukup hebatkah dia dari segi akhlak dan pegangan hidupnya?
Renung-renungkan siapa yang sepatutnya kita sebagai umat Islam jadikan sebagai idola atau contoh.
To Radhi OAG, well done atas perubahan diri, anda best!!!
*Seorang guru aku pernah memberi tahu bahawa Nabi Muhammad tidak layak dianggap idola, bukan kerana apa, sepatutnya baginda diletakan lebih tinggi dari itu dan seharusnya setiap hati manusia didalamnya ada Nabi Muhammad sebagai contoh hidup.
Assalammualaikum...
No comments:
Post a Comment