Thursday, December 30, 2010
Islam di Dunia Melayu.
Perasan atau tidak garisan dan sejadah yang dijadikan tanda arah kiblat tidak sama?Macam mana tu?
Sebenarnya tempat solat ini kecil sahaja. Terlalu kecil untuk satu bangunan yang sangat besar dan menerima pengunjung yang ramai. Tempat ini terletak disebuah pusat membeli-belah. Sudahlah tempatnya kecil, terperosok pula.
Tetapi yang membuat ak sedikit sejuk hati apabila tertera tanda "surau sementara". Ak pelik...Mall yang besar tahap Mega ini, tiada surau didalam perancangannya.
Sebenarnya ini pengalaman ak. Ketika baru dibuka dan dirasmikan, selepas menonton wayang ak bergegas untuk solat. Apabila tanya pengawal keselamatan di mana surau, dia kelihatan serba salah. Di bawanya seorang lagi pengawal yang agak berusia. Katanya dalam mall ni TIDAK ADA SURAU. "Dalam ni tak ada surau, surau paling dekat adik kena lintas jalan depan ni."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment