Friday, December 17, 2010

Cerita Kanak-kanak

Masa kanak-kanak dahulu ak memang liat untuk solat. Tetapi disebabkan beberapa faktor telah memaksa ak solat. Jadi, kali ini ak hendak berkongsi sedikit faktor-faktor kenapa dan bagaimana ak mula bersolat secara constant (kecil-kecil dulu, solat terpaksa).

1)Solat Subuh

Solat subuh ini seingat ak, ak solat kerana nak berdoa dipermudahkan segala urusan ketika di sekolah. Ak ini pelik sedikit, perut ak akan rasa tidak selesa setiap kali hari Isnin sampailah hari Jumaat. Bertambah pelik bila tiba hujung minggu atau cuti umum, mesti perut ak ok. 


Lagi pula ak akan berdoa dihindari dari didenda guru disiplin sekolah ak yang memang terkenal dengan sikap sangat-sangat bertanggungjawab. Setiap kali selisih, ak mesti rasa ak ada buat kesalahan, padahal tak (ak pernah 2 kali kena sebat dengan dia dalam masa kurang seminggu, kesalahannya? ak sendiri tak pasti,tapi yang penting bukan salah ak seorang). 

Then, ak akan minta apabila belajar ak tak akan disoal soalan yang memang ak tiada jawapan (yang ini kes tingkatan 2 kelas geografi, sebab cikgu ak masa itu tersangat garang dan cerewet. Apapun terima kasih cikgu, kerana dirimu geografi ak sepanjang tahun itu, tak pernah tak dapat gred "A").

2)Solat Zuhur

Solat zuhur tak ada sebab specific sangat. Seingat ak kerana apabila ke sekolah agama pada waktu petang, kadang-kala ustazah akan tanya dah solat atau belum.

3)Solat Asar

Ak ini memang akan beriadah setiap petang. Selalunya bermaib bola sepaklah. Sebelum keluar bermain ak akan solat. Sebabnya? Ak dengar cerita dari kawan ak, tak solat dah main bola, kaki patah nanti. Itu saja.

4)Solat Maghrib

Secara keseluruhan, solat maghrib ak paling panjang berdoa. Sebabnya, ak akan minta dipermudahkan urusan ak ketika ke kelas mengaji al-Quran. Untuk pengetahuan sahabat, pengajar ak seorang pak cik, garangnya ibarat singa. Selalu juga ak sakit perut (bak kata remaja zaman sekarang "cuak") sebelum ke rumah pak cik ini. Ada sekali mak ak pergi mengadu kepada pak cik ini yang ak liat nak solat, apa lagi, kena hentamlah ak malam itu. Bila dah boleh fikir sendiri mana baik dan buruk ini, ak sangat hargai pak cik ak ini.


5)Solat Isyak

Ok. Solat Isyak paling segar dalam ingatan ak. Ceritanya begini. Aktiviti ak lepas PMR (umur 15 pun ak solat tak tentu arah lagi) di sekolah adalah melepak. Sebenarnya sebelum PMR pun ak selalu melepak ponteng kelas, port lepak dalam surau, dengan aktiviti baca yassin, solat sunat atau tidur. Then ak dan kawan-kawan teruskan aktiviti seperti biasa selepas PMR. Kami adakan usrah kami sendiri-sendirilah (borak kosong saja, tetiba masuk hal agama). Kawan ak cerita sesiapa yang tidur malam tanpa solat Isyak, dia perlu berharap masih ada esok untuk dirinya. Ayat itu sampai sekarang ak teringat.


Sekarang ini ak selalu terfikir sebelum tidur malam. Bagaimana jika ak sedar dari tidur, dunia ak gelap, bila ak amati keadaan sekeliling, hanya tanah yakni kubur (ala-ala cerita hindustan hero sudah disahkan mati tetiba sedang orang ramai menangis dia hidup balik, kes doktor salah tafsiran). Takut betul jika hal ini berlaku pada diriku. Kalau ak sedar ketika ak masih diatas muka bumi tidak apa, tetapi jika seperti bayangan ak tadi????

No comments:

Post a Comment