Friday, April 15, 2011

Kitaran Bodoh.


Assalammualaikum...

Sedar atau tidak hidup kita melalui satu proses yang hampir sama setiap hari.


Bangun dari tidur, solat subuh, al-Mathurat, sarapan, kelas/kerja, zuhur, lunch, asar, riadah, mandi, maghrib, al-Quran, isyak, belajar, tidur. Ini semua rutin biasa bagi kita.

Jadi di mana "Kitaran Bodoh" yang dimaksudkan?

Kita dijadikan di muka bumi ini dengan dua tujuan dan telah pun kita berjanji dengan Yang Maha Agung untuk melakukan dua perkara ini. Beribadat kepada Dia dan menjadi Khalifah dibumi-Nya.

Tanpa kita sedari, mungkin dari sudut ibadat, kita berjaya menjaganya, tetapi tanggungjawab sebagai khalifah?

Adakah kita menjalankan tanggungjawab ini seperti berdakwah, menjaga hubungan dengan setiap isi alam, menjalankan hukum-hakam Islam dalam pemerintahan dan lain-lain?

Semestinya tidak.

Kita seolah-olah telah diprogram dalam kehidupan seharian kita. Dapat dilihat disini, kita melebihkan dunia lebih dari akhirat. Dalam kehidupan yang telah diatur atau dipengaruhi oleh seseorang atau lebih jelas lagi ialah sistem barat.

Cukupkah kita sekadar beribadat? Cukupkah bekalan menghadapi akhirat dengan ibadat?

Tidakkah kita pernah mendengar kisah si ayah yang sedang melangkah ke syurga ditarik anak perempuannya kerana tidak mengalakkan anaknya menutup aurat? Adakah anda ingin melihat orang yang dikenali anda diazab dan menjadi penghuni neraka?


Marilah kita keluar dari kitaran ini yang telah melekakan kita dan meletakkan Islam seakan-akan kelihatan berpecah dan bersendirian.

Sepatutnya kita perlu menjaga tepi kain orang, bukan jangan menjaga tepi kain orang.

Ayuh kita keluar dari "kitaran bodoh".

Wassalam...

2 comments:

  1. ada yg kata kita dengan Allah adalah ibadah , kita dengan manusia adalah dakwah.Bagaimanatu??bagaimana boleh terpisah sebegitu?.konsep dakwah adalah sangatlah luas..Dakwah sangat2lah luas..bukankah dakwah juga ibadah.kenapa dipisahkan..khalifah..memang manusia adalah khalifah di muka bumi terutamanya khalifah pada diri sendiri..memimpin diri kita sendiri ke arah kebaikan disamping memimpim kawan2 kita ke jalan kebaikan..berdakwah bermaksud mengingatkan,mencegah kemungkaran..mencegah kemungkaran pula ada peringkat dan juga strateginya..kitaran ini membuatkan kita terfikir ,dimanakah kita?bilakah kita mahu keluar dari kitaran bodoh ini?adakah selepas tampuk pemerintahan beralih kepada pemimpin ajaib iaitu pemimpin yang betul2 menggunakan sistem islam iaitu sistem khilafah..akan lahirkah Umar bin Abd Azizi zaman ini.Ya Allah kami buntuhkan pemimpin yang betul2 mengamalkan ajran mu agar rakyat malaysia dan negara2 islam yg lain mengamalkan ajaranmu di dalam kehidupan yg luas ini

    ReplyDelete