HUJAN!!!HUJAN!!!HUJAN!!!
Pertama kali dalam hidup ak merasai musim tengkujuh di pantai timur yang selama ini ak dengar atau baca melalui berita. Selalu ak dengar kalau tiba hujung tahun, pantai timur akan banjir. Bila ak di sini, baru ak rasa, walaupun tidak banjir di kawasan sini. Tetapi, seharian kehujanan, tidak keluar rumah/bilik sudah menjadi kebiasaan.
Matahari langsung tidak kelihatan hari ini (31/10/2010), baju yang ak basuh, sudah semestinya tidak kering. Turun dari blok hari ini sekadar untuk mengisi perut. Solatpun ak hanya bersolat di surau blok. Makin malam makin lebat dan dari blok ak ini bisa kedengaran alunan ombak dari pantai berdekatan.
Maaf, ak tak berkesempatan untuk "rotate" gambar ini.
Suasana di kolej kediaman ak ketika hujan. Siap ada kolam di tengah-tengah tu.
Then, keadaan sekarang makin teruk (4 November). Alhamdulillah di sini bah tidak melanda. Tetapi di utara tanah air, teruk keadaannya, sampai majlis graduasi UUM terpaksa ditangguhkan (NC dorg siap declare kt hot.fm lg). Ada seorang lagi rakan ak di Arau, bagi tau untuk menaiki bas, mereka tidak perlu ke bustand, kerana air naik disana.
No comments:
Post a Comment