Saturday, November 19, 2011

Malaysia vs Myanmar

Assalammualaikum...

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.




Harimau Muda semakin hampir pasti mempertahankan emas yang dibaham dua tahun lalu. Lenyap seketika ego sang Garuda, hari ini pasukan bawah 23 tahun negara akan berhadapan Myanmar. Berkemungkinan final ulangan dua tahun lalu berulang, Malaysia vs Vietnam.

Matlamat tak menghalalkan cara.

Assalammualaikum...

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.

Inilah yang orang selalu sebut-sebutkan. Matlamat tak menghalalkan cara. 7 Mahasiswi Rela Berbogel Untuk Badan Amal. 

Menjual maruah untuk kebaikan. Ada ke? Dunia akhir zaman, matlamat dicapai dengan apa cara sekalipun sekalipun dengan cara yang jijik, jelik dan ada kala dengan cara yang bangsat.




Wallahu 'alam.

Thursday, November 17, 2011

Bencinya mereka akan kita.

Assalammualaikum...

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.


Betapa bencinya rakyat Indonesia kepada kita rakyat Malaysia.Keadaan ini berterusan sejak setahun lalu dan masih berlarutan sehingga terbawa-bawa ke dalam dunia sukan. Salah satu sebab yang memanaskan lagi isu ini, boleh baca di sini. 

Terbaru, hampir setiap hari sepanjang sukan sea kali ini yang mana tuan rumahnya adalah Indonesia, berita seperti ini akan terpampang di dada akhbar. (Utusan).

Pada aku, mereka berjaya didoktrin untuk membenci Malaysian yang serumpun dan paling penting seagama dengan mereka berbanding tahap kebencian mereka terhadap negara lain.

Buktinya, dalam perlawanan bola sepak Malaysia menentang Singapura pada aksi pembukaan lalu, dapat dilihat peminat Indonesia memberi sokongan yang padu kepada Singapura. Bukan kerana mereka peminat Singapura, tetapi kerana mereka tidak suka kepada Malaysia.

Sejujurnya, aku pernah bertanya kepada beberapa orang sahabat aku, mereka mahu siapa menang jika Indonesia lawan Singapura (bola sepak), mereka akan mengatakan Indonesia.

Betapa berjayanya perancangan pihak tertentu mengenai ideologi nasionalisme untuk mengelakkan negara-negara Islam bersatu, terutama Malaysia dan Indonesia kerana mereka tahu, Islam masih tinggi di negara ini. Sehinggakan hal kecil seperti asal-usul kain batikpun mereka mahu berbunuh-bunuhan sesama saudara.

Lihatlah, berjayanya rancangan rapi The Hidden Hand, dipecahkannya negara-negara Islam, kemudian diracuni dengan ideologi-ideologi bangsat, sehingga mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk memastikan kita tidak bersatu umat Islam, apatah lagi untuk menegakkan negara Islam dan berkerajaan Khilafah.



Wallahu 'alam.


Saturday, November 12, 2011

Indahnya bercinta sebelum kahwin...

Assalammualaikum...

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.


Yeke bercinta sebelum kahwin indah? Ada sesiapa dikalangan sahabat yang bersetuju? Saya kata bercinta kahwin sebelum kahwin indah! Kenapa?

Mana tidaknya, habis otak aku dibasuh dengan seni tempatan yang mengindahkan percintaan sebelum kahwin.

Gambar sekadar hiasan.

Pertama sekali, filem atau drama. Berapa banyak filem yang memaparkan keindahan bercinta sebelum kahwin. Keluar bersama, pegang tangan, makan bersuap dan banyak lagi. Sedikit sebanyak memberi idea kepada muda-mudi untuk mempraktikan apa yang dilihat. 

Kemudian, bukti mengapa mendengar adalah pembelajaran terbaik.

Lagu-lagu yang berkumandang di radio masa kini kebanyakkannya bertema cinta dan memang diakui oleh seorang pengiat seni tanah air dahulu (aku tak pasti siapa) bahawa di Tanah Melayu ini lagu cinta menjadi pilihan pemuzik.

Kalau sahabat kurang percaya, cubalah dengar radio sekarang, aku pasti daripada 10 lagu diputar, 8 akan bertemakan cinta. 

Terbuktikan?
Belum lagi klip video lagu-lagu sedemikian. Sahabat perasan atau tidak, selalunya diakhir video, mesti pasangan ini bahagia, bukan?

Malas nak bising membebel, jom kita layan komen Mat Lutfi.

Betullah kata Azmil Mustapha, kalau hendak selamat dunia akhirat, tinggalkan sepenuhnya dunia hiburan (lebih kuranglah).



Wallahu 'alam.


Friday, November 4, 2011

Kerani Miskin Jadi Jutawan di India.

Assalammualaikum...

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.


Pagi ini, aku terbaca di dalam akhbar, Kosmo mengenai seorang kerani miskin di India telah bergelar jutawan setelah berjaya dalam rancangan Who Wants To Be A Millionaire versi India yang dihoskan oleh pelakon tersohor negara itu, Amitabh Bachchan.

Lihatlah kuasa yang ada pada ilmu, pengetahuan am dan kemahiran insaniah. Tidak rugi dimiliki setiap insan dan sentiasa berguna kepada seseorang tidak kira masa dan tempat, InsyaAllah.

Salah satu babak dalam filem The Count of Monte Cristo telah berjaya memaparkan kepentingan ilmu. 

"Semua benda orang boleh rampas dari kita, kecuali ilmu", pesan seorang banduan kepada watak utama ketika sama-sama ditahan di dalam penjara.

Wallhu 'alam...


Tuesday, October 25, 2011

FAM tolonglah selamatkan bola sepak Malaysia.

Assalammualaikum...

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.



Demam Piala Malaysia terus dirasai dan bahangnya kini memuncak menjelang pentas akhir ujung minggu ini. Ketika kedua-dua pasukan, baik Terengganu mahupun Negeri Sembilan, bersiap sedia untuk turun melaksanakan misi terakhir mereka, timbul isu hangat yang menjadi kemarahan peminat bola sepak.

Isu hargai tiket yang difikirkan tidak masuk akal, RM50 bagi kesemua tempat duduk. Sebelum ini, harga RM50 hanya bagi mereka yang memilih grandstand, manakala yang selebihnya, hanya bernilai RM30. 

Ketika peminat bola sepak baru bangkit untuk menyokong pasukan yang diminati, isu sedemikian mampu menidurkan peminat semula. Manakan tidak, keadaan ini mampu mengakibatkan stadium kosong ataupun kehadiran peminat tidak mencapai tahap yang memuaskan.

Tambahan pula, bagi peminat pasukan Terengganu yang berada di pantai timur, tambang bas untuk ke Shah Alam sahaja hampir mencecah RM50. Jika dihitung dua hala, nilainya mencecah RM100. Seterusnya harga tiket, jumlah sudahpun RM150. Belum diambil kira perbelanjaan peminat yang ingin memeriahkan malam pentas final nanti yang akan membawa gajet-gajet bersama. Nilai keseluruhan mampu mencecah RM200 untuk satu malam sahaja.

Semestinya peminat akan berfikir bahawa dengan RM200, banyak manfaat lain yang boleh dibuat. 

Seandainya pula peminat berkeluarga, hampir RM1000 jugalah perlu mereka belanjakan.


Wallahu 'alam.








Friday, October 21, 2011

Muammar Gadaffi Terbunuh???!!!

Assalammualaikum...

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.





Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, 69, telah dilaporkan terbunuh dalam serangan semalam. Ini menjadikan Gaddafi pemimpin Arab pertama yang terbunuh sejak gelombang kebangkitan rakyat melanda timur tengah (sumber The Gurdian).

Sumber dari Reuters melaporkan Gaddafi terbunuh oleh pejuang Libya, semalam di kota kelahirannya sendiri, Sirte.

Kematian beliau menandakan kejatuhan keseluruhan pemerintahan 42 tahun dibawahnya sejak pemberontakan yang disokong barat, 2 bulan lalu.

Pengumuman kematian Gaddafi telah dilakukan oleh Mahmoud Jibril, Perdana Menteri dari golongan National Transitional Council (NTC) di ibu negara Libya, Tripoli. "Kami telah menanti saat ini dalam tempoh masa yang lama. Gaddafi telah dibunuh." (sumber dari The Independent).



Wallahu 'alam.


Assalammualaikum...


Wednesday, October 19, 2011

Jawapan Kepada Israel.

Assalammualaikum...


Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.






Assalammualaikum...



Sunday, October 16, 2011

Kongsi Pengetahuan Am 3 : Simpulan dan Ikatan.

Assalammualaikum...

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.



Mari-mari, kita belajar sebahagian ikatan yang diguna pakai dalam kehidupan seseorang individu.


Whipping.

Whipping ini digunakan untuk mengikat hujung tali atau gentian bagi mengelakkan dari hujung gentian  dari terurai. 


Overknot.




Simpulan ini adalah yang paling mudah dan kerap kali kita gunakan dalam kehidupan seharian. Bahasa mudah atau dalam bahasa seharian kita, kita memanggil simpulan ini sebagai Ikat Mati. Fungsi simpulan ini adalah untuk mengemaskini atau menamatkan sesuatu ikatan.


Figure Eight Knot.




Simpulan ini juga agak selalu kita jumpa dalam kehidupan kita. Aplikasi paling jelas adalah dalam mengikat sesuatu bungkusan. Simpulan berbentuk nombor lapan ini juga boleh digunakan untuk menyambung dua tali.


Reef Knot.



Pengakap mengajar simpulan ini sebagai Buku Sila. Simpulan ini digunakan untuk menyambung dua tali dengan mudah dan kemas.


Sheet Band.




Dikenali sebagai Bunga Geti dalam bahasa ibunda kita. Gaya yang lebih kurang seperti Reef Knot, dan aplikasinya pada dua tali yang berbeza saiz atau diameternya.


Double Sheet Band.



Serupa dengan Sheet Band, dua kali lilit menjadikan simpulan ini lebih kuat dan kukuh dari Sheet Band.


Bowline.



Simpulan ini digunakan dalam kerja menyelamat. Kita dapat lihat pengaplikasian simpulan ini ketika kerja-kerja menyelamat mangsa bot karam yang diselamatkan melalui helikopter. Nama lain simpulan ini adalah Tindih Kasih.


French Bowline.
Serupa dengan Bowline, dua kali lilitan menjadikannya seakan-akan mempunyai dua gelung tali. Juga diguna pakai dalam kerja menyelamat. Satu gelung boleh dijadikan tempat duduk dan gelung kedua boleh dijadikan tempat pemegang atau bersandar oleh mangsa.


Bowline on a Bight Knot.




Adik-beradik bowline sememangnya kerap kali digunakan dalam kerja penyelamatan. Kali ini, simpulan ini digunakan dalam menunda bot-bot kecil selain kerja menyelamat mangsa dilaut.


Running Bowline.



Simpulan ini mudah digerakan dan dan sangat kukuh. Nama Melayunya Tindih kasih berlari. 



Assalammualaikum...



Tuesday, October 11, 2011

Wasiat Imam Hassan al-Banna


Assalammualaikum

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.



  1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
  2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu dan amalkan zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
  3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahsa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
  4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
  5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
  6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
  7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
  8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.
  9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang dtitemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalanlah dan berkasih-sayang.
  10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah.
Wallahu 'alam.


Assalammualaikum...

Thursday, October 6, 2011

6 Soalan untuk direnungkan bersama.


Assalammualaikum

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.



Pertama

Apa yang paling dekat dengan diri kita didunia ini?
Ibu bapa? Guru? Sahabat? Laptop? Kereta?
yang paling dekat dengan kita adalah MATI.

Kedua

Apa pula yang paling jauh dengan diri kita didunia ini?
Eropah? Matahari? Bulan? Langit? Orang yang tiada?
yang paling dekat dengan kita adalah MASA LAMPAU.

Ketiga

Apa yang paling besar didunia ini?
Burj Dubai? Gunung? Lautan? Bumi? Matahari? 
yang paling besar didunia ini adalah NAFSU.

Keempat

Apakah yang paling berat didunia ini?
Kepala kereta api? Kayu? Besi? Gajah? 
yang paling berat didunia ini adalah MEMEGANG AMANAH.

Kelima
Apakah yang paling ringan didunia ini?
Kapas? Angin? Debu? Dedaun? 
yang paling ringan didunia ini adalah MENINGGALKAN IBADAT.

Keenam
Apakah yang paling tajam didunia ini?
Pisau? Sabit? Pedang samurai?
yang paling tajam didunia ini adalah LIDAH MANUSIA.




Kematian merupakan benda paling hampir dengan kita kerana kematian itu adalah pasti untuk setiap umat manusia juga segala benda hidup. Masa lampau pula merupakan perkara paling jauh dari kita kerana mustahil kita dapat kembali ke masa lampau, sekalipun sekejap atau sesaat yang lepas.


Banyak orang yang tumbang ditewaskan oleh nafsu. Nafsu negatif lebih kuat mempengaruhi dari nafsu positif dan jangan biarkan nafsu negatif ini membawa kita ke api neraka. Pemegang amanah merupakan pemikul benda paling berat didunia, kerana ia akan dituntut di akhirat kelak.


Meninggalkan ibadah perkara mudah bukan? Ramai orang yang mengambil mudah ibadah, melengah-lengahkan dan sebagainya. Sungguh ringan bukan? Lidah manusia lebih tajam dari mata pedang, kerana lidah manusia mampu berbohong dan memfitnah yang boleh menyebabkan pertelingkahan atau peperangan. Kesannya lebih ramai yang akan menderita berbanding kesan tajamnya mata pedang.


**Berfikirlah setiap persoalan diatas dengan lebih kreatif Sahabat-sahabat.


Wallahu 'alam...




Assalammualaikum...






Berhati-hati Sahabat mengenai Zina!


Assalammualaikum

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah.



"Sesungguhnya Allah telah menetapkan atas diri anak Adam bahagiannya daripada zina. Dia mengetahui yang demikian itu dan tanpa dimungkiri :
  • Mata itu berupaya berzina dan zinanya adalah pandangan.
  • Lidah itu berupaya berzina dan zinanya adalah perkataan.
  • Kaki itu berupaya berzina dan zina adalah ayunan langkah.
  • Tangan itu mampu berzina dan zinanya adalah tangkapan keras.
  • Hati itu berupaya berkeinginan dan berangan-angan.
  • Sedangkan kemaluan membenarkan atau mendustakan yang demikian itu."

(HR Al-Bukhari, Muslim, An-Nasa'i dan Abu Daud)

Assalammualaikum..