Saturday, June 28, 2014

Ramadan Is Coming


Hey, look! It's come again. It's Ramadan and it's the time for Pesta Ibadat. Awesome!!!
Let's go everybody, grab the chance.

#stepaway


Monday, April 28, 2014

"Apabila salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan: 'Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.' " (Riwayat Abu Daud).

Tuesday, April 15, 2014

Arjuna Beta, Manifestasi Kasih Seorang Ibu

Dia memberitahu kepada anaknya menerusi siri-siri gambar di laman Instagram dengan penuh perasaan :

“…dont forget mummy, Juna. Just don’t forget every part of me that loves every inch of you.

“People say the eyes says a lot about one's soul. Judging by his, i hope he is a happy mouse. Mommy loves you, mikimos. Daddy loves you, budak nakal.

Sungguh, anak kecil itu belum mampu membaca, apa lagi untuk memahami maksud kasih dan sayang. Sungguh, tulisan itu lahir dari hatinya, bukan sesuatu yang kosong dan tidak pula sekadar picisan.

Setiap kali, perhatian aku akan berlabuh pada setiap gambar-gambarnya yang seakan-akan berbicara kepada dunia. Bermonolog sendirian barangkali. Sungguh aku sendiri sebagai pengunjung terasa aura kasih seorang wanita bergelar ibu itu.

Setiap kali juga, fikiran aku pasti terbang menerobos awan-awan memori waktu kecilku. Aku yakin dan pasti, mama juga pasti begitu terhadap anak-anaknya, terhadap aku, Kak Long, Shira, Haziq dan Hakim.

Bagaimanakah dia ketika itu? Bertarung nyawa demi satu nyawa yang lain. Bagaimana sakitnya dia menahan di saat itu? Aduh, sakitnya hanya terlawan dengan sakit ketika berhadapan Izrail.

Selama 26 tahun dia menunjukkan kepada kami betapa dia seorang wanita yang teguh.
“Anak-anak mama dah besar”, nah, kata-kata itu cukup membuat diriku rasa seperti ditimpa batu. Lantas aku teringat satu lagi kata-kata yang bersahaja dari seseorang yang juga bergelar ibu ketika cuba mengingati umur setiap seorang anaknya :

“Tua dah anak-anak Mak Wan.”

Aku sedar, setiap detik saat itu pasti berlalu pergi, langsung menjadi perkara yang paling jauh ditinggalkan aku. Lebih jauh jaraknya jika dibandingkan jarak antara Bumi dan Pluto.

Ah, mana mungkin aku ingat bagaimana dia menjaga kami waktu kecil dulu! Memori seorang anak kecil, mana mungkin dapat mengingatnya. Namun, dunia itu berputar, dunia itu sendiri sebenarnya sebagai guru. Ditunjukkannya bagaimana kasih seorang ibu kepada anaknya melalui kehidupan sehari-harian menerusi medium tanpa sempadan ini. Itu belum lagi diambil kira guru-guru yang secara langsung beraksi didepan mata aku. Mustahil, mustahil aku akan melupakan wanita yang menjaga aku seperti mana Fynn Jamal menjaga Arjunanya.

Tentunya, Tuhan yang aku percaya ini Maha Adil, Maha Penyayang, Maha Pengasih. Mana mungkin Dia tinggalkan dia keseorangan.

Aku sedar, aku sangat sedar hakikat bahawa sedalam manapun seorang hamba yang bergelar anak menyayangi ibunya, ia tetap tidak pernah mampu menandingi kasih ibunya terhadap dirinya sendiri.

Monday, February 24, 2014

4 tahun usia APCAM

Lamanya tak menulis. Serius rindu zaman-zaman berlumba-lumba menulis blog dulu. Nak mula menulis semulalah. Berhabuk dah benda ni, fuuuhhhhh...